Kepada kengkawan BentongGang ataupun yang berasal dari Karak, Mentakab, Temerloh mahupun daerah2 lain yang melalui hi-way Karak menghala ke Kuantan..pasti akan terperasan sebuah papan tanda jalan yang menunjukkan perkataan KG. CINTAMANIS kan?
Dari dalam kenderaan, kat situ kita leh nampak sebuah bukit batu kapur tunggal kat sebelah kiri kita tegak utuh berpaksikan bumi.
Dari sekolah rendah lagi aku dah suka dengar nama Cintamanis tu. Ianya nampak kemelayuan dan yang penting..perkataan itu saja sudah melambangkan kasih sayang yang teramat sangat. Saja aku tambah huruf Z kat belakang tu..nampak bertambah unik! Hehe..
Mungkin ada yg tertanya..aku berasal dari kampung tu ke? Minta maaf laa..sebab aku bukan dari situ. Aku tertarik disebabkan keunikan perkataan cintamanis tu aje.
Namun aku tetap berbangga dilahirkan di dalam rumah aki dan uwan aku kat sebuah kampung menghala ke Felda Mempaga iaitu Kg. Lebu. Mana yang tak tau tu..Kg. Lebu ni berjiran ngan Lurah Bilut.
Kalau dikecilkan lagi nama tempat kelahiran aku tu..nama kampungnya Keruntung, berada di sebuah lembah. Dari jalanraya ke Mempaga..kena melalui sebuah simpang yang menuruni bukit. Kalau penduduk kampung situ pandai menjaga kawasan kampung Keruntung tu..aku rasa pasti cantik bagai terlukis di atas kanvas.
No comments:
Post a Comment