Monday, November 28, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Part 3

Sambung lagi dari N3 INI

Aduii...cepat benar masa berlalu. Masa begitu membataskan aku utk menghabiskan citer ke Terengganu nih, mm..Citer lama (31 Mei 2011) tp masih segar dlm ingatan (segar tak berapa nk segar laa, hehe..)
Minggu lepas...aktiviti aku mmg padat. Nk ceritakan kat sini pun...semuanya bergambar. Jd, kena laa ikut turn atau ikut mood si Alona tu, ngee..

Replika Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan. Sekali pandang nmpak besar sgt..tp kalo terperasan aku ada berdiri kat depan tu..baru leh bayangkan replika ni besar mana, kan...ngee..
Dari Taj Mahal...kitorang teruskan perjalanan ke replika Kubah As-Sakhrah. Kalo yg sebenar...ia terletak di Baitul Muqaddis, Palestin. Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW utk bertemu Allah.

Seperti biasa, kalo monumen yg best2 ni kena ler mendaki terlebih dulu, ye...sebab ia terletak di bahagian atas.
Mendaki ikut sini ok sket. Tangga pun ada. Mmg bagus tempat ni..dorang mmg sediakan kemudahan utk semua peringkat umur. Cuma takde lif aje ler psl 2 tingkat jer. Kalo jalan cenggini...boleh jgk laa pengunjung yg berkerusi roda pun turut sama masuk melihat apa yg ada di dalamnya.
Di dalam replika Kubah As-Sakhrah ni terdapat replika batu terapung seperti di Kubah As-Sakhrah yg sebenar.
Batu terapung tersebut berhubung kait dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada saat Rasulullah s.a.w hendak Mikraj batu tersebut hendak ikut bersama, tetapi Rasulullah s.a.w menghentakkan kakinya pada batu tersebut sebagai isyarat batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Sejak dari peristiwa Israk Mikraj hingga kini batu tersebut masih terapung hingga kini..info lanjut leh ler google sendiri, ye..hihi..
Keadaan bahagian kubah dari dalam...Menurut budak yg menjaga di dalam replika ni...bangunan ni bukan masjid tetapi pengunjung boleh mendirikan solat di bawah batu tersebut kerana terdapat satu ruang yg boleh mengisi seramai 20-25 org  utk satu2 masa.
Dh nak keluar...
Bergambar dulu sebelum turun....hehe..
Opps...kena jd model abg ler pulok!! ngee..
Bergambar beramai2 di depan replika....seperti biasa, kameraman mmg takde dlm gambar. Tambah2 pulak tak bawak tripod, hehe..

Dari sana, kitorang meneruskan lagi perjalanan..Kali ni ke Great Mosque of Samarra, Iraq. Replika aje ye..hehe. Dh gi Taman Monumen ni...semestinya lah replika semuanya, iye dak??
Masid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pd abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yg terletak di bahagian utara masjid ini. mm...pergi tgk yg betol2 baru ler tau. Yg replika punya mana leh pusing2, ye..hihi. Kalo kita yg berpusing, boleh...tp kalo menara masjid tu yg nk berpusing...takde ler, hihi..
Kalo kita kat Malaysia ni tgk...mcm pucuk rebung je laa, kan...hehe..
Kemudian..nampak replika masjid ni...Masjid Sheikh Lutfallah, Iran. Merupakan satu contoh senibina Islam yg terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pd abad ke 17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Abg bergambar sengsorang..Replika ni pun takleh masuk dlm. Yg leh masuk cuma Kubah As-Sakhrah tu aje.
Di bawah ni pulak adalah Abu Nasr Parsa, Afghanistan. Dibina pd abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bg mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.
~Owh..makam rupa2nya, hehe. Ari tu dh tak larat nk tgk info ari tu. Ingatkan masjid jer ler, hihi. Baca buku passport Taman Monumen ni semula...baru ler tau, ahaks...
Aku lalu jer sini. Tak baca pun info dia. Yg lelain mgkn ler ada baca info dia....tp tak kongsikan ngan aku, huhu...sbb aku pun dh haus sgt dh. Tp dlm masa yg sama tak sabar2 nk gi replika Masjidil Haram, hehe..
Dh sampai sini...terus jer meluru naik. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia...hehe..
Masjid ini menempatkan tempat paling suci bg semua umat Islam iaitu kaabah bermaksud "tempat tertinggi yg terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yg terdapat di Lembah Hijaaz.
Kena naik tangga laa ye kalo nk tgk Masjidil Haram ni....
Ni laa replika nya..
Sudut lain lak..
Kak nor dan Aniss sempat bergambar..
Terdapat tangga-jambatan kecil di satu sudut bg membolehkan pengunjung melihat keadaan replika kaabah dan kawasan umat Islam melakukan tawaf..
Terasa aura.....InsyaAllah, ada rezeki....suatu hari nanti.
Dh turun dari situ...aku terus bergegas kat cafe berhampiran. Beli air mineral...haus...tekak dh kering wlpn tenaga masih ada, hehe..
Sempat jgk along, angah ni membeli makanan ringan ni..Lemau2 pun belasah, ish..ish..
Semua beli air....hehe..dh jauh berjalan, iye dak??
Dh rileks...teruskan lagi perjalanan. Kali ni ke Aleppo Citadel, Syria. Dianggarkan dibina pd abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pd zaman tersebut.
Owh..sebuah kota Islam...
Kak nor ngan Akiss dan Aniss...
Ni rupa luarannya...nk tgk mcm apa yg ada kat atas?? hehe...
Ni jer ler...takde apa pun. Replika tu cuma tunjuk luaran aje, hihi. Toksah ler gatai2 manjat semata2 nk tgk mende yg ada kat atas tu, hihi...Kalo nk tgk info penoh, kita kena ler menggoogle sendiri ye. Leh tgk imej Kota ni yg sebenar dan fungsinya...
Kemudian, kitorang menuju ke arah Masjid Mohamed Ali, Egypt. Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dgn banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yg pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.
Anas ngan Angah yg laju meluru ke arah replika masjid ni.
Cantek ye..belom tgk yg real punyer!! hihi...
Mcm2 posing daa!!! Ada mcm gergasi tak?? heheh...
Rupa masjid ni di bahagian atas dari sudut lain...
Hmm..abes dh utk bahagian ni. Sudah dirangka...ada lagi 2 entry di Taman Tamadun Islam ni. Aku dh siap taruk watermark dlm gambar, resize dan dibahagikan kepada 2 folder, hahaha..
~Maaflah abg, tak sempat nk edit satu pun gambar Rosz siang ni, hehe.

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

replika pun ok lah...sementara menunggu jika ada rezeki dan peluang ke tempat yg sebenar,kan...

Anonymous said...

hahaha...
ye lah kak..dah macam gergasi pon ado abg fadil tu!!

wah! 'jauh berjalan' betul nampaknya. Sampai Iran..huhu!

wantie said...

walaupun hanya replika, yang pastinya pelukis plan untuk replika ni begitu teliti sekali. sebab nampak sbijik mcm yg asal. cuma saiznya je di kecilkan.

kena bagi credit kat dorang tu. sapa ek dorang tu? ada tu;lis kat sana ke kak?

Rinna said...

Cantik2..tgk replika.. tuh.. Masa gi trengganu dulu..tak berkesempatan nak ke sana..dpt tgk gambar pun cam best jer.. :)