29hb & 30hb Oktober 2011
Sabtu & Ahad
Pagi 29hb tu, jam 6.30 pagi...kitorang hantar Akiss ke umah Sela terlebih dulu. Anas yg tolong hantarkan Akiss ke SK Kg. Jambu pd jam 8 lebih nanti. Sebabnya....kitorang kena teruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu...dorang ada wat Majlis Graduasi Kali ke 3. Majlis tersebut bakal berlangsung jam 9 pagi. Aduii...tu yg susah sket bila anak2 ada aktiviti bertindih ni, mm..
Sebenarnya, jadual asal aktiviti Akiss ni..kena hantar dorang ke SK Kg Jambu tu jam 6.30 pg. Jam 7 pagi dh kena ada kat sana...tp tak jadi pulak. Ditukar ke jam 9 pg. Kalo tak..kitorang aje leh terus hantar Akiss ke sana pg tu. Tp bila dh kena tangguh ni..kena ler cari plan B...hehe..
Mula2 mintak tlg Piluih...tp dia dh janji ngan kengkawan nk ke Teluk Batik pagi tu. Mujur laa Anas volunteer tlg hantarkan Akiss sebelum dia terus gi kedai utk meniaga. Terimakasih laa sgt2 kat Anas sbb sudi tolong hantarkan Akiss ke SK Kg. Jambu, ye...
Akiss bwk hp no. celcom milik
Inaldafoto tu ke sana. Sekurang2nya dia leh msj kat aku dh sampai sana dan msj ketika dh sampai kat SK Kg. Jambu waktu pulang nanti..senang kitorang nk gi amek. Takyah pinjam hp cikgu atau kawan2.
Akiss dan bbrp orang rakannya dari TMGS terpilih utk menyertai kem kepimpinan bersama ngan bbrp pelajar yg lain dari SK Kg. Jambu, SK George 1, SK Convent Kota dan SK Klian Pauh. Kem tersebut diadakan kat Batu Ampar Resort, Padang Rengas.
Walaupun ni aktiviti anak aku tanpa melibatkan aku...tetapi aku taruk gak kat dlm blog ni bkn apa..sebab senang ler nanti sesape search gugel menggugel mcm mana keadaan kat Batu Ampar Resort ni dan kawasan sekitarnya, hehe. Aku ri tu..bila tau je akiss kena gi sini..beriya ler anak aku tu mintak tolong aku carik imej resort ni mcm mana...tak jumpa langsung!!!
|
Dorang naik bas lama ni aje. Bkn jaoh sgt Taiping ngan Padang Rengas. |
|
Antara kawan2 akiss yg turut serta. Hmm..adat laa, bila dh jadi tuan kamera...gambar sendiri mmg tak berapa nk ada ler, kan..hehe. |
|
Akiss kata..ni dewan dan sebelahnya pulak kantin...suasana natural. Yg aku kelakar...Akiss bayangkan resort ni mcm suasana kat Sentosa Villa ke...atau resort2 peranginan, kehkeh...Bila kitorang gi jenjalan tgk tempat tu seminggu sebelumnya..terkejut ler dia. |
|
Dlm dorm budak pempuan..uit, terbeliak mata Aimi, hehe.. |
|
Ni acara rappeling...Akiss & Aimi antara yg tak dpt buat aktiviti ni sbb berbadan kecik, hoho..sian tul!! Acara flying fox yg sepatutnya ada pun takde. Akiss kata acara flying fox tak jd buat...alasan cikgu..para pelajar2 sekolah rendah ni ringan2 lagi..tak sesuai, mm.. |
|
Ni ler tempat permulaan utk acara rappeling tu. |
|
Ni pulak adalah sungai @ air terjun di Kg. Paya Lintah. |
|
Tp...peserta2 kem tak dibenarkan mandi. Dorang sgt padat ngan aktiviti2 yg telah dirancang. |
|
Air terjun yg melalui batu2 besar yg terhampar..mgkn tu ler sebab dinamakan Batu Hampar agaknya. Batu Hampar, Kg. Paya Lintah...mmm.. |
|
Dorang tgh tengok demonstrasi apa ntah. Akiss citer...byk aktiviti lain lg termasuk jungle trekking tp tak berkesempatan nk amek gambar. |
|
Akiss bersama Syaza yg turut serta utk kem ni...dia ni darjah 4. Anak bongsu cikgu kelas akiss. |
|
Akiss...ni laa kali pertama dia menyertai aktiviti sekolah yg perlu bermalam, hehe. |
|
Dorang ni tgh tunggu nk naik lori utk ke jalan besar, hehe (ok ler tu, merasa naik lori, kan..hihi). Jalan nk ke resort tu mmg terlalu sempit. Agak leceh kalo bas nk masuk situ. Bas dh tunggu kat jalan utama utk bawak dorang balik ke SK Kg. Jambu. |
Petang 30hb tu...kitorang pun gi ler amek Akiss kat SK. Kg. Jambu. Balik tu...letih ler Akiss. Dlm kete dh tetido, balik umah sambung lagi, ngeh2..Itu pun sebok jer nk ikut jgk ibu dan abah dia ni gi amek deposit pakej fotografi kat Taiping Sentral...hmm...tak padan letih. Bkn tak leh dok umah ngan along ngan angah jap.
----------------------------------------citer sebelumnya-----------------------------------------
Disebabkan aku gugel imej B.A Resort ni tak jumpa...aku ajak abg gi tgk, hehe. Alaa...bkn jaoh pun, kan. Sambil tu leh ler jenjalan, ngee..
|
Ni ler lokasi pertama yg kitorang jumpa kg Hutan Lipur Kg. Paya Lintah. Mmg terkejut betoi tgk bongkah batu yg menjadi laluan air sungai yg sejuk & nyaman (F&N Sarsi, hehe) ni...Tp abg kata..bkn lokasi ni yg nizam anak paklong tahir bawak abg gi mandi sewaktu nunggu duyan luruh berbelas tahun dulu, hoho...(lamanya!!) |
|
Akis jer yg ikut abah dia panjat bongkah batu yg terhampar tu. Aku dok bawah aje. Tercari2 gak kat area mana leh berkelah kalo bawak bekal segala ni??? takde laa..takde tempat sesuai nk dok2 beristirehat. Tp kalo utk mandi2 sj...mmg best laa... |
1 comment:
semakin cantik la T tengok si Akiss ni. Dah semakin besar semakin cantik.
Post a Comment