Wednesday, April 28, 2010

Sekadar luahan rasa...

Skang ni kat Taiping bakal beroperasi sebuah lagi hypermarket. Di sana sini terpampang signboard dan banner mengenai kewujudannya. Ntah bila ndak dibuka pun aku tak tau ler. Tp dari pemerhatian aku masa lalu situ..mgkn 1 Mei ni kot...hehe.

Hypermarket apa?
Hmm...kalo skang ni dh ada Tesco ngan Giant..kali ni Econsave lak.
Aku mmg tak nah masuk lagi mana2 Econsave..tak kira laa kat Ipoh ke, kat Sg. Petani ke..atau kat tempat2 lain.
Ada yg kata...Econsave ni murah. Tp ada yg kata..lebih kurang ngan yg lain aje ler. Ada brg dia yg murah..ada gak sama lebih kurang, ada mahal sket. Ntah ler.
Tgk je ler nanti masa pembukaan dia. Hmm..masa tu mesti sesak kat jalan Kamunting ni, hehe. Aku kalo gi pun..gi ngan abg naik motor je ler dulu, hoho. Tp kalo tau dek Akiss ni..mesti dia kata ibu tak aci!!! ngee..
Tp leh gi ngan 2 motor. Aku ngan kapcai c70..abg lak ngan EX5 dia. Elok ler helmet ada 4 bijik kan walaupun satu tu tak berapa elok dh, ngee.
Econsave ni dkt aje ngan umah aku...5 minit aje dh sampai. Kalo Sela..lagi ler dekat umah dia ngan Econsave tu..2 minit aje dh sampai, hoho. Tu ler kelebihan Econsave pada kitorang berbanding ngan Tesco dan Giant yg memakan masa 7-10 minit nak sampai sebab ada trafik light dan mcm2 lagi ler..ngee.
Econsave ni mmg sgt dekat ler ngan umah mentua Suziey , hoho..Nanti leh dating ngan Suziey kat medan selera Econsave, kan?? hehe..
Tu pun..kot ler best, kan??

Lokasi gambar; Kg. Selinsing, Simpang Empat, Semanggol.

Semalam, Angah dh sah tidak terpilih utk wakil Speed Power Taekwando Taiping utk ke tournament di dewan Taman Bolton, Batu Caves 1hb Mei ni nanti.

Tp kitorang takde laa memperlekeh atau memperlecehkan dia pun. Angah ni masih baru dlm bidang ni. Talipinggang pun putih lagi. Dh terpilih sebagai calon tu pun..dh menunjukkan dia ni berpotensi cuma perlu diasah lagi laa skill dia setiap kali kelas. Kelemahan angah ni yg utama ialah dia seorang budak kacamata. Time lawan takleh nak guna spek.
Nanti nak lawan kat sana...bkn calang2 budak. Yg talipinggang hijau ke atas aje. Ikut kategori berat dorang.
Tambah pulak..rombongan Master Jiva ni gi mgkn hari Khamis malam. Jumaat berlatih kat sana. Sabtu baru tournament. Jd, budak2 tak dpt menghadirikan diri ke sekolah hari Jumaat tu. (Surat utk sekolah mgkn diberi oleh Speed Power)..

Apa2 pun...kitorang sebagai ibubapa sentiasa bg sokongan padu utk aktiviti anak2 yg memanfaatkan diri dorang. Terus buat yg terbaik walaupun tak terpilih.

Lokasi gambar; Taman Tasik Taiping di waktu malam..

Hmm..sememangnya minggu lepas mmg sgt mencelarukan hati aku dan abg.
Mengenai apa?? Mcm2...
Tp yg paling serius adalah pasal Along. Aku siap mengarang dan print 3 helai surat size A4 utk dia dan dihantar guna pos ekspress (berserta gambar size pasport yg dia perlukan tu). Tp PH tu aku tak tau ler tergolong dlm zon apa. Sbb...3 hari baru sampai sana. Aku pos hari Rabu. Sabtu baru sampai ofis maktab. Isnin baru dpt kat anak aku sbb ofis maktab Sabtu tak bukak.
Aku ngan abang sampai dh buat plan A, B, C & D dh. Kalo plan A tak berjaya..kitorang g plan B..begitu ler seterusnya.

Sbb aku rasa masalah ni dh terlalu serius..maka aku terpaksa kol guru homeroom along pd hari Khamis lepas utk bertanya dan menerangkan segalanya serta meminta pendapat beliau serta pertolongan bg jalan penyelesaian.
Padahal, sejak along belajar di sana..tak pernah sekali pun aku cuba menyebok kol guru homeroom tanya itu ini serta mengganggu masa beliau sbb aku tau dia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dgn baik.

Tp kali ni aku terpaksa kol. Kalo tidak...selagi tak reda selagi tu hati aku tak tenteram. Susah hati, resah, gelisah, risau, sedeh...semuanya bercampur-baur. Mcm tu ler hati seorang ibu apabila anaknya sedang mengalami masalah yg bukan dari kehendak dia sendiri.

Alhamdulillah....guru homeroom along seorang yg prihatin. Dgn lemah lembut aje melayani panggilan aku yg penoh emosi syahdu seorang ibu ni. Dia berjanji akan sedaya upaya membantu. Jadi, kitorang tak jadi gi sana utk bertemu ngan Along. Kitorang ke Plan B.

Lepas aje aku berbual (disusuli dgn sms) dgn beliau pd hari tu...aku pun dh tak bertanya perkembangan dari guru tersebut. Aku tak mau campur bagaimana cara beliau mengatasi permasalahan ini kerana beliau sudah tentunya ada cara sendiri.
Dan setiap kali along menghubungi aku...tak putus2 aku mententeramkannya dan menasihati along agar sabar dgn segala dugaan kehidupan yg perlu dilaluinya. Semuanya utk kekuatan mental dan fizikal diri dia.

Ntah laa..mgkn skang ni dh reda sket kot. Ada tetap ada...
Cuma yg aku kesalkan kenapa permasalahan ni berlaku di sekolah yg mempunyai pelajar2 yg boleh dikatakan pandai2 tu? Kalo berlaku kat sekolah2 yg mmg dlm senarai terkebawah tu..mmg dh menjadi perkara biasa laa.
Sepatutnya..dorang dh pandai dlm akademik...bermakna dorang juga pandai dlm pemikiran ketika menjalani kehidupan sehari-harian!!! Rupa2nya tidak. Tak matang bkn alasan. Kalo dh tau tak matang...jgn lakukan perkara seperti org dh matang sgt.
Dari mana dorang dpt budaya sesen pun tak berguna ni???? Hmm..
Setiap manusia ada kelemahan. Tp jgn laa memperkotak-katikkan kelemahan itu dgn kata2 yg menyakitkan. Mgkn tahap kesabaran along dh semakin menipis. Manakan tidak, dari tahun lepas lagi dia dah menggunakan segala kesabaran yg ada disebabkan perkara ini. Jd..utk tambahkan balik meter kesabaran dia...aku kata pd dia..jadikan kelemahan itu penguat semangat dia melangkah ketika meredahai segala ranjau demi kejayaan.

Skang ni...masih di Plan B. Aku harap terus reda dgn permasalahan ni. Takyah memikirkan Plan C dan D yg sudah tentu lagi merumitkan.

Apa sj yg terjadi...mesti ada hikmah di sebaliknya. Ada positif dan negatifnya. Aku selalu seimbangkan apa yg aku fikirkan serta pendapat yg aku dpt.

Aku luahkan ni hanya utk mengingatkan bahawa perkara ni pernah terjadi dlm kehidupan aku sbg ibu kepada anak remaja. Bkn along aje perlu kuatkan semangat...tetapi aku sebagai seorang ibu juga.


nota tambahan:-
Mende ni ntah ler..serangan terhadap pemikiran sebenarnya. Kalo nak kata buli tu..mcm keras sgt.
Tp mende ni pun sebenarnya kalo dibiarkan leh merosakkan proses kehidupannya sebagai seorang pelajar yg dedikasi dan dlm pd masa yg sama ianya boleh menjejaskan kemajuan pelajarannya juga.

5 comments:

cikbedahlaser said...

hmmm dh seminggu 2 juga tgk akak bad mood...
sbnr nye..anak akak kena ape?
buli??
risau nye...
mcm mana ye nk tangani masalah anak2 skrg..klu x ank kite wat hal..ank org lak... yg leh melibatkan anak kite..
owhh risau nyee

ALoNa CintamaniszLite said...

Pidah...nak mendefinasikan ni kes buli pun..tak tepat sgt ler. Mende ni ntah ler..serangan terhadap pemikiran sebenarnya. Kalo nak kata buli tu..mcm keras sgt.
Tp mende ni pun sebenarnya kalo dibiarkan leh merosakkan proses kehidupannya sebagai seorang pelajar yg dedikasi dan menjejaskan pelajarannya juga.

Nanti ler kita chit-chat lanjut kat fesbuk, ye..

nad said...

salam
kak, dok taiping ke?
rindunye kt taiping
saya sekolah seratas dulu, hehe..
maju sungguh taiping la ni, huhu

Anonymous said...

risau plak saya..bila anak2 dah semakin besar ni..adoiiiii...
dahla duduk jauh..kite ni sebagai ibu rase macam nak duduk dgn dia 25jam sehari..huhu

el said...

x penah lg la jenjalan kat tesco giant kat kamunting tu..econsave kt pg pun xnah g..hehehe skrg kamunting dah ada mcm2 eh..

ermmm hope along kuat semangat lah belajar kt sn eh kak...huhuhu

kak hjg bln 5 ni adek el kawin..jemput eh..nti el tempek kad kawin beliau kt fb ngan blog ok...kpg saya kt kuala kangsar