SABTU
Tengahari Sabtu...kitorang gerak dari umah Fadel di Tmn Pandan Mewah nk balik ke Tepen. Fadel bawak gi makan dulu kat sebuah restoran di Pandan Indah...Restoran Kampung Pandan Indah namanya.
Ok jgk laa gi sini...aneka lauk pauk disediakan. Pilih jer laa apa yg berkenan, kan... |
Fadel tunjuk jalan nk keluar ke MRR2...kitorang pun ikut jalan asing2. Fadel balik ke rumah dia semula ngan ayah sebelum balik ke Bentong.
Dalam perjalanan balik tu...kitorang masuk hiway ikut Sungai Buloh laa.
Kali ni tak berhenti kat R&R Tapah pun...sebab kat sini dh jadi tempat tumpuan utama orang berhenti laa. Sesak sangat!!!
Jadi, aku ajak abang singgah kat R&R RTC Simpang Pulai. Maksud RTC tu adalah Rural Transformation Centre, tau. Dulu....RTC ni dikenali ngan nama Terminal Makanan Negara atau TEMAN. Aku dh penah pi sekali ketika tempat tu namanya masih TEMAN ni...mcm takde apa pun kat situ. Kemudian tgk berita...namanya dh pun ditukar menjadi RTC di Gopeng. Kalo dari jalan lama...mmg panggil kawasan ni RTC Gopeng. Tp sebab dari highway...nama dia jadi R&R RTC Simpang Pulai...susur keluar yg sama kalo nak ke hentian sebelah Simpang Pulai yg biasa tu.
Byk tempat parking tersedia. Dan perlu melalui pintu pagar utk ke Agromall ni disebabkan RTC ni bukan berada di dalam kawasan PLUS. |
Menyampah aku kat Malaysia pun sebok nk buat semua tandas duduk. Buat laa 2 jenis tandas. Ni tak...semuanya jamban duduk. Sama laa mcm kat KLCC tu. Mmg laa jadi tumpuan pelancong, kan. Tp aku tgk orang tempatan ni apa2 bangsa pun...lebih suka pilih tandas cangkung tu dari tandas duduk kalo ada pilihan.
Tandas sini ada tandas cangkung & jenis duduk tu. Lebih menyenangkan pengguna...seperti di beberapa tempat pelancongan....kat semua pintu tandas ada tanda sama ada itu tandas cangkung atau tandas duduk. Bersih pun bersih tandasnya.
**Wlpn kat umah ni ada 2 jenis tandas ni...tp tandas cangkung tu jgk yg lebih selesa bagi aku, hahaha..
Meh aku nk selit sket citer pasal tandas sepanjang aku berada kat Jakarta & Bandung ari tu.
Tandas dorang....mmg terbaik bersihnya. Walaupun di Pasar Baru, di Cibaduyut, Tangkuban Perahu, R&R ....apatah lagi di factory outlet...dan kawasan tumpuan pelancong yg lain.
Kita keluar jer dari guna tandas tu...pekerja dorang terus lap2 lantai dan akan cuci ler mana2 yg dia tak berkenan, kan...huhu. Lantai dorang sentiasa kering...bersih.
Elok jer pengguna tandas keluar...terus jer pekerja tu check tandas tu..lap lantai...
Bukan mcm tandas awam kat negara kita ni. Ada waktu2 & jadual dorang membersihkan tandas. Mana yg baik kat tempat orang tu...elok ler kita contohi, kan.
Berbalik pada RTC ni...
Surau tersedia pun mmg luas dan selesa mcm kat R&R Sg. Perak..Lantainya lantai parket kayu tu. Dan tak perlu nk tunggu giliran mcm kat surau LCCT. Kecik tul surau kat LCCT tu, aduhaii...
**Tapi kalo citer pasal nak bandingkan surau kat airport ni..untong lagi surau kat LCCT dari surau di airport Bandung tu (2-2 nya ni pasal surau balai berlepas, ye)..hehe. LCCT sekurang2nya asing jgk surau lelaki dan perempuan. Tp kat airport Bandung...mak aii...dh ler kawasan kecik, bukan bilik ye...cuma partition jer...yg paling tak best...surau tu kongsi ngan lelaki dan perempuan.
Kat RTC ni jgk ada Mydin. Ada gerai2 menjual barangan dari FAMA.
Medan selera kat RTC ni mmg tak banyak mcm kat Tapah. Tp aneka makanan ditawarkan di lot2 gerai dorang. Orang pun tak berapa ramai sgt. |
Kat sini kipas dia besar betul, huhu.....ada lagi satu tu..dh ler besar...daun kipas dia byk pulak tu. Akiss ada laa amek gambar guna hp dia. Malas lak aku nk gi amek, heheh.. |
Kitorang singgah sini minum2 hilangkan dahaga jer. Ada jgk ler beli 3 lidi keropok ball, sotong ball...gitu lah. |
Tunggu betul2 lapar...baru syok makan, hehe.
Kitorang sampai umah...mmg awal laa.
Anak2 nak balik asrama keesokkan harinya pulak. Byk persediaan yg dorang nk kena buat..
Nota ALONA:-
~Saja buat entry ni...nak citer pasal r&r RTC ni...hihi..
~Kalo setakat nk singgah solat, minum2, makan biasa2...takyah ler susah2 bersesak2 kat R&R Tapah tu. Terus ke depan lagi...singgah sini.
~Tapi kalo perut tu nak makan KFC, eskrem BR, nak cari Dunkit Donut....mmg kena singgah jugak lah kat R&R Tapah tu, huhu..
6 comments:
el xkisah tandas cangkung ke duduk as long ada paip tepi hahahaha
tp lau tuk anak2 nak berak ke el cari yg cangkung sbb sng derang nak basuh hehe
xnah sggh lagi kt sini sllu turun kl singgah tapah je..
Rnr tapah tu xlarat nak singgah dh
Adaaa jek org
Ramai plak tu
Klu cuti skolah lagi la huhu
Memang cantik dan R&R Simpang Pulai..tuh tak pernah singgah situ lagi laa maklumlaa jarang ke utara.. :)
tk penah lg siggh R&R rtc ni...
nnti kalau ke area belah sn..bleh la try terjah..hikss
ada singgah masa g penang aritu..
tp indo, rasanya kebykan ..surau mmg mcm campur..
kalau x campur suraunya ..tmpt amik wudhu..nya pulak yg campur laki pmpuan
cantik gambo akak tu. gambar awan tu.
mmm...betul tu kak, kalau kat malaysia ni tisu tu sepah sepah kat lantai. tapi T kalau gi travel suka tandas cnagkung dari duduk.
mcm el ckp le. mesti ada paip kat tepi.
kat Queensbay ni pun ada tanda yang takde paip. menci.
Post a Comment