Ni gambar kelas taekwando Akiss utk Jumaat minggu lepas. Sir Jiva ckp..22hb Mei ni tak jadi pulak nk wat test pasal dewan Rakan Muda dah disewa seminggu utk pertandingan tinju. Hmm..menarik jugak ni, hehe..Leh pi tengok!
Test tu hanya akan dibuat selepas cuti sekolah pasal kalo wat time cuti..mesti ada yg tak dpt dtg. Kelas ari tu..Hidayah (kwn baik Akiss) baru join.
Sabtu 16/5..kitorang gi melawat along kat PH lagi. Byk gak barang2 along yg kitorang nk kena bwkkan. Mangga kunci, t-shirt, kertas A4, gambar2 family yg dah diprint, charger USB utk mp3 dia, pensil 2b (stok umah punya), buku2 latihan form 1 masa kat SMK King Edward 7..
Kali ni ikut jln Selama-Mahang-Sedim-Baling-Pengkalan Hulu. Walaupun melalui kawasan kampung2 dan estet2 kelapa sawit tapi jimat gak laa masa setengah jam. Jalan sempoi aje. Mmg tak lalu bandar Kulim dah. Lain kali..leh lalu lagi jln alternatif ni, huhu..
Kul 11.30 pg dah sampai MRSM Pengkalan Hulu. Kul 11.45pg kitorang dh kuar bawak along outing..hehe.
Memula pi mamam kat Warung D'Lembah Pak Teh sebelum masuk kawasan kompleks Imigresen PH. Lepas tu..kitorang masuk ke kawasan kompleks bebas cukai. Saja..dah tau takde apa yg menarik pun kat situ, hehe. Tapi kali ni abang belanja makan durian siam 2 biji kat situ, hehe. Saja laa..cari pengalaman makan duyan kat sempadan, wakaka. Ada along pulak tu. Dpt laa along pulun sama.
Pastu kitorang ke bandar Baling. Kali ni pi kat area Billion Superstore pulak. Saje2 tengok2 tempat org. Membeli gak laa..beli biskut2 stok utk along, hmm..
Pastu..kitorang lepak kat area taman kat tengah2 bandar Baling tu. Dah tak tau nak melepak kat mana bersantai2 dah..jd, kat situ aje lah. Sambil sembang2 ngan along..makan buah laici RM6/kg yg kitorang sempat beli kat sempadan siam tadi.
Kat situ mmg pelik kalo tgk ada aje pembonceng moto masuk taman, pusing2 kat situ..pastu kuar balik. Bukan apa..taman tu kecik aje..pusing2 pun bukan ngan awek. Nak 'usha' awek pun..bukan ada awek melepak kat situ. Tapi bukan pembonceng lelaki aje, yg pempuan2 pun camtu..heran2. Ingat situ ada jalan short-cut pi mana2..tapi tak jugak! Nampak dh mcm org belajar bawak motor kat driving school pulak!
Pastu..kitorang singgah kat pasar malam Pekan Baling tu. Beli makanan aje. Apam balik, nasik ayam, abuk2 pandan, donut..
Tengok jam..mcm awal lagi nak hantar along masuk hostel balik. Kitorang singgah jap minum2 kat R n R di Padang Tammat, PH.
Abang oder Roti FIZLA..roti bakar ngan teloq separuh masak 2 bijik dan kacang panggang. Kitorang oder fish & chips..kongsi anak2 beranak pasal perut masing2 dah kenyang makan kuih2 yg dibeli kat pasar malam tadi.
Di bawah ni gambar tambahan aje laa..Termasuklah gambar buah sentul bersaiz besar ni. Aku beli 2 biji aje. Nak rasa..katanya sedap dan lebih gebu dari buah sentul biasa. Bijik dia nak try tanam kat tepi umah ni, hehe. Katanya..pokoknya kecik rendang aje.
Masa dah salam2 peluk cium along masa nak balik tu..along sempat menghulurkan kad sempena hari ibu utk aku. Siap sajak yg direka khas tu. Hmm..aku apa lagi..pasti laa meneteskan airmata masa membacanya dlm keta on d-way nk balik tu.
Gambar di bawah ni pulak adalah hadiah2 akiss ngan angah nak bagi cikgu diorang. Nak ikutkan si Akiss tu..semua cikgu dia nk bagi. Aduhai..teruk laa aku. Jadi aku soh pilih laa 3 org cikgu yg paling best bg dia, hehe. Mug tu aku beli kat Baling..RM1.50 sebijik. Kipas tu pulak RM1.30 sekeping. Jadi aku beli wraping plastik ni..balik umah aku bungkus sendiri ngan bahan2 lain yg ada kat umah. Kad kecik tu..beli kat Tpg semalam..RM0.20 sekeping. Jadi laa camni.
Along senang..dia buat kad sendiri..bagi kat cikgu dia kat sana. Nak menghargai guru ni bukan ngan hadiah mahal2. Cukuplah jd anak murid yg 'baik' utk diorang. Cuma bila diberi sedikit cenderahati camni..seronok laa diorang bila diraikan..
2 comments:
salam,wahhhh...mcm2x gaye ye ank awk tido,cute taw...mcm mama die
Erk..mcm tu pun kiut ke? ngeh2..
Post a Comment