Thursday, September 30, 2010

Lemau...

Aduhai...mmg runsing betul aku bila nak wat bahan baru utk Cintamaniszlite ni, hmm. Rasanya dh serasi ngan Firefox aje. Sgt mudah dlm apa jua perkara pun. Senang nak susun teks semula, senang nak susun gambar semula. Maklum laa..org mcm aku ni kalo wat bahan baru utk blog nak taruk teks panjang2...nak taruk gambar byk2..aduhaiii.

Kena tukar balik ler ke Firefox. Walaupun ianya mcm berat sket..lambat sket dari chrome dan opera..tetapi keserasian ngan blogger mcm aku ni adalah satu kepentingan juga. Tambah2 aku handle lebih dari satu blog.

Arghhh!!!....

CITER LAIN

Ari ni dh 5 hari aku puasa sunat Syawal. Alhamdulillah.. Abg pulak baru 3 hari disebabkan Isnin & Selasa hari tu abg dan department opisnya kena g naik Reservoir ngan staff LAP. Aku pose dulu tu bkn apa..nanti aku beriya tunggu abg..last2 abg tak jadi lak nak buat pose sunat ni, erm.

Tp Alhamdulillah, abg buat gak. Nanti aku temankan ler abg pose abeskan lg 2 hari tu, hehe. Sabtu ngan Ahad sok stop jap. Isnin baru sambung balik, ngee..

Rabu hari tu aku mmg sebok betul. Angah ler yg tolong aku kemas2kan umah mana yg dia termampu. Aku pagi2 dh kena masak, angah nak makan dulu sebelum gi sekolah sesi petang. Pastu, gi kuar ngan abang utk uruskan satu urusan ni. Kejap jer..pasal tok ketua kampung takde laa pulak nak mintak cop dan tandatangan pengesahan beliau.

Petang, hujan lebat. Akiss tido. Terpaksa ler aku kejutkan dia sbb aku kena kuar. Dh janji. Nak gi amek gambo pasport kat kedai gambar, pastu nak jumpa tok ketua kampung jugak. Nasib baik tok ketua ada kat umah. Masa yg sama..kak ina sebelah pun mai situ, nak mintak cop dan pengesahan jgk, hehe.

Semalam pulak..(KHAMIS) aku kena kuar pg2 lagi ngan si kancil tu. Kena gi Wisma Persekutuan. Erm..staff jabatan tu tgh wat persediaan utk jamuan raya dorang dijangka kul 12.30tengahari. Aduhai..aroma pelbagai hidangan telah menusuk lobang idung aku ni..huhu..terutama aroma rendang ler!! Kuat betul...

Aku kan tgh pose..aduhai..tgh2 sejuk air-cond lagik!! Dugaan...cobaan.

Urusan tu selesai agak lambat gak ler. Takpe ler. Aku tunggu. Sambil2 tu aku dh siap rangka plan A, plan B kalo2 lagi lambat, huhu. Mujur laa kul 11.30pg dh abes. Sampai umah kul 11.45pg..sempat masak sambal udang aje sebelum hantar Angah gi sekolah. Jd, ler...sambal tu aje jd lauk Angah tengahari tu.

Mmg sebok semedang ler, hehe.

Nak gi tesco dari Ahad (malam) minggu hari tu lagi..tp kensel last minute sbb lepas abg outdoor petang tu ngan geng2 photografernya..dorang sembang2 sambil bincang2 bukak laptop, kamera dan lense pulak kat kedai mamak sebelah Poliklinik Hidayah tu, erm..

Aku tak ikut pun kali ni. Byk keje umah ler. Nak gosok uniform sekolah akiss 3psg, uniform keje abg jgk. Kain baju pun nak berlipat, bersusun. Mengemas umah lagi..

Isnin malam pulak...mak ngan abah mai umah. Saja laa pun. Mak nak bg buah betik 3 bijik dan jugak bekas2 simpan biskut raya seplastik besar, hehe. Leh ler aku taruk biskut raya utk tahun dpn. Nak jual biskut raya pun leh cenggini, heheh...(aii..perasannya. Buat biskut raya utk diri sendiri pun, jenoh!! huhu..)

Selasa malam, dapat ler jgk gi Tesco nak beli brg2 keperluan.

Esok ingat nak buat rendang daging. Asek2 rendang ayam aje, huhu. Aku tak raya lagi..pasal tak cukup 6 hari pun...tp sj laa nak wat memandangkan aura raya ada lagi ni, huhu. Menghabiskan gas merebus nasik impit bagai, hahaha. Ingat nak wat gak kuah kacang psl kacang blender ada lagi lebih hari tu, erm..tp tgk laa level rajinnya tahap mana.

Mak ngan ayah pun ntah jadi ke idak agaknya nak datang Taiping esok. Tak konfem lagi. Tp kalo mak ngan ayah tak jadi mai umah aku pun..aku nak buat gak rendang tu. Sementara lengkuas tu segar lagi, hehe.

Citer dan album raya part seterusnya akan disambung kemudian..

1 comment:

Gieyana said...

apsal kt layout ritu kak?