RABU
Malam tu kitorang gi TESCO.
Cari barang2 nak bawak naik Cameron nanti.
Makanan kucing pun kena beli dh sebab tak cukup nak letak dalam bekas makanan tinggi yg kitorang guna masa nak gi jenjalan bermalam jer. Dah ler kena isi 3 bekas, huhu..
18.12.2014
KHAMIS
Pagi tu ayah ngan mama singgah umah aku sebelum teruskan perjalanan ke Cameron Highlands.
Angah dan akiss ikut atuk dorang ke sana dulu. Fadel dan Dayah pun naik CH waktu siang tu. Dorang berdua dari KL.
Aku lak kena tunggu abang balik dulu. Abang tak leh cuti hari Khamis tu. Lagipun, dh plan ngan along amek dia kat Ipoh utk terus bawak ke Cameron hari tu sekali.
Sambil2 nunggu petang tu....aku siap2 barang aku. Siap2kan stok makanan meow2 kitorang 4 ekor tu jgk. Nak kena tinggal sbb tuannya nak gi bercuti rilek2 kan minda, hehe..
Bila abang dh balik....kitorang pun siap2...jam 6.30 petang...tetiba along kol bagitau bas dia naik dari KL ke Ipoh tu masih kat KL lagi terpusing2 cari stesen petrol yg ada NGV. Dh jumpa tapi tak leh isi sebab kad dia mesin di pam NGV tu tak leh nak baca..
Pi harung sampai ke TBS dari Puduraya semata2 nak cari NGV...adoiii. Dah ler masa tu waktu puncak orang balik keje. Mmg sesak abes ler..
Yg aku pelik tu...naper ler bas tu tak isi awal2 NGV sebelum amek penumpang?
Dah laa bas sampai lambat. Sepatutnya kul 4.30 dh mula gerak tapi kul 5 baru gerak dari Puduraya. Ingatkan semua dh ok laa dan leh terus mulakan perjalanan ke destinasi. Rupa2nya kena lak isi NGV dulu. Cari punya cari dari Puduraya sampai ke TBS baru dapat isi, huh..
Elok2 bas sepatutnya kul 7.30 mlm dh sampai Terminal AmanJaya, Ipoh....tapi bas tu baru nak keluar dari KL. Aduhaii, kul berapa laa along nak sampai Ipoh?
Kalo bas sampai ke Taiping...tak pe laa jgk. Aku ngan abang boleh laa kensel gi Cameron hari tu dan gi sana keesokan paginya jer. Tapi bas along naik tu sampai Ipoh jer. Jadi, aku ngan abang wat keputusan dh alang2 amek along kat Ipoh nanti...teruskan aje ke Cameron Highlands, kan..
Dah Isyak...aku ngan abang pun keluar dari umah menghala ke Ipoh.
Sampai sana...lepak2 kat food court dulu. Tapi banyak yg dh tutup. Sempat ler oder kangkung sotong...makan kongsi ngan abang. Saja laa isi masa lapang, hihi.
makan sebab menunggu, hehe.. |
Nasib baik kitorang tak soh along turun kat Simpang Pulai jer nanti kitorang amek kat situ. Rupa2nya bas tu keluar balik masuk hiway dan terus ke Terminal Amanjaya. Mmg laa drebar bas tu masalah tul. Tapi tak mengapalah....asal along selamat sampai, Alhamdulillah.
Mydin Mall waktu malam.. |
Terminal AmanJaya.. |
Along tak sempat nak makan nasik lagi...tapi aku ada laa bawakkan bekal dari umah utk dia. Sampai Cameron nanti leh laa makan. Kat dalam kete dia makan roti dulu alas perut. Tak leh tangguh2...makin malam dh.
Bkn tak pernah lalu Simpang Pulai - Cameron waktu malam tp inilah kali pertama melebihi jam 10 malam. Tambah2 skang ni musim ujan...kerisauan tu adalah jgk. Risau tanah runtuh. Tapi yakin & tawakkal laa. Sepanjang perjalanan tu pun kitorang menemani abang yg memandu...tak lelap mata. Kereta2 berselisih mmg tersangat jarang lah nak jumpa. Ngan kabus2 malam lagi...
Alhamdulillah, kitorang sampai ke apartment Desa Anthurium hampir jam 1 pagi sbb tak bawak laju pun. Biar lambat asal selamat. Malam2 ni lalu jalan mendaki banjaran titiwangsa yg sunyi mcm tu...mcm2 boleh diduga, kan..
Sampai malam tu...semua dh tido kecuali akiss dan angah yg mmg dh biasa ler tido lambat nunggu ibu, abah dan along nya sampai.
Along leh makan nasik. Tapi nasik aku tertumpah laa pulak, adoii. Takde rezeki betul. Nasib ler ada lagi nasik dorang dlm periuk nasik tu. Leh laa along makan.
Akiss lak sebok nak makan megi. Angah pun join, mm...
Lepas2 tu dh berborak sket2...tengok fb, baca wassap...aku pun masuk ler tido.
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, dipermudahkan...
1 comment:
alhamdulillah akhirnya selamat sampai walau pelbagai dugaan...
tetibe rindu akak, haha
Post a Comment