Tuesday, November 15, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Part 1

31 Mei 2011
Selasa

Sambung lagi dari N3 ni....lepas jer puas bergambar di stadium...kitorang gi ke arah pusat bandaraya Kuala Terengganu.

 Tak jaoh sgt pun dari homestay. Nk cari pun senang. Ada signboard & di tangan standby GARMIN, hehe..Maklom lah..kete Anas ikut belakang. Kalo tersalah jalan..susahlah jgk, kan.
Alhamdulillah...senang jer.
Dh pun sampai.
Tu ler pintu masuk nk masuk Taman Monumen yg ada replika2 masjid tu, hehe..
Sementara aku ngan abg gi beli tiket...sape ler amek gambar kat luar perkarangan pintu masuk TTI ni..along rasanya, mm..Aku main tibai jer gambar2 ni. Dh tak tau dh yg mana dari kamera along, angah atau akiss...heheh..
Ni harga tiket.....
Ni waktu masuk TTI...
Sesi membeli tiket. Ada ditawarkan pakej keluarga iaitu 2 dewasa 2 kanak2...penin sket ler..mm...jenoh gak nk kira ni. Ada 7 dewasa + 2 warga emas & 2 kanak yg dikenakan bayaran. Tapi tak byk sgt ler bezanya..
Ada Akiss & Ain jgk kat kaunter tu...menyebok, hihi...Bila dh bayar, kitorang diberi sorang sebuah buku ala2 passport ler..sebagai pengganti tiket...lain dari yg lain ler kan. Konon2 mengembara dari satu negara ke satu negara ler utk melawat masjid2 unik dorang, ngee..
Kitorang masuk kedai souvenier dulu..sbb tgk abah dah masuk situ dulu masa kitorang tgh beli tiket, hihi. Sepatutnya, masa balik pun leh sebab...pintu keluarnya mmg kena ikut dalam kedai tu. Strategi bisnes..gitu laa kan..Macam kat Underwater World Langkawi jgk ler..keluar ikut kedai souvenier dorang, ngee...
Abah ni mmg suka kopiah, kasut, jam....
Lepas dh beli keychain, FM berkaitan...kitorang pun masuk ler. Alhamdulillah, cuaca hari tu ok...tak terik sgt..dan yg penting tak hujan. Maklum laa..nk ronda2 situ kena ler cuaca tenang. Kawasan terbuka...kan..
Masuk sini...masing2 kena ler pegang passport Taman Monumen kat dlm Taman Tamadun Islam ni. Kat pintu masuk dorang akan cop. Kalo dtg kali ke dua dlm tempoh yg disyaratkan dorang akan bg free TRAM RIDE atau bicycle ride...
Turut disediakan basikal utk kanak2. Brp kena bayar sewa pun aku dh lupa dh...maklumlah dh lama punya citer, mm..RM5 sebuah kalo tak silap.
Haa, betul ler RM5 utk naik beskal kat dlm Taman Monumen ni, hehe. Ada jugak disediakan buggy..berbagai2 jenis. Ada utk 2 org penumpang, 4 orang dan lain2. Ada ler senarainya siap harga kat dlm gambar di atas ni utk rujukan, hihi..
Mula2 jumpa replika ni dulu (sebenarnya yg last ni tp kitorang leh gi sini lak dulu, hihi)...Masjid Xian, China. Ia dibina pd tahun 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pd zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.
Ni ler tram. Masa plan ri tu..ingat nk naik mende ni...tp rasanya lebih memuaskan hati kalo menapak aje. Jd, kitorang semua amek keputusan utk berjalan kaki saja dari satu replika masjid ke replika masjid yg lain. Gambar ni di ambil dari atas Masjid Negara..
Leh nampak yg ni jgk. Masjid Kudus Minar, Central Java, Indonesia...Dibina pd tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yg berbentuk seperti Chandi yg kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.
Ni bangunan apa ye?? surau Taman Monumen ke?? adehh..lupa..lupa..
Masih lagi pemandangan dari Masjid Negara.
Sebijik mcm Masjid Negara yg sebenar...Masjid Negara dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yg pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yg terbuka dan menaranya pula adalah payung terturup.
Bergambar di sini beramai2...
Dh naik...mesti ler kena turun utk gi ke bangunan yg lain..
Bergambar lagi sebelum turun, hihi...
Lepas2 ni...N3 Taman Tamadun Islam part seterus-seterusnya nanti...mmg aku balun jer taruk gambar masjid replika ni. Bkn ingat dh mana yg dulu mana yg kendian. Tambah2 pulak gambar dh campur2 hasil dari 4 bijik kamera. Dh berterabur dan penin kalo nk tgk kod gambar satu demi satu...takde keje aku nk melayan. Asal simpan sini dh. Ni dh mula nk masuk zon BUSY ni..huhu..Nanti tertangguh2 tak sudah2. Aduiii. Tp aku tak nak jadikan perkara ni satu masalah besar. Ada masa aku buat. Takde masa, aku tangguhkan.

Sekian....

4 comments:

Anonymous said...

walaupun cuma replika..tp mcm real la.. :D

attyfir said...

bilalah aty nak sampai nie..nasib dpt tgk gambar kt blog alona..

wantie said...

fuh.. siap ada passport lagi nak masuk ke situ. mcm gi jalan kat luor negeri la kak.

Tak pernah sampai lagi. walaupun ramai sedara T kat sana. Nantilah kalau gi melawat dorang tu nak jugak nyinggah di sini

Anonymous said...

seronok nya.....

bila nak ke Pantai Timur ni ekk??