

Pastu kitorang terus ke Tesco..ada mende nak beli. Alah, barang2 biasa aje. Kat kedai runcit pun ada jual. Tapi biasalah aku ni..
Kat area Medan Selera rupa2nya ada GEGAR UTARA anjuran RTM. Ada laa acara karaoke yg diwakili oleh pendengar2 dari pelbagai stesen radio negeri di utara ni. Nak komen pasal diorang nyanyi..hmm..(tapi aku respek diorang coz sporting, berani dan sanggup dtg dari jauh utk menyertai acara tu!)

Tak tunggu lama pun kat situ. Kitorang pi simpan barang kat bonet keta. Kemudian..merayau jap kat Taiping Sentral. Aku nak pi KAMDAR survey kain untuk Aidilfitri..hehe. Tahun ni Fadel ngan Dayah yg pilih kaler. Diorang dah beli pun kat Jakel Trading di Kota Kinabalu. Emak ngan ayah punya pun diorang yg belikan. Mak siap dpt tudung sekali pemberian Dayah..seronok laa mak, ngeh2.
Untuk kain baju melayu..dah ada yg berkenan tapi tak beli pun lagi. Tunggu gaji abang ujung Mei ni..hehe. Untuk aku ngan Akiss..nak tgk kat Nagoya dulu. Tapi yg kat KAMDAR tu pun okey gak. Tengoklah camne tu nanti..hmm?

Masa mak nk balik..mk pun amek laa bawak 2 ekor anak si Nobi balik ke umah mak. Anak2 kucing pilihan mak ni semua dah pandai makan. Tapi nak gak susu mak dia. Aku tgk Nobi tu dah kurus kering teruk sangat disebabkan anak2nya yg 5 ekor yg semakin membesar ni masih hisap susu dia. Nobi tu makan apa pun tak kenyang. Tapi Nobi ni mmg mak kucing yg baik. Dia sangat adil kepada semua anak2nya. Anak2nya semua sama besar, semua diberi kasih sayang yg sama. SELAMAT HARI IBU UNTUK NOBI, hehe..
Anak2 Nobi pun baik2. Takde nak merayap kat tempat lain kalo lepas kat luar dapur tu. Kat situ aje laa ke hulu ke hilir mainnya. Mana tak org yg tengok geram!
Skang kat umah kitorang tinggal laa 3 ekor lagi anak kucing. Sekor kak nor punya, sekor kawan baik akiss (Nurul Hidayah) punya dan sekor lagi kitorang punya. Abang dah siap bagi nama dah..Nyu!
Kitorang mmg bela kucing tapi jarang benarkan masuk ke dalam umah. Harap2nya..Nyu pun baik mcm Tomei.

Ni laa Nyu. Dia yg paling bongsu. Jadi, biarlah dia yg teman mak dia kat sini. Yg lain masing2 dh dpt tuan lain.

Yang Shin Chan tu kitorang ternampak kat Pameran Maritim di Lumut ari tu. Tingat kat Fadel coz dia mmg minat sungguh kat animasi Shin Chan sampai semua buku2 komik Shin Chan baru keluar..dia mesti nak beli. Tu yg aku beli tu.
Ada gak flip flap epal tu tapi mahal laa pulak dari kedai Living Cabin kat Tesco tu. Kat Lumut RM15..kat Tesco RM12.90 aje. Aku tak beli laa pasal dah ada Moo...hehe..
----------------!!
Ohh, ye..aku tadi dh wat payment untuk tudung pilihan di iris-collection.blogspot.com. Yang aku leh nak beli kat situ bukan apa..harganya sgt murah dari kedai biasa. Dah campur kadar pos pun..aku tak rugi RM9 jika dibandingkan ngan harga kedai.
No comments:
Post a Comment