Tuesday, September 7, 2010

Ahad itu...

Bila nak raya baru ler terhegeh2 pulun wat keje umah, hoho.
Mujur ler angah ringan tulang nak mengilap cermin tingkap umah luar dan dlm. Tingkap saja ada 5 campur dapur, huhu.
Bertambah2 ringan tulang angah bila tolong mengilap sliding door luar dan dalam jugak, huhu. Bersungguh2 dia buat keje ni walaupun angah wat 2 sesi. Sesi pagi dan petang, ngee. Terima kasih ye. Angah mmg best!! hehe.
Aku lak byk buat keje kat dlm umah aje...tukar langsir, tukar sarung kusyen...vakuum memvacuum, hehe.

Akiss sukarela gi cuci lantai depan umah.

Align CenterSementara abg lak...selain menyapu sawang2..(adik-beradik blog ler jugak selalu bersawang, hahaha), abg gak tolong aku tanggalkan langsir dan pasangkan langsir utk tingkap depan dan sliding door.
Vacuum kereta pun ada dlm misi hari Ahad tu, hehe. Aku mmg takde masa dh laa nak ngadap keta. Abg kena wat sengsorang, huhu.

Petang dekat kul 6...abg mesin rumput lak kat tepi umah tu. Angah tolong sapu rumput..pastu dok ngadap api membakar daun2 kering kat luar ngan akiss, hmm!!

Aku hari tu masak awal sbb nak tolong keje2 kat luar ni laa.
Serpihan2 potong pokok mempelam awal Ramadhan hari tu masih ada saki baki kat lantai kaki lima umah.
Sempat gak gi Pasar Ramadhan nak beli air tebu. Tp popiah sambal dan agar2 buah dh abes ler pulak. Maklum ler..kalo hari Ahad..gi lambat..abes ler kuih yg menjadi permintaan ramai ni, hehe.

Ni tunggu along balik lak. Ada simpan keje utk dia, hahahaha. Nak tau apa dia Along?? Cuci kedua2 bilik air tu, huhu.

Semalam, lega sikit aku bila lori sampah dh mai kutip sampah2 di kawasan kejiranan tempat tinggal aku ni. Sampah aku sj dh bertimbun. Dlm tong sampah aku taruk plastik sisa2 makan sbb takut kucing atau anjing koyak2kan kalo aku letak kat luar tong.
Yg kat luar tong tu..utk sampah2 biasa.
Dh seminggu lebih (3x seminggu: Isnin, Rabu & Jumaat) dorang tak mai kutip sampah kat sini. Aduhai..risau betul aku.
Mgkn dorang ni ada masalah kekurangan lori kot. Ye la..bila lori rosak satu dua pun jadi ler. Ia leh menjejaskan duty dorang, kan??

5 comments:

Unknown said...

Untung sis ada anak yang rajin menolong mamanyer..tapi bila nak raya ni mmg semangat rajin tu bertambah2 hehe

attyfir said...

itulah .kty pun nasib anak2 tolong..

Anonymous said...

alahai bagusnya dapat anak2 yg ringan tulang..senang sikit kerja..

slmt hari raya kak..

wantie said...

wah.. rajinnya satu keluarga bergotong royong. lambat lagi la nak tunggu Amirul leh tolong mengemas umah..

Drama Mama said...

haaa time nak raya ni memang lah penat nak mengemas! untung ada anak2 rajin ekkk!

http://twinkywinkystars.blogspot.com