Kepada kengkawan yang taknah masuk blog ni..kat sini aku bg tips macam mana korang nak jimat masa jenguk blog ni.
1) Ruangan ALBUM tu adalah antara koleksi gambar2 aku dari website lama sebelum blog ini dibina. Ada juga di antaranya gambar2 perkahwinan rakan2 SMVTAA. Ada masa nak belek2..sila-silakanlah.
2) Ruangan SELEKSI tu adalah antara koleksi lagu2 rock masa zaman kita sekolah menengah dulu laa. Skang lagu ni dah banyak berkumandang kat radio Sinar.FM. Sapa2 nak layan..sila-silakanlah.
3) Ruangan APACITER tu..korang takyah masuklah sebab dah lama sangat takde entry baru. Tu dulu dibina sebab nak berforum laa konon2nya ngan kengkawan SMVTAA tapi skang ni ramai di antara mereka yang dah tak dibenarkan online kat ofis masing2.
4) Ruangan Cintamanisz5 tu pun korang takyah klik. Sebab aku dah blok blog tu. Hanya untuk tatapan aku, suami dan anak2 aje (bila diorang dah besar nanti). Kalau ada lagi sorang anak..ia akan ditukarkan kepada Cintamanisz6 pulak, begitulah seterusnya..huhu..
5) Ruangan GEBANG FP (Fotopages) tu korang leh laa pi kalau ada masa banyak sangat kat depan pc online. Sebabnya kat situ banyak gambar2 aktiviti kitorang. Ianya selalu di update kan. Leh kongsi komen korang pasal gambar tu sekali.
6) CHAT BOX..aku harap korang leh selalu masuk sini tinggalkan pesanan, gurau-gurau, usik-mengusik, infomasi terkini..kat aku maupun kat kengkawan lain. Nama aku kat siber ni ALONA gabungan along (anak sulung) dan nama singkatan aku.
7) Seperti blog yang lain..korang leh ulas balik apa yg aku citer kat situ. Nak kongsi pendapat ke apa..Jangan risau, blog ni tak merbahaya.
Semoga..persahabatan di dunia siber ini akan memanjangkan lagi kesegaran sillaturrahim kita.
No comments:
Post a Comment