Alhamdulillah, 16hb Sept hari tu keadaan negara kita masih aman..tiada kacau bilau seperti yang diheboh2kan.
Hari tu jugak setem keluaran khas dari fillatelli isu mengenai tengkolok diraja telah dikeluarkan.
Setem khas ni..di samping ia nya adalah keluaran khas pada tarikh tertentu saja, ia juga tidak datang kosong. Ianya turut memberi kita info sebagai pengetahuan tambahan. Cetakan designnya pun cantik dan pelbagai. Apabila membelek2 kembali koleksi2 setem tu..terasa seronok aje.
Setem tengkolok Diraja tu satu set datangnya. RM5 untuk 10 setem 50sen. Malaysia mempunyai 8 negeri beraja dan satu Yang Dipertuan Agong. Belen lagi satu setem tu tertera kesemua gambar 9 tengkolok Diraja itu. Jadi 10 setem kesemuanya.
Setiap negeri..tengkolok rasmi Sultan nya mempunyai nama2 lipatan masing2.
Pahang:- sekelungsung bunga
Perak:- ayam patah kepak
Selangor:- setanjak balung raja
Kelantan:- ketam budu
Terengganu:- belalai gajah
Yang dipertuan Agong, Sultan negeri Perlis, Kedah dan Yang Dipertuan N.Sembilan menggunakan jenis lipatan yang sama iaitu Dendam tak sudah.
No comments:
Post a Comment