Sunday, October 31, 2010

Sepetang di Fly.....over!!!

Bergambar di fly over adalah sesuatu yg bukan kebiasaan, kan??
Tp hari ni aku nak simpan dan kongsikan kat sini aktiviti kitorang terjah kat satu
sebuah fly over separuh siap, ekekekek..

Pembinaan fly over ni adalah salah satu dlm projek pembinaan rel keretapi berkembar Ipoh-Thailand yg dipertanggungjawabkan kepada Gamuda Joint Venture.
Bakal menyenangkan pengguna jalanraya juga sbb dh tak payah nak tunggu gate rel tutup masa keretapi nak lalu, hehe.

Salah satu fly over yg ada dlm projek dorang ni...sudah tentulah di Kamunting.
Berlokasi dari perjalanan kat Econsave tu..melintasi rel berkembar dan turun di Taman Bestari, Taman Kamunting Jaya, Caltex, Balai Polis Kamunting, stesen bas Hentian Raya Kamunting dan juga simpang menyusur masuk nak ke umah kitorang di Kg. Expo.

Al-kisah sahibul hikayat;
Fly over tu masih dlm pembinaan tapi bila aku lalu dekat2 situ setiap hari semasa amek Angah balik dari sekolah dlm jam 6.50ptg...selalu nampak ramai yg gi jenjalan mendaki flyover tersebut. Mungkin jogging, lepak2 kat tepi2 tembok tu, ngee..
Maka, aku pun teringin laa gak nak tengok pemandangan dari situ, hehe. Maklum ler, bila flyover ni dh dibuka utk laluan kenderaan nanti...mana leh sesuka hati dah jalan2 kat sini, lepak2 kat sini...nak mamposs??
Sebabnya...laluan ini adalah antara jalan tersebok kat Kamunting ni!!! hehe..

Maka, petang semalam...tatkala ujan masih renyai2 (selepas bbrp jam hujan lebat)...kitorang pun gi ler terjah.
Nak ajak Sela join sekali (maklumlah rumah dia dekat bebeno ler ngan flyover ni)...tapi dia keluar, daa.
Aku pun kol dia..rupa2nya tgh layan Magika kat panggung Taiping Sentral daaaa..., ngee.

Jalan kat flyover ni separuhnya sudah diturap tetapi aku rasa...dorang mesti akan turap lagi selapis dua....baru laa akan dibuat garisan putih.
Masa mendaki...kitorang ikut lane untuk ke Econsave tu.

Angah fly....over??
Mmg sejuk kat situ...maklum ler lepas ujan lebat dan sedang gerimis mengundang, hehe..
Sehinggakan angah yg sedang memegang payung diterbangkan oleh angin???? huh!!..
Kalo betul2...mau panik aku, kahhh...

Mak pun ikut sekali petang tu. Mak mmg spoting..mak pun suka aktiviti2 explore cenggini, hehe.
Mak kata..aktiviti ni kira mcm jogging gak la. Mendaki..yeargh!!!

Huhu..seronok gak tgk pemandangan dari sini.

Leh nampak rumah2 di Taman Bestari ni.
Erm...umah dorang betul2 je bawah flyover ni.
Semoga keselamatan dorang terjamin.

Turut kelihatan di situ...jalan yg kenderaan gunakan dulu dan kini tp bkn selamanya....sebelum ditutup apabila flyover sudah boleh digunakan pd masa akan datang. Tak tau ler bila nak siap fly over ni. Tahun 2011 ler gamaknya, erm..

Kahh...ni posing wajib ni.
Posing duduk di tengah2 jalan...
Dh digunakan utk laluan kenderaan nanti...mana dh leh duduk2 cenggini, hihi..

Dari puncak flyover ni...leh nampak ler bangunan kilang2 dan Econsave kat sebelah sana..

Bergambar di antara dua lane...
Kiranya ni..mcm jambatan Pulau Pinang laa. Mana leh berhenti dh utk amek2 gambo, kan??

Erm...kalo tadi kita leh lihat pemandangan di sebelah sana. Kali ni mari kita lihat pemandangan di lane sebelah sini pulak.
Apa yg dpt dilihat dari gambar ini adalah sebuah landasan yg sedia ada dan sudah di up grade.
Sebelah lagi iaitu tanah yg tertambak tu...adalah bakal kembar kepada landasan yg sedia ada skang, hehe. Masih dlm progress, hehe..

Hari sudah senjakala. Azan Maghrib bakal berkumandang tak berapa lama je lagi.
Kitorang dh abes teroka.
Nak balik dari situ...kitorang ikut lane yg lagi satu lak..

Senjakala..senjakala..
mari kita pulang...
senjakala..senjakala..
esok datang lagi...(hehe..ye ler tu nak datang hari2??)

Angah dan Akiss kegembiraan sbb tercapai misi utk menakluki flyover yg sdg separuh siap tu, huhu..Tak lama kemudian, azan Maghrib pun kedengaran.
Allahhu Akbar..Allahhu Akbar

8 comments:

mamawana said...

Salam

Cantik ler edit foto2 tu..

Gieyana said...

cantik photo kamoo kak!hehehe

el said...

kali ni gambar mmg superbbbbbbbbb cun kakkkkkk...lg2 gambar langit tu ngan gambar kak jln2 fly tu ngan mak hehehehe

wantie said...

sekarang boleh ler lepak lepak. bila dah siap nanti dah tak boleh nak lompat & bersantai cam gini dah... tul tak?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cantekknya kak alona gmbr2 tu....cm no kak edit ni..hikss..

fly over blm siap lg tu...kak dh rasmi ye..hikss...siap posing lg atas tu..kekeke..

Suziey Ahmad said...

hehe nmpk x umah mak mentua sy? ekek:p cantik la gbr akk edit..nice..heeh..bole buat poskad..

Rinna said...

Wahh kat flyover pun sempat yer bergambar2 cantik2 plak tgk gambar tuh semua walaupun di atas flyover jer.. :)

makdara TERdiva said...

seronoknye lah si angah & siakim berfoto gedik..jeles oh!! :P