Beberapa hari sebelum 2hb Oktober..mak ada kol aku soh kol atau mesej ayah. Aku tak kol pun..aku msj aje. Senang sket aku nak karang ayat merayu, huhu. Bila ayah dh setuju...mak pulak kata mcm tak jadi nak dtg, sbb keje umah byk. Mak nak wat keje umah je la, katanya.
Mak pun mmg amek cuti hari Sabtu tu sbb gi marhaban ngan teamnya kat umah kenduri di sebelah pg, ngee.
Sbb perkara ni takde kepastian..aku pun msj ayah tanya. Dan akhirnya, ayah kol..kata jadi datang Taiping..hehe. Nak bwk Daniel (cucu angkat yg dok sebelah umah ayah/mak) skali.
Petang dh nak senja tu..aduhaii..takde letrik lak kat area umah aku ni. Aku ingat kat kg. Expo aje..rupanya sampai ke Petronas Kamunting tu. Kedai2 byk ler yg tutup awaiii.
Ayah sampai kul 11.10mlm kat umah aku pun..letrik takde lg. Kitorang tgh bergelap dlm umah, huhu. Lama gak takde letrik kali ni. Mana yg kuar mlm tu..balik umah pun letrik takde lagi, huhu.
Kitorang pd mulanya, nak kuar gak sejuk2kan badan kat Tesco ke..Econsave ke..huhu. Tp disebabkan ketiadaan letrik ni besar lingkup kawasannya, jiran2 pun ramai yg keluar umah....maka, kitorang pun amek keputusan tunggu je ler dlm umah. Risau gak kang ada yg tak bertanggungjawab amek kesempatan!!!!
Daniel masa sampai2 tu...dia nangis takmo kuar..sbb takut tgk umah aku gelap je. Cuma diterangi ngan cahaya lilin. Mujur ler..atuknya pandai memujuk.
Tak lama lepas tu aje..rumah kitorang dan kawasan sewaktu dgnnya dh diterangi ngan lampu letrik semula, syukur!! Kipas umah pun dh berpusing....huhu..
Lepas2 teman mak ngan ayah makan, berborak...kitorang pun masuk titonnnn..
AHAD 03 Oktober
Pg2 bangun..buat sarapan pg. Nak gi Pengkalan Hulu, menjengok Along. Sebenarnya, along tak tau pun kitorang nak dtg sana bawak dia outing. Main terjah je laa nanti.
Dh sampai sana...cari punya cari along..melilau mata cari along, melilau gak kot2 nampak kawan2 along yg kitorang kenal utk cari kelibat along...tapi tak jumpa. Dorang pun pg tu ada aktiviti Syawal Cup..lelaki lawan futsal dan pempuan lawan netbol. Form 1, 2 dan 4 terlibat. Yg tak terlibat dlm game..kena jd penonton...tp mana along??
Mujur ternampak Dayat sedang berlari mencari Along jugak!! Cikgu tgh cari kat padang, uii..aku pulak yg gelisah. Mana anak aku ni??
Rupa2nya, along masuk sick-bay sbb demam dari pg td. Uii, satu kebetulan lak kitorang dtg dia tgh demam. Jadi, bawak ler dia kuar utk gi klinik. Tp klinik tutup ler pulak...tgh waktu rehat. Kul 3ptg baru ada Doktor. Semua klinik, poliklinik mcm tu..waktu rehat!!
Jadi, bg dia makan (err..minum!!) panadol soluble dulu.
Kitorang makan tengahari kat Restoran Adni Ikan Bakar seperti biasa bila gi outing ngan Along.
Lepas2 tu, kitorang gi ler kuar masuk kedai cari seluar ayah laa, cari beg sekolah Angah laa...beli spender si Daniel ni ler. Umur Daniel ni dah 3 thn lebih..tp mak dia tak ajar pakai spender lg. Risaunya, dah laa tak pakai pampers. Kot2 nak zip seluar jeans budak tu kang..terzip ler 'punai' dia..adeii..mesti sakit!!
Bila dh abes aktiviti keluar masuk kedai2 tu..along dh nampak sehat dh sket. Mgkn sbb dpt jumpa family jugak kot, hehe..along..along..
OTW nak hantar along masuk hostel balik..singgah ler bergambar dulu kat hentian Gunung Innas ni terlebih dulu. Guna kamera hp abg aje.
Mak pulak menghabiskan kodak dari kameranya.
Aku ngan Fadel dh penah sarankan mak beli je kamera digital tp mak kata..kalo dh beli kamera digital..syg pulak kamera taruk film tu tak digunakan dah, erm...
Ni aku tgh snap gambo Daniel (yg bergaya ngan spek mata mainan yg wan belikan td) ngan Akiss. Nak tgk hasil..kena tunggu mak cuci dulu ler film ni kat kedai, hahaha..
Gambo ni...kat kamera hp ayah pun ada. Ayah nak mms gambo ni kat papa si Daniel kat Bentong masa tu, ngee.
Ramai gak yg berenti kat situ utk snap2 gambo. Semua guna hp jugak mcm kitorang, haha.
Kemudian, singgah minum petang kat tempat biasa jugak..R&R Padang Tammat sebelum hantar along masuk 'kawasan'..hahaha
Sementara ada yg gi bilik air...abg dok snap ler gambo along kat lalang ni, erm.
Along ni baik budaknya..ikut je apa yg abah dia soh, ngee..Padahal, anaknya ni bkn nya sihat sgt lagi tu, huhu...
Angah pulak ngan gaya bebas..huhu..
Ni ler Daniel yg hepi lepas dh buang air kecik. Aii, aku rasa mcm ada anak besar ni balik bila ngurus si Daniel ni, hahaha..
Nasib ler Akiss ni pun jenis rajin melayan.
Aduhai..apa ler yg aku ngan mak suka sgt tu??
Oo..aku ingat..aku ingat. Kitorang tgh gelakkan Daniel sbb seluar jeans dia dh ler longgar (mama Daniel ni lupa nak taruk talipinggang dlm beg pakaian Daniel agaknya, adeii)..pastu, spender dia yg kitorang belikan utk dia td pun terlonggar, saiz M. Sepatutnya saiz S, huhu..
Sian Daniel...Tp takpe ler. Daniel ni pun tak cerewet budaknya.
Dah hantar along balik hostel..kul 5 petang..kitorang pun gerak ler pulang ke Taiping semula. Selalunya, kul 6ptg baru keluar dari kawasan maktab..tp hari tu balik awal sket ler. Esok pg ayah nak mandu balik Bentong balik. Sian ayah, letih nanti..
Balik tu..gi Tesco dan Taiping Sentral. Konon2 nak bwk mak ngan ayah makan nasik lemak kat PELITA..Sedap nasik lemak dia walaupun simple aje, huhu. Tp, rezeki kitorang takde ler pulak malam tu. Nasik lemaknya dh abes. Org terlalu ramai hari tu, erm. Sian mak dan ayah. InsyaAllah, kalo ada rezki lain kali..
Sempat ler kitorang soh ayah cuba kerusi mengurut Gintell ni. Taruk singgit utk 3minit aje, huhu. Takyah ler ayah gi ngurut kat Pak Din tu, kan ayah?? heheh..
Esoknya mak ngan ayah balik kul 9pg. Sempat singgah umah besan mereka iaitu mentua aku ler, hehe..
Nanti mak terus gi keje. Ayah ngan Daniel terus ler balik umah, huhu.
Opps, lupa aku nak citer. Masa mak ngan ayah tengah bersiap2 nak balik pagi tu..aku sempat ler jahit pinggang spender si Daniel tu nak bg kecik sket. Takde ler longgar budak tu pakai nanti, huhu. Kalo tak dijahit..jenoh ler nak tunggu dia sekolah tadika baru leh pakai, kahhh..
Takkan nak klip ngan pin aje. Camtu, bahaya gak, hehe..
5 comments:
hentian gunung anas ni syg la kak...dulu bernyawa gk...skrg dh mati dek x de org nk layannnn...hehe...
hahaa btl gk kata mak akk tu..dia la antara org2 yg melariskan jualan filem gulung..hehe..ok latu mcm2 jenis kamera ade..dr yg supercanggih ke manual zmn dulu :)
p/s: haih pnjang btl storinya ni..juling dh mata baca..ekkek:Dpstt..nk minta izin copy gbr raya kita tu yek :D
Angah ngan gaya bebas. wah tingat lak acara renang gaya bebas kat sukan komenwell new nelhi sekarang ni..
new nelhi? hehehe.. best mkn ikan bakar ek? kat tasik raban tu best x mkn kat sana? asik tgk dlm tibi je..
along tu mcm anak sy faris kalau bergambar tak senyum kalau tak suruh..huhu!
tp yg si angah tu mcm akim..pantang saya pegang kamera..nak bergedik jer kejenye.. :)
Post a Comment