Start awal bulan September hari tu..aku mintak izin dari abang untuk menghantar dan mengambil Akiss dari sekolahnya di TMGS rendah. Alhamdulillah, abang izinkan.
Sebab musababnya sebab aku nak memenuhi aktiviti aku dengan perkara yang menyeronokkan. Aku suka perati gelagat orang ramai walaupun ntah2 tanpa sedar gelagat aku pun sedang diperati oleh orang yang macam aku gak, suka memerhati orang..mana tau kan?
Aku hantar ngan amek akiss sorang aje laa. Si ABU moto kapcai aku tu laa aku dok lanyak selalunya.
Kalau hantar along angah sekali kena naik keta. Petrol dah mahal skang. Lebih berbaloi naik bas lagi walaupun Untie tu cas RM36 sorang. Leh juga jimat minyak enjin keta, jimat bunga tayar keta.
Along ngan angah pun dah besar. Masa diorang tahun 1 dan 2 dulu pun aku dok layan hantar diorang ngan moto gak time bulan2 pose cam gini. Jadi, aku memang dah ada pengalaman keseronokan p hantar dan p lak amek anak dari sekolah ni.
Memang lah..kalau dipikirkan dari segi masa..letih dengan komitmen camtu. Dengan mata kasar macam tak de apa yang best pun. Buat penat badan aje. Tapi di luar jangkaan..perkara ni membawa manfaat sebenarnya.
Disebabkan Taiping & Kamunting ni mempunyai banyak division2 kem2 tentera..jadi tak hairan lah kalau melihat trak-trak askar @ skang dipanggil Feri sekolah datang mengambil anak2 anggota mereka.
Yang nampak mesra ni selalunya dari Renjer yang kebanyakannya datang dari Sabah dan Sarawak. Jadi sementara diorang tunggu anak2 abes sekolah..diorang bersembang laa sesama diorang ngan loghat sana. Sedap juga bila dengar loghat diorang. Macam iklan Maybank sempena MERDEKA tu.
Tapi Sarawakian yang kedengaran selalu bersembang-sembang. Sesekali tu terasa gak nak menyampuk.."tinggi..mannah gamal!"..hehe (tu aje yang aku tau)
Sebut pasal Sarawakian ni..kalau orang Sabah dipanggil Sabahan, kalau Pahang? Aku orang Pahang sendiri pun tak tau. Jangan Pahangit @ Pahangus sudah, ekekek..Kalau ada yang tau, silalah bagitau. Kalau tau negeri2 lain pun takpe..lagi bagus. Ilmu pengetahuan gak tu.
No comments:
Post a Comment