Monday, October 25, 2010

Makanan kesihatan & klinik kesihatan...

Sabtu malam Ahad hari tu...kitorang kuar gi Tesco.
Nak beli beras jati, harimau kuat, petals, tembikai, anggur, roti, biskut dan lain2...hehe.

Erm...masa tu biskut Jacob's ni ada offer RM8.90 setin. Harga sebenar RM12 lebih setin. Tp, kitorang selalu beli biskut ni kalo harganya tak lebih dari RM10, hehe. Kalo nampak kat Tesco murah, beli kat Tesco. Kalo nampak kat Econsave murah, beli kat Econsave..cenggitu ler.

Beli biskut kali ni..leh dpt 1 pc beg ni, free. Ada 3 corak..tp aku pilih yg ni, hehe.

Mmg kitorang gemar makan biskut jenis cream crackers ni. Tak berminyak mcm biskut Hup Seng tu. Sesuai laa sbg snek utk kesihatan, hehe.
Tin2 ni...dh nak dibuang dh. Rimas tgk menyemak je kat dapur tu.
Aku simpan sebelum ni sbb nak simpan kerepek2 utk hidangan Aidilfitri hari tu, erm..

Oh ye...
Shamzye Debella kawan aku ni ada ler jual satu produk yg sedang hangat skang.
Aku tolong ler promote kat sini, ye. Kot2 ler ada kawan2 yg tercari2 produk bagus utk kuruskan badan utk cantikkan penampilan dan yang penting utk jaga kesihatan.
Mmg aku pun tak beli dan try lagi..sbb harganya bg aku surirumahtangga sepenuh masa ni...mahal laa, tak termampu lagi nak beli, hehe.
Biasa ler..nak produk yg bagus, diyakini halal dan selamat mesti ler kena bayar lebih sket..hehe.
Bagi kawan2 yg berkerjaya...leh ler mencuba menggunakan produk ni.
Kawan aku tu dh try sendiri...Alhamdulillah, nampak sungguh perubahannya.

Kalo berminat..leh ler korang klik kat nama kawan aku tu utk ke link blog dia, ye. InsyaAllah, pasti akan dilayan dgn sebaiknya, hehe..

Klinik Kesihatan...
Pagi tadi aku gi Poliklinik Kamunting. Dekat sangat ngan umah aku.
Tujuannya..utk ke Klinik Pergigian Kamunting. Ada temujanji. Isnin dan Selasa minggu lepas aku dh gi dh wat rawatan. Hari ni ada rawatan susulan.
Sebenarnya, dah lama betul aku tak gi klinik kerajaan. Bg aku..masa yg diambil sgt lama. Tambah2 pulak..rawatan utk pesakit luar dan pergigian utk staff dan ahli keluarga GSL boleh dibuat di klinik panel swasta. Dan boleh juga dibuat di klinik yg bukan panel tetapi perlu dibayar dgn RM sendiri terlebih dahulu, kemudian baru claim kat ofis.

Ntah kenapa, kali ni..aku rasa..nak gi klinik gigi kerajaan aje. Dekat pun dekat. Jalan kaki 3 minit pun leh sampai. Kalo naik motor lagi laa..seminit pun dh sampai, huhu.

Alhamdulillah, layanan mereka sgt baik. Dari kaunter...sampai laa bertemu dgn doktor utk rawatan. Malah staffnurse dorang sgt lembut kata2nya, dgn perlakuan kerja2 yg cekap...
Doktor pun....bkn jenis koyak2 je mulut pesakit. Dia membuat rawatan dgn berhati2..kata2 arahan (buka mulut..tutup mulut dan sebagainya) juga..menyenangkan pesakit.
Mesin2 dan peralatan rawatan pun sempurna. Persekitaran pun bersih, tersusun rapi...

Menyerap aura..
Turut berkongsi dlm satu bangunan dgn klinik gigi tersebut adalah klinik ibu dan kanak2.
Jadi, sambil2 tunggu giliran..aku memerhati reaksi ibu2 mengandung dan gelagat peneman2 dorang, staffnurse dan jururawat pelatih menjalankan keje2 mereka.
Mmg ramai...Minggu lepas pun sama.

Td, aku ada ler bersembang ngan sorang nenek ni. Meneman cucu yg sedang menunggu hari utk melahirkan cicitnya, ngee. Cicit sulung.
Katanya, cucu dia ni kawen bulan doblas hari tu.
Mmg dari pemerhatian aku...ramai muka2 yg baru nak menjadi seorang ibu kat situ. Ada yg masih bersisa lagi inai di hujung2 jari mereka.
Turut juga kelihatan mereka yg seusia aku antara yg menunggu utk pemeriksaan kandungan masing2.
Aku lihat wajah mereka..masing2 berseri2 walaupun tanpa mekap yg melampau. Menunggu dgn penuh sabar. Moga2 aura mereka boleh serap dlm diri aku ni, ngee.

4 comments:

Rinna said...

Suka jugak makan biskut jacob tuh cicah ngan kopi O kalau petang bila ujan lagik sedap.. hehehe

Suziey Ahmad said...

sy pn suka biskut jacob..dia xberminyak kan..kenyang plak tu..ekek:p

waaa ni amik aura ibu2 mwngandung ni..plan nk tmbah bilangan ahli keluarga ke? hehe..bags2..good luck:)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

aaahhhh tu psl..last week member2 opis ni pakat beli JAcob...tp zura x beli pun ..haha

wantie said...

Tahniah kak sebab suka makan cracker jacob. tapi,walaupun cam no pun tekak T still tak leh terima. kat office memang ada jacob siap yg hi fibre lagi.

Jacobs ni kacau cicah ngan kopi, memang air kopi tak meresap masuk. sebab tu la T tak suka. hiksss..

kalau utk kesihatan nolak ajer T ni kan..