Thursday, December 25, 2014

Cuti punya aktiviti..

25.12.2014
KHAMIS

Ajak abang bawak anak2 tengok wayang.
Citer Night At The Museum Secret Tomb.
Kitorang tengok tayangan kul 12.20 tengahari, hehe..
Selalu tengok waktu malam aje kan. Kali ni tengok waktu siang lak.
Harus bergambar ngan tiket dan poster filem, hehe..
Suasana di TS siang tu...tengahari ketika cuti orang masih tak ramai lagi..
Dah abes filem...kitorang anak beranak pun mcm biasa lah..berbincang tentang citer tu, hehe.
Citer ni best laa walaupun tujuannya cuma nak tau rahsia pad dari zaman firaun tu jer, huhu..

Dari situ terus kitorang cari makan. Lapar lak dok dalam panggung sejuk2 gitu. Dah biasa keluar panggung waktu malam. Hari tu keluar panggung waktu siang, hihi.
Gi bawah casual market. Time2 tu pun nasik campur lauknya dh tinggal belen2 aje, kan.. Oder masakan panas laa...
Dorang bertiga makan nasik goreng ayam.
Abahnya makan mee bandung.
Ibunya makan nasik goreng kerabu.

Petang tu kitorang gi AEON pulak..
Nak cari barang akiss. Yg aku nampak ok dan murah pun kat dalam AEON tu. Kat pasaraya lain mahal. Kat pasarayaku...takde saiz akiss.
Abang dan 2 orang bujang aku tunggu aku ngan akiss dok belek2 blaus, hahaha.. Tu yg best gi AEON ni sbb dia ada sediakan tempat duduk yg selesa utk mereka yg menunggu cm ni..
Dh selesai...turun bawah lak.
Cari roti...aku ingat nak beli bawak balik umah. Makan kat umah...tp abang ajak lepak kat situ sambil minum air panas.
Dh pilih masing2 nak roti yg mana, hehe..
Makan kat situ...dorang akan panaskan sekejap roti ni dan potong2 gini..
Semua RM25.60 termasuk air 2 cawan. Air kongsi2 aje.
Masa tu...perut kenyang lagi. Tapi saja jer laa nak lepak2.
Pastu naik atas..along nak gi cari komik Budak Getah. Ada 2 bahagian yg dah tertinggal sbb masa siri komik tu keluar setiap bulan...along tak sempat nak beli dah abes.
Jumpa jgk laa satu daripadanya.
Hari tu...mmg ramai. Cuti krismas, kan.
Kitorang kena parking kat paling bumbung nun.
Pertama kali parking kat sini....hehe..
Tiga orang kesayangan kami...
Antara hero utama dalam hidup aku..
Hari tu kejap ujan...kejap berenti..kejap ujan...kejap renyai2..
Ok...muka puas hati...jom balik!!!
Hari tu malam dok umah aje. Siang dh keluar, kan.
Alhamdulillah....cuti bersama aktiviti keluarga.

Nota ALONA:-
~Anak2 gembira...kami bahagia..

No comments: