Wednesday, December 10, 2014

Jumpa kawan2 sesi malam pulak....

06.12.2014
SABTU

Malam tu...kul 8.30 malam dengan izin abang...aku keluar jumpa beberapa kawan sekolah rendah yg aku jumpa siang tadi. Abang hantar aku di depan hotel tras mutiara. Kamariah dan keluarga menginap di situ utk semalaman....dan kitorang janji jumpa kat situ dulu. Tak jauh sangat lah dari umah ayah. 5 minit naik kereta aje dh sampai, hehe. Dee dan Zamna pulak mmg dok Bentong.

Ok, mula2 gi karaoke kat kedai karaoke keluarga sederet jer ngan hotel tu. Aku pun tak tau apa namanya ntah. Dee dan Zamna pun tak nah lagi masuk sini sebenarnya, hehe. Semua ni semata2 sebab nak berjumpa aje...tak puas ngan aktiviti siang tadi. Tu yg timbul idea gi karaoke tu. Sewa laa bilik sejam. Cukup lah, kan. Kamariah yg belanja, :) .
Hepi2 aje....
Kitorang berempat aje pun. Semua pempuan. Dee bawak anak dara dia 2 orang. Anak dara aku takmo ikut...dh letih ikut meneman perjumpaan siang tadi, huhu..
Tamat sejam...kitorang cari port utk minum2. Tapi ada yg lapar pulak, kan. Zamna kata takpe, dia baru dapat gaji....dia nak belanja. Bukan selalu dia kata, hihi. Ye lah, kan....lepas abes belajar dulu...ni laa betul2 aku jumpa dorang semula dan berborak panjang dgn macam2 citer.
Anak bongsu Dee ni...mmg sebijik rupa Dee masa sekolah rendah dulu..
Harus bergambar..
Ngan oder masing2..
Makan2...rezeki..
Kul 11.15 abang amek aku kat depan kedai ni. Manjanya aku...berhantar berjemput, hihi..
Puas jgk laa jumpa dorang kali ni. Terima kasih suamiku tersayang kerana sangat2 memahami dan memberi keizinan aku keluar bersama kawan2.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

No comments: