Saturday, December 13, 2014

Jumpa & miting...

07.12.2014
AHAD

Alhamdulillah, dapat jugak gi kedai Kecoi nak makan ikan patin tempoyak ori dan sangat sedap!!!

Sebenarnya, plan asal aku nak jumpa Linda aje dan alang2 kitorang nak jumpa kat kedai Kecoi. Tingin pulak nak makan ikan patin tempoyak orang Chemomoi masak, hihi.
Nak jumpa Linda tu sebab nak amek steamboat grilled tu lah pun....dan ke KL ari tu dari Bentong sebab nak hantar along balik ke Gombak aje. Tapi saja ler kan....alang2 kata orang lajak ler sket. Leh jumpa kawan.

Tapi tak sangka laa pulak bila aku bagitau Kecoi yg kitorang nak gi makan2 kat kedai dia....dia leh plan pulak utk panggil kawan2 lain yg boleh hadir utk miting pasal event batch kitorang April tahun depan. Bagi aku memang ok lah sangat, kan. Aku pun leh amek bahagian masa tu... 

Aku tunggu Linda kat stesen LRT Bukit Jalil sebab aku tau gi sampai situ aje. Kedai kecoi tu aku pun tak tau tang mana. Risau sesat jer... Linda lak kena tunggu DZ sampai dari Sentul ke Bukit Jalil ngan LRT tu. Dari situ aku folo jer kete Linda ke kedai Kecoi.
Linda kata kejap jer leh sampai...dalam 15 minit kalo jalan ok. Tapi bagi aku yg tak biasa ni nampak mcm jauh jgk ler, kihkih. 
Folo jer kete Linda ni, hehe..
Kedai kecoi ni kat R&R Bukit Dukong...rasanya kat hiway Grand Saga kot. Maaf tak berapa pasti, hehe..
Kedai makan dia nama KAMA dan sebelahnya ada kedai mini mart nama KAMA jgk.

Sampai2 situ...Kamal, Suzary, Izham dan Halim I dah sampai dulu dh. Ada yg dh makan nasik sambil menikmati patin tempoyak dah, huh!!!  
Ok...dok sembang dulu...
Anak2 aku pun dh makan dulu dh sebab dorang ni amek lauk biasa dorang lah, hehe..
Ok...ni lauk aku...
Kecoi hidang sorang sepotong besar ikan patin tempoyak dalam setiap mangkuk, pergh!!!
Mmg nikmat tul makan nasik ngan patin tempoyak semata2.
Terbaik lah. Masakan ni adik badik pempuan Kecoi yg masak. Takde upah2 indon atau orang lain yg buat. Jadi...kualiti air tangan dari Pahang tu sangat terjaga, kan.

Sapa2 yg suka nak makan ikan patin tempoyak terbaik tapi kat area KL dan Selangor...leh ler singgah kat R&R Bukit Dukung ni cari kedai KAMA.

Zull sampai kemudian. Pastu, Midah sekeluarga pulak. Kitorang dh abes makan dh masa tu, hehe.
Linda dan boipren keciknya...si comot (gelaran kitorang kat anak midah)...
Tanpa menunggu Midah yg sedang makan...kitorang mulakan dulu miting dan perbincangan. Kutip segala buah2 fikiran bagi merangka perjalanan event 2015 ni berjaya dilaksanakan.
DZ jd seketeri....dia bawak buku nota. Aku melenggang aje, hihi..
Ok, serius Kamal selaku admin grup wassap kitorang dan Kecoi antara sahabat penting yg menjayakan aktiviti2 kitorang sebelum2 ni.
Halim si mata stim, hehe..
Ni Suzary. Sekolah rendah pun sama ngan aku ni...jumpa balik kat Vokay. Tapi reunion kat Bentong semalam tu dia tak dapat datang, huh....tul ler!!!
Linda, Midah dan DZ...selain aku mewakili sahabat2 wanita.
Cis kek buatan Lisa (lisa serahkan kek kat Linda sbb dia datang dari JB seminggu sebelum tu). Memang aku yg oder tp aku hidangkan kat sini...makan bersama2 kawan2. Anak2 aku tak berapa gemar kek gini.
Miting tak abes lagi....cuaca masa tu pun hujan lebat.
Yg 2 orang ni...bkn miting sangat pun, huhu.
Alhamdulillah, 10 orang jgk yg hadir...
Walaupun suasana miting sangat santai tapi dapat laa point2 penting yg diperlukan.
Semoga ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, Amin.

Best miting gini...tambah2 Kecoi ni orangnya mmg baik hati. Miting kat kedai dia...dia bawak ler keluar kuaci, kacang, asam, jeruk....dari kedai dia, hehe. Dah laa makan2 nasik tadi dia kata takyah bayar. Semua tau...semua yg hadir petang tu termasuk ahli keluarga. Adoi lah...ikan patin datang dari Temerloh lak tu, mm.
Mmg murah rezeki Kecoi ni...dia citer mcm mana kehidupan dia lepas ayah dia meninggal sebelum dia masuk Vokay tahun 1991 dulu...
Ramai sahabat tau Kecoi ni seorang pemurah. Semoga Kecoi terus dimurahkan rezeki, Amin.

Mula2 Midah yg balik dulu...maklum ler dia ngan anak2 yg ramai dan kecik2 lagi pulak tu. Pastu baru laa kitorang ni lak. Lepas dh amek steamboat grilled aku kat Linda...kitorang pun berpecah ler pergi ke destinasi masing2. Yg lelaki2 tu terus ler sambung menyembang kat situ.

Aku mmg kena pasang gps ler dari situ nak ke Gombak hantar along. Ikut jer apa yg gps tunjuk....hihi. Petang tu kitorang lalu kat area Masjid Negara, Dayabumi...
Bangunan pencakar langit yg pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Malaysia suatu ketika dulu...Daya Bumi..
Alhamdulillah, jalan takde laa jem. Merentasi kesibukan kotaraya dengan baik sekali.
Terus ke Gombak hantar along....
Bergambar sebelum kitorang balik ke Taiping..
Ni laa umah yg along sewa biliknya. Ada 2 tingkat. Bawah tu umah tuan rumah. Atas tu adalah bilik2 utk disewa.
Alhamdulillah...setelah merempuh ujan lebat di sepanjang lebuhraya dan ada berhenti sekali di R&R Tapah...kitorang sampai ke Taiping sebelum jam 10 malam.

**Terima kasih suamiku...

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...syukur segalanya dipermudahkan.

2 comments:

wantie said...

sejak biras masak tempoyak ikan sungai.sampai sekarang T dah jatuh cinta. even dulu dulu ni tak makan pun.

ibuayu said...

nampak sedap patin tempoyak tu...akak pun pengemar patin...