Dah bertanya kat ahli2 keluarga yg lain. Nampak dorang macam tak berminat. Mmm, tak mengapalah. Kita2 aje ler yg pegi kalo jadi pegi nanti.
Plan ni tetiba jadi lebih serius bila aku ngan abang menghadapi stress luar biasa kerana menyiapkan kerja2 editing. Bukan senang ye nak cari duit dan amek duit orang atas kepercayaan dan atas dasar tanggungjawab ni. Kitorang mmg tido lambat jer sejak beberapa bulan ni. Kul 2...kekadang 3 pagi. Kadang2 rasa tak leh nak buat...sampai leh blur...kena jugak pi masuk tido tapi tetap jgk lambat...kul 1 pagi cenggitu.
CARA BELI TIKET USS MURAH MELALUI ONLINE
Ok...bincang2 ngan abang. Cuti sekolah ni bawak jgk ler anak2 gi bercuti ke USS. Sekurang2nya kitorang pun leh naturalkan stress. Akhirnya, berpandukan blog2 kengkawan yg dh penah gi situ....aku pun beli tiket USS online kat seorang agen ni iaitu Puan Rosmanizah (leh wassap/sms 0123949154) sebab dorang cakap beli kat beliau ni kita leh dapat tiket murah dan berurusan dengannya mmg boleh dipercayai. Maklum ler...tiket USS ni bukan murah2, kan. Kalo kena tipu mmg naya laa. Tapi Alhamdulillah, dengan agen Puan Rosmanizah ni urusan sangat mudah, InsyaAllah.
Jadi, aku pun beli ler 5 tiket USS utk dewasa. Sorang tiket USS harganya RM162 + bas pi balik USS tu RM30. Bila dijumlahkan semua jadi ler RM192/seorang tapi kitorang perlu bayar RM190 setelah didiskaunkan RM2 setiap tiket. RM190 x 5 orang????? Mmm...dekat seribu, wehh...
Ok....ini ler tiketnya. |
Kitorang mmg terpaksa pilih tarikh 03-05 Jun tu sebab pada awal cuti sekolah...Angah tak leh balik lagi. Dia ada kelas tambahan sempena nak SPM di maktabnya. Akiss sorang jer yg leh balik mcm biasa. Tambah pulak along pun sedang menghadapi exam SEM 1. Tapi itu tak jadi hal sebab seperti biasa jadual exam along ada gap sebelum paper lain dlm minggu pertama cuti tu. MRSM pulak cuti cuma sampai 8hb Jun aje...tak macam sekolah kementerian yg cuti sampai 15hb Jun.
Dalam minggu ke-2 cuti pertengahan tahun tu pulak...draf jadual exam along satu paper tetiba ada perubahan lak. Sepatutnya along abes exam tengahari 3/6 tapi ada satu paper yg ditukar ke 5/6 pulak!!!! hadoiii. Tp...Allah nak bagi jugak rezeki kat kitorang meneruskan perancangan...tapi kena ler bersusah sket. Kitorang kena ubah plan...5/6 tu kitorang kena balik pagi2 ke Gombak sbb kul 3 petang along ada paper last yg perlu dijawab. Mujur ler last paper along tu waktu petang...
Cuma, bila dh ubah plan ni....kitorang tak dpt ler nak jalan2 cari makan kat sekitar bandar JB...Tak mengapalah.
Ok...entry bersambung..
Nota ALONA:-
~Baru dapat mula buat entry ni...
No comments:
Post a Comment