Tuesday, December 9, 2014

Reunion SKTF 1982-1987

06.12.2014
SABTU
 
Alhamdulillah, hasil dari pertemuan maya di fesbuk dan dibantu kuat oleh grup wassap.....akhirnya berjaya jugak terlaksana sebuah program perjumpaan kami dari SKTF batch 1982-1987. Pemilihan tarikh nya dh lama. Sampaikan awal2 lagi aku dh bagitau abang...tarikh tu kena space....tak leh nak amek job semata2 aku nak gi jumpa kawan2. Maklum laa, masa tu cuti sekolah, kan.
Tapi semakin dekat makin membimbangkan aje. Risau tul aku tak jadi. Dah laa 4-5 orang kontek tanya pakej fotografi utk perkahwinan pada tarikh utk minggu tu (06 & 07 haribulan).... kitorang terpaksa tolak sbb program ni. Tetiba tak jadi nanti...ralat jgk ler, kan walaupun tau itu semua bergantung pada rezeki.

Mujur lah Akmar sudi menguruskan segalanya dan lokasi telah dipilih ikut keselesaan perjumpaan dan baru serius kutip nama2 yg sudi nak join. Tapi tu lah, kan....bukan senang nak kumpulkan dorang ni. Masing2 ada yg dh dok jauh utara, selatan...sedangkan yg dok dekat Bentong pun ada hal lain tak dapat join...inikan pulak yg dok jauh2 ni. Aku ni pun mungkin laa sebab ayah aku ada dok Bentong tu, hehe...kiranya sekali balik kampung ler tu. Maklum ler...last balik Bentong kan hari raya Aidilfitri dulu.

Jam 12.15 tengahari aku sampai...yg dh ada cuma Akma, Kamariah dan Aida aje. Mak aii...lama jgk nak tunggu yg lelain sampai, hihi.
Perjumpaan hari tu dibuat di resthouse Bentong. Senang buat kat situ...selesa ada tandas, surau...parking senang.
Acara makan2 santai aje dari tengahari sampai ke acara minum petang....bayaran RM35 utk dewasa dan RM20 utk kanak2 yg dh bersekolah. Tapi tak sangka pulak sebelum Hakim balik (balik awal sbb ada hal lain. Orang penting ler katakan) dia yg bayarkan semua, hihi...Alhamdulillah. Terima kasih ye. Semoga dimurahkan rezeki, Hakim....amin.
Acara makan2...saja sambungkan meja utk senang borak2.
Menu tengahari tu antaranya...ikan patin tempoyak, lemak pucuk paku, ayam rempah dll.
Tapi bila dh jumpa2 gini...makan pun takde ler beriya sangat pun. Lebih kepada berborak mcm2 hal.
Dh makan...sembang lagi..
Tok Penghulu muda..
Aida dan Kamariah..
Diana dan Zamna..
Akmar yg sudi uruskan semua...simple tapi best..
Bergambar sebelum Hakim ngan Tok Kalid nak balik awal...
Alhamdulillah laa...perjumpaan ni 14 orang yg hadir termasuk Azhar dan Yusry yg datang sesi minum petang pulak....Takpe, janji datang, kan :) .
Kitorang kat sekolah dulu pun...setiap darjah ada 2 buah kelas aje....Kuning & Merah. Aku kelas kuning. Kalo campur kedua-dua buah kelas pun baru 60 lebih pelajar aje utk satu2 tahun tu. Jadi, kehadiran 14 orang ni pun kira tinggi ler jgk peratusnya, hihi..
Yg paling aku tabik spring....kat Ijan tu ler. Jauh datang dari Alor Gajah semata2 kerana pertemuan ni. Padahal dia takde wassap pun. Cuma kol dia dan terus bagi persetujuan. Balik hari pulak tu, mm..
Mood hepi...
Abang takmo join...bagi peluang aku jumpa kawan2 lama, hehe.
Aku mmg berterima kasih sangat kat somi aku ni. Sangat memahami. Maklum ler.....aku kat Taiping ni mana ler ramai kawan2 sebaya pun.
Hari tu aku cuma bawak Akiss aje. Maklum ler...bayaran RM35 sorang kan. Kalo tau Hakim belanja...aku bawak semua, kahhhhhhh. Opps!!! takde laa.. Along dan angah pun temankan atuknya gi kenduri kawen kat Gombak....kebetulan dekat sangat ngan bilik sewa along kat sana. Along pun ada nak singgah amek barang. Abang lak dok kata nak gi gym tapi kasut lak lupa nak bawak. Jadi, abang dok umah ayah aje laa sorang2 waktu tu, hihi.
Tok Kalid dan keluarganya..
Jusna dan anaknya ni...mmg salin muka dia masa kecik dulu. Maaf Jus sbb lupa nak amek gambo ko sefamili. Masa tu dh kalut bincang nak gi sekolah...
Tg. Zirhan dan keluarga...Anak dara dia yg no 2 tu salin muka papanya, :)
Bergambar beramai2 lagi selepas Yusry dan Azhar sampai pada sesi petang..
Bergambar ngan tiga orang AZ iaitu Azlan, Azhar, Azainizan....
Selesai minum petang...kitorang gi ke sekolah utk acara melawat2. Tengok2 sekolah tempat kitorang belajar KBSR dan menduduki UPSR dulu, hehe..
Ini aje lah blok asal yg masih ada. Yg lain semua dh naik blok baru.
Sekolah ni dh jadi sekolah kluster kat daerah Bentong.
Kat sini jgk ada Pusat aktiviti guru.
Padang pun dh tinggal separuh tapi masih luas laa.
Tempat baru utk dorang assembly...
Gambar dh lawa...tapi Azlan lak dh blah, adoii lah Lan ooi..
Ada ruang keceriaan macam ni..
Kebetulan ada kelas yg pintunya terbukak tak berkunci (kat satu2nya blok yg masih kekal lagi)...kitorang masuk ler bergambar kat dalam ni. Kebetulan jgk kitorang penah belajar kat kelas ni. Darjah berapa tak ingat pulak.
Skang ni satu kelas ada 16 orang aje ke?? best laa...cikgu lebih beri tumpuan pada bilangan murid yg terhad dalam satu2 sesi.
Dh lama tak buat gini, kan. Angkat kusi atas meja.
Bergambar kat pagar sekolah...
Kat luar kawasan sekolah lak. Tak abes lagi sembang2...hihi..
Sambil bersembang sambil posing...
Bergambar lagi...ok, sini dh ada nama jalan sempena nama sekolah ni jgk.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn sebaiknya.
Seronok tu usah cakap laa. Tu baru 14 orang ye. Lebih dari tu...mesti lagi hebat.
Terima kasih kat kawan2 yg sudi hadir bersama2 dalam perjumpaan simple tapi hebat ni. Bukan senang kan nak jumpa kawan2 sekolah rendah ni. Ada yg sama ngan aku sampai ke vokay, ada yg setakat kat SMRJK Ketari aje....dan ada yg lagi lama...terpisah selepas UPSR...dan ada yg lagi lama dari tu...terpisah ketika darjah 4, darjah 5 sebab ikut keluarga berpindah terutama anak2 tentera.

**Dan yg paling best...aku masih ingat lagi lagu sekolah ni ;)

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, rezeki pada sillaturrahim :)

No comments: