Friday, January 17, 2014

Persediaan utk along

Bila dapat tau jer tawaran along berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi kat Selangor....kitorang semua dh mula buat persediaan sikit demi sikit. Bermula ngan mencetak surat tawaran & segala borang2 yg perlu diisikan di laman web institusi tersebut. Kemudian bukak pulak website SPC mara....utk print surat perjanjian pinjaman MARA yg sememangnya disediakan utk calon yg berjaya dalam permohonan spc.

Mula2 kena pi CIMB utk masukkan RM250 sebagai penerimaan tawaran kat akaun pungutan institusi pengajian tu. Kemudian along kena scan slip pembayaran, sekali ngan borang penerimaan tawaran & salinan slip result SPM percubaan along. Emel kan kat abang di pejabatnya. Mintak tolong abah dia faks kan dokumen tersebut ke institusi tersebut utk dorang rekodkan along sudah menerima tawaran itu sebelum tamat tempoh tarikh yg ditetapkan.

Semua nak kena isi....kena buat salinan, kena pi beli setem hasil...pi LHDN utk matikan setem hasil tu. Kena beli 4 keping lak tu...hadoii. Setiap sekeping RM10.
Along belek2 tengok mana borang yg kena pengesahan penghulu, saksi....pesuruhjaya sumpah
Kitorang ni mmg tak penah lagi pi pesuruhjaya sumpah, hehe.
Kira utk hal ni adalah kali pertama. Jenoh lak cari kat mana ler pesuruhjaya sumpah ni selain kat mahkamah. Tempat yg biasa tu...dh takde pulak pejabatnya. Cari punya cari...dh jumpa. Tapi lawyer tu dah mati pulak lesen dia sebagai pesuruhjaya sumpah tu, adoii. Penyambut tetamu dia pun cakap skang ni mmg susah sket nak cari pesuruhjaya sumpah kat Tepen ni. Tapi dia bagitau ler lagi satu tempat tu. Tapi dia pun tak tau ler bukak ke idak sebab ari kitorang pi tu sehari sebelum sambutan Thaipusam dorang.
Kitorang pun pi berjalan kaki aje sebab dekat...baris deretan kedai kat lagi satu tu aje. Alhamdulillah laa, ada rupanya dia. Perlu sahkan di 2 helai borang...upahnya RM8.

Urusan lain....kena wat akaun CIMB (@ beberapa bank lain tapi kitorang pilih CIMB sebab antara pilihan lain tu...CIMB senang sket nak cari ATM, hihi)..
Ada 2 pilihan...kalo buat buku dan kad ATM, perlu RM500 sebagai permulaan. Tapi kalo buat kad tanpa buku akaun...RM250 aje sebagai permulaan. Maka, kitorang buat kad aje laa. Duit banyak nak pakai ni.

Mmg guna banyak duit, ye. Tu pun belum lagi RM1400 yuran pendaftaran yg perlu dimasukkan ke akaun pungutan di CIMB.

Mujur ler ada dividen ASB walaupun takde laa banyak mana pun. Tapi leh ler jgk bawak kuar tanpa kuar simpanan kat dalam tu.
Along pun kena kuar jgk dividen ASB dia, hehe. Semua utk urusan ni jgk ler..
Teman abang gi bank...nak kuar ASB.
Urusan kuarkan duit. Tahun ni along. Tahun depan...angah pulak, InsyaAllah.
Dari bank...terus pi pejabat pos utk beli setem hasil. Dah tempek setem kat surat perjanjian pinjaman...terus gi LHDN utk matikan setem tu. Hmm...rasanya sistem ni sepatutnya perlu ubah utk diperbaharui dan memudahkan rakyat. Kenapa perlu pergi ke 2 tempat berlainan utk satu tujuan. Setem hasil dan matikan setem hasil!!!
Ni masa kat LHDN....ramaiiiii tul orang nak isi borang BR1M.
Tunggu giliran. Mujur kena tunggu 2 nombor jer. Yg ramai2 havoc2 tu semua nak isi borang BR1M..
17.01.2014
JUMAAT

Hai laa....angah kol kata pihak maktab bagi kebenaran utk balik pulang bermalam pulak. Sepatutnya tak boleh balik. Dalam taqwim maktab...cuti CNY jer nanti leh balik utk bulan ni.
Tapi dorang leh balik....emm, ada laa sebabnya, kan...hihi.
Sian akiss. Bila tau angah leh balik....dia jeles ler. Siap pesan kat along ngan angah pujuk ibu gi lawat dia. Hadoii laa, akiss. Ibu ni kalo boleh mmg ler nak pi bawak along ngan angah ni lawat akiss. Tambah2 pulak along nak pi daftar Ahad minggu depan.
Tapi mmg tak boleh laa...sebab dh 2 minggu berturut2 pi jengok dia kat asrama. Minggu ni mmg giliran Angah pulak. Tapi angah bernasib baik sebab boleh balik umah pulak, hehe.

Maaf laa ye akiss. Ibu ngan abah ni banyak betul keje yg perlu dibuat.

Hari Jumaat tu kitorang pi amek angah. Terus gi Ipoh. Nak amek lens kamera yg kitorang hantar pi servis ari tu. Kedai kat ngan Mydin tu aje. Alang2...terus masuk Mydin. Cari kemeja along, talipinggang baru along, tali leher along, seluar dalam along (hehe..tambahan punya)...tuala baru utk along (eh, aku ngan angah pun dapat tuala baru, hihi).... Ada jgk ler beli barang2 lain. Mmg best pi Mydin ni...banyak barang2 murah, kan.
Tengah pilih tali leher along yg sesuai ngan kameja yg baru dibeli. Along dh ada beberapa helai kemeja & tali leher lain. Guna masa kat maktab dulu. Yg ni tambah aje laa.
Tuala kat sini murah2 aje. Kaler pun menarik. Angah pun sebok nak selai tuala, hehe. Err...ni nanti akiss baca entry ni...mesti dia nak jgk sehelai tuala baru. Ok, nanti ibu belikan ye akiss.
Menunggu giliran utk membayar...Abang dh menguap, hihi..
Walaupun ada lagi barang yg perlu dibeli seperti seluar slack utk tambahan....cukup ler utk hari tu.
Yg lain cari kat Taiping aje.

Singgah kat food court Mydin Mall tu. Aku ngan abang makan set nasik ngan ikan bakar portugis. Abang amek ikan talapia itam. Aku amek ikan pari.. Along ngan angah makan nasik ayam.
Dorang yg terlebih2 letih dari abah dorang yg memandu, huhu...
Tengok laa.. Angah pun sama. Abah dia siap leh wat PEACE lagi.
Balik tu...berhenti amek durian yang aku oder. Beli 4 bijik aje. Mmg durian yg baik kualiti kesedapannya, huhu. Aku pesan 3 bijik. Tapi budak tu bagi 4 bijik..RM10.
Balik umah...terus kopek durian tu. Pergh!! mmg sedap betul. Dah lama tak dpt rasa durian sedap gini. Abes jam2 tu jugak makan 4 beranak, hihi..

Nota ALONA:-
~Banyak urusan tak selesai lagi..

5 comments:

nad said...

Semoga cepat le selesai sume urusan dan dipermudahkan semuanya... Akak dtg kl l mggu dpn ek?

Gieyana said...

Mmg duit keluar mcm air la kak erk..pengorbanan tu tp insyaallah dpt pulangannya nnt walaupon parentbx harapkan apa2 balasan...pandai anak2 akak...

Luasnya nguapan abg fadzil..ekekke

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sy sdiri dh hadapinya kak..
mmg pakai byk duit..byk urusan kena settle..
bila pk blk..sian mak n abah..byk bw keluar duit..wpn dpt pinjaman PTPTN, tp mula2 tu mmg parah sikit, sbb blm dpt pinjaman..
sy ni tk dpt nk blk jasa mereka..dpt la kasi duit belanja sikit kt mereka..

wantie said...

memang nak pakai duit banyak kalau anak masuk U ni kan kak. Tu lah ramai kengkawan cakap simpan duit dari sekarang. dan anak anak besar nanti memang susah nak menyimpan..

attyfir said...

memang banyak urusan nak settle masa budak2 nak sambung belajar..
diaorg senang..semua mama buat.. :)