Sabtu
Saudara abg dari Kedah.
Pagi tu kitorang nk keluar gi jual bateri lama kat tempat biasa laa, kat sebelah Giat Mara berhampiran Kg. Boyan tu..Tapi sebelum tu kena singgah dulu amek bateri van kat umah mak. Mak soh amek gi jual gak. Ari tu penah keling botol nk amek...dorang nk bagi RM10 aje. Murah sgt. Kalo bawak gi kedai kitar semula tu...dorang timbang kati tau!! Leh dpt lebih sekali ganda dari tu!! Kat bawah nanti aku citer.
Tp masa sampai2 kat umah mak tu...nmpak ada keta kat bawah ni. Kitorang terus jer singgah. Nk singgah kejap jer konon2nya..nak amek bateri. Tgk plat kete dari Kedah. Owh, ni mesti sedara mak dari Kedah ni. Betoi ler....tetamu tu adalah Dr. Ahmad Bashir b. Aziz (pensyarah UUM Sintok) & keluarga. Beliau ni anak sedara mentua aku yg kerap jgk dijemput jd pengerusi Forum Perdana kat TV1 tu.
Malam sebelum tu...beliau ada buat rakaman forum perdana TV1 kat Batu Kurau. Tu yg leh mai umah mak pagi tu. Dorang menginap kat Kurau Stone...mmg dh semakin popular tempat ni, mm..
Mula2 dorang sembang2 kat depan..tp bila tgk aku ngan abg dan mak ada kat dapur...dia pun gi dapur. Sembang2...banyaknya kisah keluarga laa. |
Nota:-
-Skang ni ada berita sedih laa...Toklang Bidin dh nazak kat Hospital Kota Bharu. Sebenarnya..umah toklang ni kat Kedah tp.....masa beliau tiba2 sakit teruk ni ketika berada di rumah anak lelakinya kat KB sana.
-Minggu lepas, sepupu abg iaitu anak arwah pakngah Hasan (muda lagi...30an) telah meninggal dunia kerana tertido lama dlm kete yg dipasang ekon.
Jual Bateri
Elok jer abg Bashir dan famili berangkat pulang...kitorang pun terus ler gi ke arah Taiping Headwork dulu. Kemudian baru ler ke kedai kitar semula. Nk jual 4 bijik bateri lama. 1 bijik van punya, 1 bijik kete kak nor punya...dan selebihnya tu abg punya, hehe..
Kena gi cepat sbb kul 1 petang dorang dh tutup operasi...maklumlah, hari Sabtu, kan...half day.
Ni ler 4 bijik bateri tu..Dh siap buang airnya..baru leh timbang kati. |
Bila dh timbang....tunggu kira2 & dikeluarkan resit lak.. |
Tunggu nk claim duit hasil jualan bateri, hahahaha.. |
Taiping Sentral
Dari kedai bateri...kitorang terus ke Taiping Sentral jap. Kat tempat parkir depan Tesco ada booth The Body Shop bukak atas lori. Tp aku tak beli pun...sejak dh kawen ni tak reti dh nk guna barang mahai2 ni. Bg aku mahai ler kan..maklum ler tak keje.
Kat TS...ada pameran kete. Antaranya ford, proton, perodua dll laa... |
Kat umah mak...abg pasang bateri van abah. Ok, dh leh hidup dh van.
Tak lama tu kak idah & anak2 sampai jgk kat umah mak. Kemudian, Kak nor dan Yui pun sampai jgk.
Hantar Ziti ke stesen bas.
Kitorang balik umah jap. Buat ler apa yg patut. Pastu, keluar semula tanpa along dan angah. Kitorang ke umah mak semula. Nak hantar ET & anak2 ke stesen bas Kamunting, dorang nk balik Shah Alam. Bila dorang dh pelok cium ngan ahli2 famili yg ada...kitorang pun menuju ke stesen bas.
Kitorang tunggu sampai bas jalan, babai...babaiii. Itu mmg style aku. Kalo hantar orang ke stesen bas ke, ke airport ke, rombongan ke.......mesti nk tunggu macam tu, ngee.
Itulah citernya.....Sekian..
1 comment:
Sedih dengar citer akak ttg kazen suami akak yang meninggal dalam keta sebab tertidur masa pasang ekon.
Sekalung ucapan takziah.
Post a Comment