Tuesday, November 1, 2011

Ketika aku usia 36...abg pula bermajikan baru...

Hari ni 1 hari bulan 11 tahun dua ribu sebelas...kalo nk nmpak cantek tulis ler 1.11.11. Tapi sebenarnya nombor tarikh ni takde ler spesel sgt. Kongsi ngan 11.1.11....hehe. Yg nmpak spesel adalah 11.11.11, kan..Mmm, bermain ngan nombor lak ye??
Sebenarnya cantek tak cantek sesuatu tarikh tu adalah dari diri masing2. Bg aku pulak..tarikh 1.11.11 ni selain aku dh menginjak usia ke 36 tahun..tarikh ni jgk bakal mengingatkan bahawa hari ni suami aku telah bekerja di bawah naungan majikan yg baru. Posisi dan tugas masih sama, pejabat yg sama cuma bertukar syarikat yg baru. GSL Water Sdn.Bhd dh abes kontrak ngan LAP...dan AIR Berhad yg dapat menandatangani kontrak yg baru utk satu tempoh yg telah termeterai. Semoga majikan abg yg baru ni sangat mesra ngan kebajikan staff2 nya.


GSL Water kini hanyalah kenangan. Abg bekerja di sana utk menyara kehidupan kami sekeluarga, makan, pakai, persekolahan anak2 (dari along berusia 8 bulan sehinggalah dia pun dah berusia 15 tahun, dari along, angah sampai lah akiss skang dh 11 tahun, mm)....
Alhamdulillah GSL Water satu syarikat yg baik budi pekerti kepada staff2nya.
Semalam 31.10.11...tamatlah perkhidmatan abg dan rakan2nya bersama GSL Water. Sewaktu aku berkahwin dgn abg..abg bekerja dgn SILVERSTONE.
Masa aku dh lahirkan along..dan aku pulak masih bekerja di Taiping Super Berhad...pak aji Alias telah terbaca iklan keje kosong di GSL Water S/B. Maka, balik dari opis..terus aku bgtau abg tentang iklan tu. Abg pun mohon jgk. Alhamdulillah, rezeki abg dan menumpang rezeki anak...abg dpt keje kat situ dari 1 Ogos 1996 sehinggalah 31 Oktober 2011 semalam. (Pak Aji pun dpt keje kat situ. Mula2 dia ofismate aku...lepas tu dia dh jadi ofismate abg, hehe).

Sepanjang abg keje kat GSL lah aku merasa menaiki pesawat buat kali pertama wlpn cuma ke Langkawi-Penang dan menaiki cruise Penang-Phuket-Penang (Empress Cruise..skang dh takde dh kot, hehe). Dan sepanjang abg keje kat GSL ni jgk ler kitorang leh gi brp kali ke Langkawi, leh buat belanja gi Sabah (tiket flight ayah yg sponsor, hehe), leh gi sana...gi sini (aktiviti jenjalan mmg sgt digemari, hehe).

Dgn gaji GSL ni laa jgk abg leh byr abes duit keta KP 7171 (skang keta tu dh jd milik org lain), byr bulanan rumah kat abah (tak abes lagi..dh kira2..umur abg 50 nanti baru abes, hehe. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sihat selalu ye abg).

Dgn simpanan dari gaji bekerja di GSL ler jgk abg leh buat downpayment utk beli alza ni, mmm...

GSL ni tak kedekut nk bagi cuti tahunan..selama 15thn abg berkhidmat ngan dorang..merasa laa abg dapat maksima cuti tahunan 25 hari. Kira byk ler tu kan utk staff swasta, hehe..
Selain dari apa yg aku citer kat dlm n3 ni...byk lagi budipekerti yg GSL telah taburkan pd staff2nya. Tempiasnya sudah tentulah pada ahli keluarga staff2nya jgk. Ada antaranya aku penah simpan citernya kat dlm CINTAMANISZLITE ni. Taip aje GSL kat ruang search kat atas blog aku ni...mesti mcm2 yg aku citer psl GSL akan keluar, hahaha..
Terima kasih menjadi majikan yg baik, GSL jasamu dikenang...

2 comments:

Rinna said...

Alhamdullillah moga GSL akan dikenang sepanjang hayat kan.. dan majikan yang baru ini akan lebih perihatin kepada pekerjanya kan.. :)

wantie said...

Harap harap majikan baru ni tak banyak kerenah. Kekadang tu mcm gamble jugak kita ni. ada yang majikan baru lebih baik dari yang lama. Ada oula yang majikan baru lebih teruk dari majikan yang lama.

Harap harap majikan baru bi dalam kategori yang lebih baik le.