Sunday, September 14, 2008

Nostalgia Ramadhan, best!

Alhamdulillah, nampaknya dah setengah bulan kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini.

Alhamdulillah sebab aku masih berpeluang bersama-sama dengan umat Islam yg lain berpuasa di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Kalau nak ikutkan..sebulan berada di bulan Ramadhan ni lebih seronok untuk kita lalui. Bagi aku, bila dikenang-kenang nostalgia dari kecik2 sampai ke sekolah menengah, di alam pekerjaan dan di sepanjang alam rumahtangga..bulan Ramadhan mempunyai lebih 1001 cerita menarik untuk dikenang. Pengalaman puasa kat asrama SMVTAA walaupun 2 tahun aje kat situ pun rasa terlalu banyak untuk diceritakan kat sini, kan No'oi.

Dulu2..bila sampai bulan Ramadhan, sebagai kanak2..tak sabar2 nak tunggu raya. Boleh pakai baju baru, kasut baru walaupun hanya dibeli di pasar minggu bandar Bentong.

Seminggu sebelum raya..puas main bunga api. Bertambah seronok apabila berkumpul dengan kawan2 kejiranan selepas solat tarawih..main bunga api, mercun kongsi lilin atau pelita.



Kalau hari raya dah tiba..lepas balik Lebu, balik Chamang balik..p raya umah kengkawan sekolah pulak. Aku bawak kawan2 kejiranan ke umah kengkawan sekelas aku..diorang pun bawak aku p raya kat umah kengkawan sekolah diorang. Dulu2 duit raya tak banyak dapat macam skang. Dulu2 dapat laa 2 posen, 5 posen..kalau umah bagi singgit tu dah kira tuan umah tu banyak duit laa tu. Dapat kutipan pun tak banyak. Aku wat apa ngan duit tu pun aku dah lupa, hehe.

Kenangan raya..setakat cam tu aje laa.

Berlainan ngan feel ketika nak sambut raya ketika masih dalam Ramadhan. Bila diingat kembali..kenangan naik bas ke sekolah masa bulan Ramadhan memang berlainan dengan kenangan naik bas sekolah di bulan2 lain..hehe.

Lagi satu..dengar lagu raya time Ramadhan menghampiri Syawal pun lebih syahdu dari mendengarnya ketika Syawal dah tiba. Lagu2 raya ni lebih syahdu laa didengar ketika nak wat kuih raya, ketika pasang langsir raya, tukar sarung kusyen, kemas2 umah. Ia juga membuat hati lebih semangat nak wat preparation nak sambut 1 Syawal tu, hehe.

Disebabkan aku pun dah lama tak dengar radio..aku pun tak tau laa kat radio skang ni dah mula mainkan lagu raya ke idak.
Gambar ni bakal menjadi kenangan anak2 aku nanti sebab ia pun terjadi ketika mereka sedang menjalani ibadah puasa tahun ini.

No comments: