Kat sini aku nak simpan kata2 ucapan Selamat Hari Raya yg penoh ngan madah dan puitis ni. Saja je laa. Kot2 ler tahun dpn ada yg dok mencari2 kata2 ni utk dihantar sms ke...apa ke..kan?? hehe.
Koleksi ni pun org yg dok hantar kat aku. Aku hantar yg biasa2 aje..terus direct je buat ucapan, huhu. Takde seni langsung..
Bila ada kata terselit dusta dan ada sikap membekas lara,
semoga masih ada maaf tersisa..
Taqobalallahhu Minna Wa Minkum, Minal Aidin Wal Faidzin...
Kata Al-Ghazali:
Yg jauh itu waktu, yg dekat itu mati,
yang besar itu nafsu, yg berat itu amanah,
yg mudah itu berbuat dosa, yg panjang itu Amal soleh,
yg indah itu saling Memaafkan..
Manis gula ada bahayanya.
Manis kata ada racunnya.
Pahit kata menyiksa jiwa.
Pahit ubat jadi penawarnya.
Ada ketikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata, Fikiran silap mentafsir dan hati silap menduga.
Mohon maaf atas segala khilaf yang ada....
Ya Allah,
Ketika di akhir Ramadhan yg penuh barokah ini dan InsyaAllah esok akan muncul Idul Fitri yg mulia..Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki yg halal utknya, jauhkan drip fitnah, penganiayaan, penghinaan. Suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan doa serta cita2nya yang murni...Amin Ya Rabbal A'lamin.
Sebening air wuduk,
Sesuci Al-Quran,
Semerdu alunan zikir,
Seindah solat 5 waktu,
setenang hati yg tiada rasa benci atau dendam,
jika tanganku tak sempat berjabat,
jika muka tak sempat bertatap,
Bukalah pintu kemaafan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin
Biar kulit segelap ALMOND LONDON, asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT.
Biar iman sekental DODOL, jgn senipis TEMPEYEK.
Biar jiwa selembut BAHULU, asalkan akhlak secantik biskut DAHLIA.
Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yg disambut lebih bermakna..
Dalam gurau ada terkata,
dalam bicara terkasar bahasa,
dalam tindakan terguris rasa,
dalam hidup tak lepas dosa.
Maaf dipinta.....
Masak lemang sambil berdiri,
nak makan di aidilfitri,
nak hantar kad raya posmen lak MC,
sms je laa yg boleh diberi...
b4 the bazaar ends
b4 the takbir raya starts
b4 the operators r busy
b4 the sms r jammed
Wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
Ada lagi nak tambahhh?? sila tambah kat komen (kalo ingat lagi ler, heheh..)
No comments:
Post a Comment