Thursday, October 7, 2010

Citer & Album Raya - Part 5

Ni adalah entry raya CINTAMANISZLITE yg last sebelum Syawal 1431H bakal diakhiri pada esok hari, erm..Sebelum Zulkaedah menjelma lusa nanti, hehe..
Entry ni adalah lamsam dari 5 Syawal sehingga 10 Syawal..huhu.
Terima kasih pd yg sudi singgah jengok2 CINTAMANISZLITE, hehe...
Tp kali ni..citernya sangatttt panjang. Aku tak paksa ler ek korang abeskan. Kalo terer nak abeskan..silakan ler..(aku mmg melampau kali ni, huhu)

5 Syawal 1431H

Bangun tido awal..Fadel ngan Dayah kena kuar awal hari tu. Kul 7.30pg dh kena ada kat Hospital Temerloh.

Dh bersalaman ngan Fadel & Dayah..dorang pun bergerak ler ke destinasi. Fadel dh tak balik Bentong hari tu. Khamis raya ke 7 baru dia balik ke Bentong semula.

Mak pulak kena gi medical check-up kat Klinik Pakar (swasta kat Jln Pudu). Mak gi ngan lawyer yg menjalankan kes mak aku ni. Turut sama adalah client lawyer tu dari Kuala Lipis yg memakirkan keretanya di Bentong dan gi satu kereta ngan lawyer tersebut. Ayah yg hantar mak kat depan bank CIMB Bentong.

Ayah singgah kat umah utk amek kitorang gi ke kebunnya. Saja ler..ada sesi lawatan, hahha. Ayah nak bg ikan dia makan. Nasik lebih2 semalam pun byk lg. Dari membuang mcm tu saja..baik bagi ikan makan.

Tp sebelum tu..singgah sarapan pg dulu kat kedai pakcik Mail. Makan nasik lemak. Akiss makan roti canai, erm..itu pun nak citer??? huh!!

Mmg best gi kebun getah ayah ni...kalo leh berkhemah..nak je berkhemah tp masa selalu je tak cukup utk aktiviti ni kalo balik Bentong, ngee. Ayah mesti kata, "mana taknya..kalo balik je Bentong, mesti nak gi KL"..hehe. Eh, KL tu bkn ke Kg. Lebu ke ayah?? hehe..

Kat kebun…seperti biasa aku mesti petik ulam serai kayu kat dlm kebun getah ayah tu. Tak lupa, petik bunga kantan yg subur kat tepi2 kolam ikan ayah. Uii..bunga kantan dh mahal tau skang. 3 kuntum kudup nya sj RM2, huh!!

Ayah gak tolong korek pokok bunga kantan dan cantas belah atasnya utk aku bawak balik ke Tepen dan tanam kat tepi2 umah. Harap2 leh hidup subur ler kat tanah sekangkang kucing kitorang tu, huhu. Alhamdulillah, dh bertunas dedahan baru bunga kantan tu. Hrp2nya, byk ler keluarkan bunga kantan tu, ye..ngee. Leh buat asam pedas, laksa selalu....hehe

Dah sampai umah..mana yg lom mandi…kena ler mandi. Aku mula berkemas2 brg2 utk persiapan nak balik ke Taiping balik. Mak kol kata dh nak sampai Bandar Bentong (dari KL ngan lawyer g pg td). Kitorang terus ler gi amek mak dan menghala ke William Optics..tempat kebiasaan utk wat spek budak2 ni. Tujuannya nak wat spek mata Angah tu. Hmm..naik power spek mata dia, aduhai. Kena buat baru RM168 tp disebabkan spek dia power tinggi..jd cermin dia akan tebal. Utk tidak Nampak tebal..kena ler tambah lg duit. Semuanya RM248, hoho..

Yg along punya pun kena ganti baru. Tp disebabkan dah kekurangan bajet..kitorang cuma gantikan cermin aje. Frame masih guna frame lama jgk. Power along dh turun pulak..erm..tu ler bezanya ye kalo dok hostel..sebab jarang dok ngadap computer..dok ngadap tv..

Akiss pun check gak mata dia..tp masih tak perlukan spek pun. Aku pun tak lepas peluang..check mata. Seperti yg aku jangka..pandangan mata sebelah kiri ni dh kurang sket dari sebelah kanan. Tp aku tak buat pun spek, huhu…rasa mcm leceh je kalo pakai. Selagi tak perlu..takmo aku buat, ngee.

Ayah pun buat spek baru sbb spek lama..cermin belah kanan (ke…belah kiri..dh lupa!! Hehe) dh kabur. Dengan promosi yg William Optic buat…dpt ler ayah kurang harga. Mak pun buat spek baru..dgn pakej bingkai RM138. Tp disebabkan promosi 1 + 1 yg dapat dari ayah tu..mak cuma bayar RM68..dan along punya cermin kena bayar RM70, huhu..Maknanya, dlm kes ni..Angah ler yg kena bayar penoh!! Kehkehkeh..

Nak ikutkan..kitorang nk gi raya kat umah Mak Itam dan umah mak ndak..tp mereka2 pun takde kat umah hari tu. Keluar beraya ngan anak-beranak masing2. Hmm, tak mengapalah..takde rezeki.

Jd, petang tu..aku sumbat ler segala barang2 nak bawak balik ke Taiping. Mmg mudah sket ler bila ada ALZA ni. Seat belakang tu diturunkan ler utk space barang2 namun seat tengah masih luas dan selesa utk 3 orang anak2 aku walaupun ketika dorang tertido, huhu.

Dlm kul 5 kitorang pun keluar ler ngan mak dan ayah sekali tp ayah memandu myvi ler, hehe. Tujuannya nak gi amek spek along yg siap petang tu dan amek spek lama mak yg tertinggal kat situ. Spek angah dorang akan courier (free..takde cas pun), mgkn Jumaat akan sampai ke Taiping sbb Khamis tu cuti Hari Malaysia. Spek mak ngan ayah siap dlm 3 hari sebab ada 2 lapis cerminnya..rabun dekat dan rabun jaoh, ngee.

Kat situ..kitorang pun bersalaman, pelok cium ngan mak dan ayah sebelum bergerak pulang ke Taiping semula.

Sampai kat stesen Petronas di Batang Kali, kitorang singgah. Abg nak isi petrol dan kitorang ke tandas ler, buang air kecik aje, hehe..Bkn apa..lalu kat Genting tu..sejukkkk aje, hahaha.

Kali ni pun kitorang tak berhenti kat R&R Tapah. Tp singgah kat R&R Simpang Pulai utk ke tandas jugak dan kemudian beli buah2 potong utk basahan tekak, hehe. Sepanjang jalan..hujan. Kereta ke arah Selatan pun byk tapi masih berjalan lancar cuma takleh nak pandu laju ler, hehe. Arah ke utara mcm kitorang ni..ok je.

Sebenarnya, masa kat Bentong lg kitorang ada dpt kol merupakan undangan majlis hari lahir sekaligus majlis open house kat rumah Sela..kat Taman Bestari, Kamunting. Itu pun kalo sempat ler sampai awal ke Kamunting tu nanti..hehe

Rupa2nya ada jugak ler rezeki kitorang nak menikmati mee & kueteow sup Sela tu, hehe. Masa kitorang sampai sana..mak, abah, kak nor & Yui masih ada sambil tgk2 tv, ngee. Citer apa ye yg ditonton?? Lupa ler pulak..sebab aku dok karang semula utk blog ni dh pun Syawal ke 15, huhu..

Dh kenyang perut..kitorang pun balik terus ler ke umah. Alih semula kancil ke tempatnya, keluarkan motor AEB & ABU dari dlm umah, keluarkan basikal2 ke luar umah, angkat segala barang2 dlm kereta...

Mujur laa..akiss ke sekolah keesokkan harinya memakai uniform TKRS (RABU)..sebab aku dh gosok uniform tu sebelum cuti sekolah bermula lagi, hehe.

Malam tu pun..aku malas nak basuh pakaian terus. Selalunya, itu ler satu kemestian. Sebab pakaian yg dh terpakai ni mmg banyak..kena basuh sampai2 umah tu jugak. Terus sidai tak kira ler tengah malam ke hapa…sebab penyidainya bawah bumbung luar dapur tu aje, hehe. Tp kali ni..tak larat pulak rasanya, ngee.

6 Syawal 1431H

Hari tu..mmg ada aktiviti menunggu. Selain hantar akiss ke sekolah...yg masih bercuti kena gi maybank. Masa nak keluar tu..hujan lebat mula turun.

Mula2 nak uruskan akaun maybank along yg dh tak aktif tu. Kena ada along utk mengaktifkan kembali akaun tersebut. Dh selesai..aku pulak nak buat akaun kat situ..tp pegawai bank kata..mykad aku takleh nak baca…kena gi JPN. Tak lama pun menunggu..pegawai JPN kata..mykad aku tak rosak..mesin leh baca dan beliau bg sekali sekeping kertas maklumat mengenai mykad aku sbg rujukan bank nanti.

Selepas gi JPN kitorang ke kedai hp. Selepas dari tu..terus gi nunggu Akiss nak abes sesi persekolahan utk hari tu.

Dari situ..kitorang gi pulak ke kedai GAMERS utk cari PSP 2000. Tp harga PSP semua dh naik pulak lepas2 raya ni. Dulu leh dpt RM500 lebih aje utk yg baru, huh!! Gi survey lak kat Tesco Mall..uii..lagi ler mahal.

Kitorang sebenarnya ada temujanji kat Pelita Nasi Kandar hari tu. Sementara tu..akiss leh ler makan nasik sbb dia baru balik dari sekolah kitorang terus je bawak dia ke hulu ke hilir sekali, hehe. Kitorang yg lain2 ni Cuma minum aje sbb dh kenyang makan nasik (separuh) kat Restoran Tasek Biru Embun Pagi…ngee..

Kat PELITA…kitorang jumpa ngan Dalila..bakal pengantin sehari selepas hari raya Haji nanti. Dia dan bakal suami bekerja kat Genting Highlands. Dalila ni balik berhari raya kat Bukit Merah. Nasib baik ler dia nak jumpa kitorang pun masa dh balik dari Bentong, hehe. Bimbang jugak dia nak jumpa masa kitorang tgh beraya kat Bentong. Sbb masa dia kol dulu..dia cuma kata nak jumpa masa dia balik berhari raya aje tp tak bgtau ler pulak hari raya ke berapa, hehe.

Alhamdulillah, rezeki kitorang ada utk 19 & 20hb November nanti. Dalila pun dh bayar separuh dari harga pakej..(walaupun kitorang cuma minta deposit RM100 aje, hehe)

Mmg 3 dari job yg kitorang dapat utk cuti sekolah hujung2 tahun ni adalah di bahagian2 Semanggol-Bukit Merah, hehe. Selain dari majlis Dalila, satu lg 21hb Nov kat Semanggol (dh bayar habes. Diorang masa nikah bln nam ari tu pun guna perkhidmatan kitorang, hehe). Lg satu 18hb bulan doblas kat Taman Indah Jaya, Batu 10 (ni dh bg deposit RM100)…

Harapannya…semoga segalanya berjalan dgn lancar laa. Semoga kitorang diberi kesihatan yg baik utk melakukan tugas2 yg dh diamanahkan tersebut, Amin.

Petang tu kitorang pun rileks2 ler kat umah..letih tak abes lagi, heheh. Tambah pulak aku tgh angin sengugut hari tu, erm..

7 Syawal 1431H

Pg ni dlm kul 11 dh janji ngan Suziey..dia sekeluarga mai umah beraya, hehe. Pg2 lg aku dh ke pasar Kamunting (tak larat nak gi pasar borong!!) cari barang2 nak masak termasuk ler ayam sbb aku nak buat nasik ayam. Tu pun byk brg tak komplit..org ramai betul..semua nak beli brg2 basah utk buat makan2 hari tu. Maklum ler…kan hari tu cuti Hari Malaysia.

Sebelum kuar gi pasar…aku rebus dulu nasik impit. Aku biarkan aje..sebab rebusnya kan lama, hehe. Dah balik dari pasar..aku pun terus ler masak rendang ayam dan masak nasik ayam. Mmg terkocoh2 gak ler aku wat keje, huhu. Dapur mmg berselerak abes, ngee. Nasib baik ler abg ngan anak2 ada tolong2 kemas. Maklum ler…baru balik dari kampong..pastu semalamnya sebok ngan mende lain, ngan angin sengugut mai lagi..aduiii..Tp hari ni..ok dh ler, hehe..

Elok ler jam 11 lebih tu..suziey pun mai ngan cik abgnya dan anak terunanya..AQeeL. Budak ensem tu skang dh pandai bercakap ler..maksudnya, aku dh paham apa mende dia perkatakan, huhu. Cerdik dh nampak, baik pulak tu. Mcm mak pak dia gak ler, ye suziey…hehehe.
Sebelum Suziey, Shah dan Aqeel meninggalkan rumah aku..sempat ler bergambar dulu kat luar pagar tu, hehe.

Tp, kemudian...suami Suziey ni dh takmo join dlm ini filim..huhu. Katanya, dia bkn blogger lahh!! kan Suziey. Apa2 aje laa.

Babaiiii..kata Suziey...Semoga jumpa lagi bila2 ye...

Petang tu pulak kak Idah dan anak2nya mai umah aku beraya. Ada ler nasik impit ngan rendang lagi..tu aje ler yg aku hidangkan selain dari biskut raya, ngee.

Aku pun tak jadi nak gi beraya ke umah kawan Angah yg juga fren aku dlm fesbuk…si Aiman Rzq tu merangkap anak bongsu kak Ros dan Mejar Razak, hehe. Katanya ari tu dorang jamu nasik beriyani, erm..takde rezeki..


8 Syawal 1431H

Akiss sekolah pg, abg pun dh mula bekerja. Angah bersekolah petang. Along masih bercuti. Pagi tu, aku gi pasar terlebih dulu.

Kemudian gi maybank nak bukak akaun atas saranan abg. Dulu dh penah bukak..masa maybank ada mayban finance tu..tp aku dh tutup sbb mmg tak guna langsung dh akaun tu sejak berhenti keje kat Super Motor. Tp skang abg soh bukak balik sbb menyenangkan utk bakal pengantin yg nak menggunakan perkhidmatan fotografi kitorang bank-in RM deposit. Selama setahun lebih ni…guna akaun maybank abg aje. Maklum ler, akaun tu gak ler gaji abg dimasukkan. Takut terguna pulak duit dorang tanpa disedari. Bkn apa…kitorang ni jenis tak akan gunakan duit deposit mahupun full payment pelanggan selagi keje yg diamanahkan tu tak mula dan tak abes lagi. Bila album pengantin dh siap dan diserahkan baru lah kitorang anggap itu adalah hasil usaha dari keje kitorang. Maka duit tu boleh laa kitorang nak guna ke..nak simpan ke..

Nak buat akaun ni makan masa yg lama gak laa walaupun masa aku dtg tu tak ramai org (Tapi lepas2 tu punya laa ramai, mak aiii!!). Maybankard yg aku dpt tu terus sekali ngan VISA?? Huhu..mcm tak percaya pulak, aku ni bknnya keje nak ada pendapatan sendiri utk guna2 VISA ni. Cik abg aku yg keje tu pun jarang guna VISA dia. Kalo guna pun tak byk..selalunya masa isi petrol ler, hehe. Itu pun..bila dpt je statement terus dia bayar abes. Asalkan guna je kad tu. Kalo idak, rugi aje byr yuran tahunan RM60, huhu…kata abg laa..

Sampai2 umah..jam dh kul 11.05pg. Terkocoh2 lagi aku kat dapur nak prepare masak..nak masak..huhu.. Manakan tidak, kul 11.40 nak kena kuar gi amek Akiss sekolah. Mujur ler bab menyapu rumah dan mengemas2 ni..along ngan angah ada tolong2 ‘settle’ kan..Tu pun dh abes aku masak..dh kena kuar. Kena sambung ler lepas amek akiss nanti.

Dh amek akiss, aku kena singgah dulu kat kedai buku KINI kat Kamunting ni. Nak beli cover plastic dan comb utk binding folio Along dan Akiss. Nanti nak mintak tolong abah dorang ni binding kan kat ofis dia, hehe..

Dah sampai umah..ribut ler balik aku kat dapur…fuuuu..

Kul 2.05ptg..gi hantar Angah ke sekolah pulak..adeii..kena minum kopi super power ler cenggini, huhu..

Mujur ler petang sempat online sblm malam tu line tenet dh yilekkk!!

Malam tu akiss ngan angah ke kelas taekwando semula. Pembayaran utk Julai dan Ogos dh aku lakukan utk dorang berdua. Termasuk RM10 utk yellow belt 1 yg angah dpt dlm grading baru2 ni.

Bercerita bab taekwando kelas Jiva ni..erm..aku mmg kurang puashati semenjak dua menjak ni. Dia sebok periksa kuku budak2 lain..tp dia punya pembantu (dh lama jd pembantu) dan baru je jd jurulatih (sbb baru dpt black belt ujung thn ri tu) berkuku panjang. Dh lama dh tu bdk tu simpan kuku dia…tp takde pun dia nak arahkan soh potong bg pendek ke hapa. Tp kalo budak2…dia nak pendek sampai ke isi jari tu!! Giler!! Kalo idak..kena cubit perut ler hapa ler… Tu kan namanya tak adil. Sepatutnya jurulatihnya tu ler kena tunjuk contoh yg baik. Kalo pembantu dia citer apa2…sebijik dia percaya. Kalo grading tu..org yg tak sepatutnya leh dpt double belt…leh dpt..camno?? Pdhal, aku pun tgk grading dorang tu..depan2 je sebelah ngan Master Bala. Budak2 kecik yg buat sambil2 lewa pun leh dpt yellow belt 1 sama taraf je ngan budak2 remaja lain yg bersunggoh2 masa grading tu, ces!!

Ishh..aku mcm dh bosan je ngan kelas ni tp syg pulak nak berhentikan anak2 aku tu. Maklum ler..set baju pun dh beli mahal. Paling tidak pun..tunggu ler baju dorang dh tak muat ke…dh red belt ke nanti..erm..

9 Syawal 1431H

Sabtu tu..kitorang gi kenduri kahwin kat Dewan SM Vokasional Kuala Kangsar di Padang Rengas bersama mak dan abah.
Mula2 aku makan kat khemah luar dewan aje. Ada cendol..tengah2 panas..cendol sgt sedap..tp mmg sedap..sbb tu laa along tambah sampai 5 mangkuk polisterin cendol mamak yg dikatakan datang dari Teluk Intan tu, huhu..
Masa tgh syok2 makan cendol..abg dpt kol dari mak dan abah yg dh dok kat dlm dewan, hehe. Mak ajak kitorang pun masuk situ. Alahai..malu pulak aku nak masuk situ, ngee. Tp gi gak ler.

Kat dlm tu adalah tetamu VIP. Mak ngan abah takpe ler masuk..tp aku buat dono terus aje masuk situ. Abg dh tunggu kat pintu dewan. Kemudian, kitorang pun dok laa semeja ngan mak dan abah. Datang ler anak2 Paklong Tahir datang melayan, hehe.
Jurufoto hari ni mmg ramai. Sama ada dorang bekerja berpasukan..ataupun yg lain tu hanya suka2 utk tambah skill ke, kan..heheh.
Pelamin ni direka oleh Wan, anak Paklong. Aku penah ler masukkan gambar masa pelamin ni sedang dikimpal kat kilang Wan ni..hehe..
Sebenarnya ada air mengalir kat cermin tu..tp kamera hp abg ni tak dpt nak catch-up gambar air mengalir tu, heheh..

Balik dari kenduri, kitorang singgah beraya kat umah Razi kat Bukit Gantang. Anas dan Sela pun datang situ dari kenduri kawen anak sedara anas kat Simpang tu. Dorang pun kenal Razi ni, hehe.
Mentang2 tokey benih udang galah...Razi dan Dara hidangkan kat kitorang udang galah goreng..huhu. Fresh dari kolam fiber, ngee.

Balik dari situ, singgah pulak kat Taman Ria Fasa 2...Hanim ada buat open house. Sela ngan Anas pun gi skali sbb kenal sgt ler ngan Hanim ni.
Punya laa susah nak cari taman baru ni, huhu. Sampai berpusing2 2-3x..kol Hanim soh amek kat satu tempat tu..huhu.

Makan kat situ..kenyang bebeno. Kenyang sampai malam. Punya laa kenyang sampai tak tingat nak makan apa dh malam tu, huhu.

Balik dari umah Hanim..terus menuju ke kedai gunting rambut kat belakang The Store Taiping Jaya tu. Pada mulanya, abah sorang aje nak gunting rambut. Tapi memandangkan esok along pun nak balik hostel dia dh..maka ngan Along2 pun gunting gak. Dh alang2 tu..Angah pun gunting rambut sbb rambutnya dh tebal dh, huhu..
Nampak sekali kitorang kat dlm cermin tu, huhu. Abg punya keje ler ni, ngee..

10 Syawal
Hari ni kena hantar Along ke hostelnya semula. Kali ni..Sela & Anas ikut sekali. Saja nak tgk tempat Along. Tambah pulak, ada sorang kawan Sela masa sekolah vokay Sg. Petani dulu dok situ. Leh ler jumpa dia sekali. Aku dh jumpa dh Nurul ni masa 1st time menjejakkan kaki ke Pengkalan Hulu tahun 2009, hehe.

Nurul ni belanja kitorng makan mi tomyam kat gerai makan adik iparnya. Sambil makan..sambil berborak.
Nurul ni ada Pasar Mini kat pekan Kroh ni. Tu yg jumpa dekat2 situ aje, hehe.

Along ni tengah runsing. Rupa2nya dia tertinggal songkok ler kat umah, adeii. Mujur laa kedai pakistan sebaris ngan Pasar Mini Nurul tu bukak hari ni, hehe..
Dpt gak ler beli songkok Along tu. Yang ni..biarkan aje ler kat hostel. Takyah dok usung bawak balik umah dh. Dia jugak yg susah hati kalo songkok tu tertinggal, hmm.

Sebelum masuk kawasan MRSM hantar along..sempat ler bergambar kat depan Pasar Mini milik kawan Sela ni, hehe. Acara wajib tu. Gambar ehsan kamera Sela, ngee..

Kat depan aspura..kitorang dok lepak2 dulu, berborak selagi jam lom hampir kul 6 petang lagi, hehe. Biasa laa along tu.

Balik kali ni ikut jalan Baling-Grik-Kuala Kangsar-Taiping..Pertama kali lalu jalan ni.
Sebelum ni..kitorang penah ler 2 kali ikut jalan Pengkalan Hulu-Grik-K.Kangsar-Taiping, hehe. Mak aii..mmg jaoh ikut kedua-dua jalan nii. 3 setengah jam baru sampai Kamunting..aduii.
Tu yg kitorang suka ikut SELAMA-Mahang-Sedim-Baling-PH tu. Cuma jalannya bengkang bengkok ler. Maklum ler jalan kampung, jalan estet..hehe. Argh! tak kisah laa, jalan bengkang bengkok..bengkang bengkok laa. Tp 2jam suku dh leh sampai hostel along, hmm. Jimat masa..kerana masa lebih bernilai drp emas, huhu.

Sebelum hantar Sela ngan Anas balik ke umah...sempat ler kitorang gi makan kat Restoran Kamunting Utara kat ngan Taman Lela tu. Oder ler 6-7jenis lauk, huhu..kenyang!!

Sekian ler entry yg panjang berjela ni. Maklum ler..Alona mmg mcm ni. Kalo terdesak nak cepat abeskan bahan tersimpan..dia akan buat pjg2 ngan citer yg berjela2...ngan gambar yg tak larat nak dilayan oleh mata, huhu.

Jgn serik ye datang menjengah Cintamaniszlite lagi...

3 comments:

DeLLas said...

huhuhu.. pjgnya crita kali niii..

wantie said...

amboi berjela jela citer kuaq. tapi ok ar.. sebab leh jadi tatapan di masa hadapan. utk anak cucu.

mmm.. si suziey datang bertandang yer. best.. best..

MaDiHaA said...

wahh.. rajin alona bercerita.. kalau akak.. sure ada gak yg tertinggal.. hehehe...
kat tempat akak ni (Petaling Jaya) bunga kantan 3 kuntum (kudup) RM5.00 tauu.. lagi cekik darah... tp nak guna punya pasal beli gaklahh.. huhuhu...