Wednesday, April 22, 2009

Kolam Renang Kemahkotaan

Hmm..aku pun tak pasti sejarah kolam renang ini kenapa ia dinamakan Kolam Renang Kemahkotaan ataupun Coronation Swimming Pool. Kolam renang ni adalah antara kolam renang awam yg tertua di negeri Perak ni. Kolam renang ni dalam proses terakhir pengubahsuaian sebelum dibuka semula kepada orang ramai.

Sebelum ni..kolam renang mmg dah ok walaupun menggunakan air sungai aje. Sejuk pun sejuk air sungai tu laa, heheh. Pernah la bawak anak beberapa kali mandi kat situ. Tapi prasarananya teramat lah daif pasal tak diperbaiki bangunan lamanya seperti tempat persalinan pakaian tu. Aku mmg tak nah mandi situ pasal tu laa..tempat salin baju tu, ish! seram dan ngeri aje. Maklum laa..dibina dan digunakan sejak zaman penjajahan British dan Jepun dulu..ngeee. Bukan bermaksud kawasan tak dijaga..tapi bangunan 'tua' tu dah usang sgt. Aku ni mmg mementingkan bab2 tempat salin baju ni..hehe.

Kalo setakat nak mandi kolam renang ok. Masuk pun murah masa tu..RMo.50 aje. Lebih kurang harga masuk tandas awam, hehe.

Tetapi sejak Mac 2008..kolam renang ni ditutup wat sementara waktu untuk penyelenggaraan bangunan yg baru. Hmm..tengoklah gambar2 terbaru ni. Mungkin Mei atau Jun..kolam renang ni bakal dibuka semula untuk orang ramai berenang..berendam..hehe. Harap2 jgnlah dikenakan bayaran yg mahal sgt pulak. Air kolam pun guna air sungai aje.

Gambar atas dan bawah; Pintu gerbang kolam renang awam.
Bawah ni adalah pemandangan setelah melepasi pintu gerbang.
Bawah; Ni pulak pemandangan dah ada kat dalam..mengadap ke bangunan yg sama.
Bawah; Ni pulak kawasan kafetaria di dalam kawasan pool.
Bawah; Hmm..tandas dan bilik persalinan macam ni, InsyaAllah..aku pun leh join berendam dlm pool 'budak2', hehe. (Pasal bukan reti berenang pun. Menyelam pun leh laa 5-6 saat, huhu..)
Bawah; Ni kolam renang utama. Dalam ni weh! Kat sini pernah ada tragedi mati lemas. Dalammmm! Org pandai berenang aje leh masuk sini. Aku kena masuk kolam renang ke 2, untuk budak2. Kat sini ada 3 kolam renang. Lagi satu tu kolam renang untuk kanak2, hehe. Aku tak amek lak gambar lagi 2 kolam renang tu..hmm..


CITER TOMPANG LALU..hehe..

Gambar kat atas ni sewaktu kitorang suka-suka nak join orang ramai tengok apa yg best nya Proton Exora ni, hehe. Hari pertama tu! Macam nak wat tempahan sgt..menyebok aje, wakaka. Tengok muka aku ngan Akiss tu..dah seronok dok dlm Exora..tapi abg tak nak oder sebijik pun! Huhu..

Hmm..ni lak masa cuti extra sempena Hari Keputeraan Sultan Perak baru2 ni. Disebabkan gym rakyat tak bukak..abg sebok nak pi gym QR, sebelah aje ngan bilik pameran Proton tu. Tapi tunggu..tunggu..gym tak bukak pun. Kitorang p masuk CC dulu. CC ni kat belakang gym tu aje. Amek 3 bijik pc, semua sorang sejam..hehe. Angah ngan akiss main game. Aku lak..online laa, apa lagi.
Abang dok berulang-alik pi tgk gym QR tu dah bukak ke lom. Tapi sampai kitorang abes sejam dah kat CC tu..gym rupanya tak bukak pun! Diorang pun cuti extra gak...


1 comment:

Anonymous said...

Current price for the tory burch men’s style is around $100 US, with the tory burch shoes women’s slightly less. This makes the tory burch sale 50 to 100% higher than normal walking shoes. For those cheap tory burch love to walk, these shoes do offer some health benefits, but consumers new tory burch will need to use reva flats often to get full value Occasional users will not likely see enough benefit to justify the cost.Whether the style is appealing is an individual choice. They are distinctive, but I felt the size made tory burch bags somewhat clumsy looking. For those who are height challenged and wish to appear taller, the thick sole tory burch boots adds an inch, which, along with my improved posture places me squarely over six foot tall. In the immediate aftermath of tory burch flats Cincinnati's loss to the Patriots, Terrell Owens buy tory burch and coach Marvin Lewis didn't want to talk about why the wide receiver went to the locker room early with Robin before the first half ended. (Chad Ochocinco went for an IV.)"Terrell went in to get looked at," Lewis said Sunday.