Sunday, September 14, 2008

Citer koleksi2 (hobi) ku

NOVEL
Dah 4 kotak koleksi novel yang aku beli dan simpan. Yang terbaru aku beli..awal July ari tu dari Dhiya Zaffira buah tangannya yg ke 2 selepas Ku Damba Bahagia iaitu Rindu Belum Berhenti. Yang paling terbaru..Menanti Kasih dari NorZailina Nordin. Laa, tak sangka pulak beliau pun orang Bentong. Sama ngan Anis Ayuni rasanya.

Dhiya Zaffira tu lak orang Taiping. Tempat kejenya pun dekat benar ngan umah aku, hehe.

Tapi kat sini aku nak komen sket laa pasal citer RBB ngan MK tu..ada sket laa persamaan. Heroin bercinta ngan hero yang pernah terlibat ngan jenayah. Tapi RBB tu penjenayah tempatan aje laa tapi ganas gak, hihi. Novel MK tu penjenayah dari geng mafia Itali, fuiiiyoo! Tapi kedua2 buah novel ni sama2 hebat. Tinggi betul imaginasi para novelis kita ni.

Novel-novel koleksi aku ni tak semua orang aku kasi pinjam. Aku sayang koleksi novel2 aku ni..Aku bagi kat orang yang bagi aku pinjam novel dia aje. Kena ada sistem barter, huhu.

Nanti satu hari nanti..aku ingat nak list kan gak semua novel2 yang aku simpan ni. Aku pun tak tau berapa buah semuanya.

SETEM
Aku pun ingat nak tayangkan koleksi setem2 menarik yang aku kumpul kat satu ruang lain. Sekurang2nya..kalau peminat2 setem melayari website aku ni, diorang leh tengok sama ada diorang ada ke tak koleksi yang sama. 16hb ni ada kuar lagi isu setem 2008..pasal tengkolok diraja.

KAD UNIPHONE
Aku pun masih simpan kad2 uniphone tahun 1993 dan 1994 dulu. Sayang pulak nak dibuang atau diberi pada orang lain. Yang ni tak banyak laa. Semuanya aku guna masa aku keje kat Jln Ipoh, KL ngan kat Lebuh Ampang pada tahun tu.

No comments: