Perkara yg menjadi tarikan itu tidak lain tidak bukan ialah kanak2 sekolah bermain batu sere'mban di koridor sekolah ketika waktu rehat dan di lorong2 berjalan kaki untuk ke pintu pagar sekolah ketika waktu nak balik tengah tunggu bas mahupun tunggu parents amek.
Memang senario bermain batu sere'mban ni sangat popular ketika persekolahan di bulan Ramadhan.
Kelihatan kanak2 perempuan TMGS sangat comel ketika berkumpul dan membuat kelompok masing2 untuk 'acara permainan rakyat itu' .
Yang aku nak citer sini adalah senario yang berlaku di pagar B iaitu tempat pelajar2 TMGS yang menaiki feri sekolah mahupun yang dijemput oleh parents masing2. Kalau yg naik bas..mereka kena tunggu di pintu pagar A.
Dengan beg sekolah mereka yang diatur dan disusun seperti menunggu kedatangan bas sekolah, duduk pun teratur..mereka menunjukkan kemahiran masing2 membaling batu ke atas, memungut sejumlah batu di atas lantai..dan bila habis..ketujuh-tujuh batu tersebut perlu ditimbang untuk mendapatkan kutipan mata. Ada juga sekumpulan dari mereka duduk di bawah pondok menunggu bas di dalam kawasan pagar sekolah bermain permainan yg sama.
Bila perkara tu aku citerkan kat abang..abang pun menyorot kembali nostalgianya ketika bersekolah rendah di SK KE 2 pada 30 tahun yang telah berlalu. Menurut abang, bukan budak pempuan aje tau main batu sere'mban kat sekolah masa bulan pose camni..malah budak2 lelaki jugak. Semuanya menjadi kenangan manis.
Yang lucunya, mereka nampak frust bila mak pak diorang dah datang nak amek bawak balik akibat keseronokan dan kekhusyukkan bermain bersama kawan2 ketika itu.
Buat No'oi..nampaknya tahun 1429H ni 1 Syawal, InsyaAllah jatuh pada hari ulangtahun kelahiran ko ye!
Kalau ko adalah baby yg baru lahir hari tu nanti..tentu mak ngan ayah ko namakan ko Norul Syawal Al-Huda, hehe..
Tapi kita kan ada dua org kawan kat SMVTAA dulu lahir pada 1 Syawal yang bersamaan 5 Oktober pada tahun kelahiran kita. Sorang namanya Syawaliza dan sorang lagi namanya Mohd Aidil budak Automotif.
Dengan petunjuk tu yang membolehkan aku kira mak aku melahirkan aku pada berapa haribulan dalam bulan Islam. Kira punya kira, rupa2nya aku dilahirkan dah penghujung bulan Syawal! Hehe..
Bermakna jugak ko lahir pada tahun tu sama ada 27 atau 28 Syaaban sebab tak tau masa tu Syaaban ada 30 hari atau pun 29 hari saja.
Tahun ni, ko leh laa eksyen lak kat Syawal..hehe.
No comments:
Post a Comment