Di atas ni adalah pohon keluarga aku utk 4 generasi aje. Sebab gambar moyang mmg takde dlm simpanan sesape pun. Memang diorang tak berkesempatan lgsg nak bergambar agaknya masa dulu2. Maklumlah..zaman perang Jepun..bukan semua org berpeluang nak bergambar mcm kita skang. Kamera sentiasa aje ada kat tangan, hmm. Org dulu2 kameranya takleh nak taruk dlm poket, dlm henbag. Beruntung betul org skang ni kan. Tu pun ramai yg tak reti nak bersyukur.
Ok lah..citer balik pasal pohon keluarga ni.
Bermula ngan arwah aki dan wan iaitu ibubapa kepada ayah aku. Arwah aki ni org Pekan, Pahang keturunan Melayu Bugis. Arwah wan berasal dari Selangor keturunan Minang. Arwah aki telah meninggal dunia sewaktu umur aku 5 tahun. Alhamdulillah, sempat jugaklah aku jadi cucu kesayangan arwah aki.
Selama membesar, utk kasih syg seorang 'nenek'..aku ngan Fadel cuma ada arwah wan aje. Wan meninggal dunia (sakit tua) masa aku dah berumahtangga. Fadel lak masa tu tgh belajar lagi kat UiTM, Shah Alam.
Mengikut nombor2 tersebut..dinyatakan di sini nama2 mereka ikut gelaran. Biasalah..nama sebenarnya lain tapi nama panggil-panggilan lain, hehe..
1) Maklong Siah
2) Makngah Yang; anak 7 org
3) Paklang Jama; anak 11 org
4) Makndak Te't; anak 4 org
5) Ayah aku ni anak2 sedara dia panggil..'Pak Teh'; anak 2 orang..hehe..
6) Pak itam; anak 2 org
7) Cu; anak 4 org
Semua adik-beradik ayah aku (termasuk ayah aku..dok Bentong) kecuali Makndak pasal baru2 ni dia pi dok KL balik (area Tmn Connought).
Diceritakan pulak mengenai ibubapa sebelah mak aku ni. Arwah atuk ngan nenek ni berketurunan Melayu Bugis, org Kg. Paya Rumput Sg. Udang, Melaka. Kiranya jodoh mak ngan ayah aku ni mcm lagu Joget Pahang tu laa. Dari Melaka..ke negeri Pahang, singgah di Johol beli berangan..ewahh!
Atuk ngan nenek telah meninggal dunia masa mak aku kecik lagi. Adik-beradik mak aku ni membesar sebagai anak yatim-piatu laa. Arwah nenek meninggal muda..umur 38 tahun.
Berikut mengenai adik-beradik mak aku pulak;
1) Paklong Senin; anak 5 org. Dok Kg. Jawa, Klang.
2) Pakngah Amer; anak 4 org. Dok Meru, Klang.
3) Paklang Dahlan; anak 5 org. Dok Bandar Teknologi Kajang.
4) Mak aku laa, hehe. Anak 2 org. Dok Bentong, Pahang.
5) Busu Timah. Anak sorang aje. Dok Petaling Bahagia.
Sebenarnya..gambar2 ni aku leh rajin lak pi edit & crop pasal Along tipon mintak tolong cari dan printkan gambar2 ahli keluarga abah dan ibu dia..hehe.
Takde laa susah sgt aku nak cari..pasal kitorang mmg simpan gambar2 yg kitorang ada. Alhamdulillah la, semua gambar adik-beradik abang dan anak2 diorang aku dpt. Apatah lagi gambar2 keluarga aku, hehe.
Bila dah terkumpul tu..terpikir lak aku nak wat pohon keluarga aku. Gambar arwah wan, aki, atuk dan nenek mmg dah tersimpan kat album cintamanisz. Jd copy & paste aje laa..hehe.
Nak wat betul2 kronologi..nanti laa bila2. Nak susun yg ni pun nampak mcm remeh tapi leceh gak prosesnya (pasal tak pro..hehe).
1 comment:
rajin..elok gak buat..nanti kot anak2 tanya senang..
Post a Comment