Tuesday, November 29, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Part 4

Sambung lagi....(31.05.2011)

Akhirnya, kitorang sampai ke replika Masjid Nabawi, Madinah, Saudi Arabia. Hehe...jaoh betol kitorang mengembara, ye, ngee.
Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yg merupakan kawasan kedua paling suci bg umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.
Nk tgk masjid ni kena panjat tangga yg disediakan....
Ni dari pandangan atas...harapannya, dpt jgk sampai ke sini suatu hari nanti, InsyaAllah.
Kat bawah ni lak adalah replika Masjid Sulaiman, Turki (Suleyman Mosque)..Masjid ini dibina pd tahun 1557M di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Ia juga dikenali ngan masjid biru....cantik kan...mm..
Gambar penoh masjid biru ni diambil dari replika Al-Hambra..

Di bawah ni..replika Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Dibina pd 670M oleh Uqba ibn Nafi. Ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.
Ni pandangan masjid secara keseluruhan dari bahagian depan.
Ni pulak pandangan dari atas. Gambar diambil dari Al-Hambra jgk..
Kitorang dh naik tgk Istana Al-Hambra tapi kak nor masih kat bawah..nk tgk info psl masjid Qairawan tu..huhu..
The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain...itulah nama replika monumen di bawah ni pulak. Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba & kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.
Pusing punya pusing nk tgk al-Hambra ni,  heheh..
Rileks lagi tgk2 pemandangan dari atas, hehe.Uiks..seriusnya muka abah, ngee..
Leh nampak apa lagi dari area sini???.....
Leh nampak Great Mosque of Agadez, Niger...(laa...kalo tgk rekabentuk...ingatkan masjid ni terletak di Siam, hihi)
Cam biasa laa along ni. Bergambar kontrol mulut, hehe..
Leh nampak jgk Kalyan Minaret, Uzbekistan....nanti kita pi situ, ye..hihi..
Ni laa replika Kalyan Minaret, Uzbekistan. Menara ini telah dibina pd tahun 1127 M oleh Arslan Khan. Menara yg diperbuat daripada bata yg dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna.

Angah berdiri kat situ sbg perbandingan ngan ketinggian replika menara Kalyan ni, hehe..
Dari Menara Kalyan tu..kita ke Great Mosque of Agadez, Niger pulak. Mula2 aku tgk bangunan ni..aku ingatkan ianya terletak di Siam...rupa2nya kat Nigeria ler..ish..ish..
Masjid yg diperbuat drp tanah yg dikeringkan dibina pd abad ke 16 pd zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dgn 13 baris perancah kayu utk mengukuhkan strukturnya.
Bergambar ngan kak nor dan along..
Angah, along & aniss bersama pah & wannya...
Inilah replika monumen yg terakhir dlm kembara kitorang di dalam Taman Monumen di Taman Tamadun Islam ni, hehe..Ianya adalah Kul Sharif Mosque, Kazan Russia. Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1000 tahu sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.
Seperti biasa..bergambar beramai2 di depan replika Masjid Kul Sharif ni...
....bersambung...

1 comment:

makdara TERdiva said...

agak2nya berapalah dana yang diperuntukkan utk projek semua ni yer? :D