Di bawah ni adalah serba-sedikit catatan ringkas aktiviti aku sepanjang minggu ni yg perlu aku letakkan kat sini utk ingatan sendiri. Sebab citernya tak panjang dan aku takde pulak gambar2 berkaitan, jd aku satukan sj lah citer aku ni.
Gambar di atas hanyalah sekadar penyeri entry sj.
Petang Selasa ari tu 26/5..setelah 17 tahun aku tak berpeluang utk bermain bolajaring, akhirnya aku telah diberi peluang oleh team Puteri Jana (pu3jana.blogspot.com) join diorang berlatih bersama. Terima kasih bebanyak kat korang coz sudi kasi akak join no!
Sebenarnya, lepas aku ngan abang abes jogging satu pusingan kat Kompleks Rakan Muda tu...aku ngan muka tak malunya lalu kat tepi gelanggang netball dan mintak nak join diorang, hehe. Diorang ngan baik hatinya menerima aku utk berlatih ngan diorang.
Alhamdulillah, aku masih tak lupa undang2 bermain netball ni. Skill pun masih ada la sket2. Cuma skang ni dh ada istilah2 baru dlm permainan yg aku tak tau.
Team Puteri Jana jugak mempelawa aku join latihan diorang setiap petang Sabtu dan Ahad. InsyaAllah, kalo ada kelapangan..memang aku takkan lepaskan peluang keemasan tu pasal aku mmg suka main netball.
Petang Rabu tu pulak aku menghadiri miting AJK PIBG SK King Edward vii (2). YDP PIBG, Mejar Zaid tak dpt menghadiri utk mempengerusikan majlis pasal dia pi kursus 3 bulan. Jd, NYDP PIBG, En. Mustafa telah mengambil alih peranan tersebut sehingga miting ditangguhkan. Pelbagai perkara diperbincang dan pelbagai perkara juga telah diterangkan oleh Guru Besar selaku penasihat PIBG sekolah.
Hari ni..aku ngan abang InsyaAllah, akan ke Pengkalan Hulu untuk amek along dari hostelnya. Along tu mesti tak sabar2 nak cuti dok umah dan bercerita macam2 ngan kitorang, hehe.
Kitorang pun ada tugas yg perlu dilaksanakan petang ni. Aku harap segalanya selamat dan berjalan ngan lancar. Amin.
1 comment:
huuuu
lamanyer tak main bola jaring
almost 12 tahun....
agak2nyer boleh tak main lagi erk...
dulu still ringan lagi badan nie...takat melompat2 sambut bola tu kacang jer...now, bertambah2 berat...mmmm ...x yakin jer plak...hu hu hu
rindu time2 bergelar atlet dulu...
Post a Comment