Friday, July 11, 2014

Ommey sakit..

11.07.2014
Jumaat...

Pagi tu kitorang bawak Ommey ke klinik setelah dia dipuasakan selama 12 jam atas arahan doktor veterinar klinik Haiwan di sini.
Ommey mula2nya jalan terencut2 sakit kaki....perutnya membengkak. Tak lalu nak makan. Kena ler kitorang bantu dia minum guna mende mcm picagari tu. Tetiba esoknya mcm pecah kat bawah perut dia. Terus bawak klinik haiwan. Tp disebabkan dia dh ada selera makan wlpn perut dh pecah...tak leh ler doktor nak terus jahit kulit perut dia sbb nak buat mende tu kena bius. Kena datang lagi pagi esoknya dan Ommey kena puasa, aduhaii. Malasnya nak kuar tiap2 hari bulan pose ni. Tp demi Ommey...gagahkan jugak ler.

Pagi Jumaat tu...masa datang...kitorang kena tinggalkan dulu Ommey kat sana. Bila dh siap dorang akan kol. Tp sampai dh abes solat Jumaat dorang tak kol2. Aku mula risau. Tengok!!! itu kucing ye...aku dah risau...
Jadi, aku pun cari kad klinik haiwan tu dan kol dorang. Rupa2nya Ommey sedang dijahit. Dorang kata datang sebelum kul 4 petang waktu klinik ditutup.

Sebelum kul 3.30 petang aku dh ajak along kuar gi sana.
Bawak kotak aje...sbb carrier kucing kitorang sejak zaman Tomei dulu dh reput dok luar kena ujan panas. Malas dh nak beli. Bukan murah2 jgk....sbb mende tu bkn guna selalu pun.
Bila sampai umah...sementara nak bukak pintu umah...makcik vivie dah melawat Ommey dulu. Haa, tengok....kucing pun pandai tau bab2 cenggini.
Ni ler kawasan kena jahit tu....siannya. Yg kuning tu antiseptik yg disapu oleh doktor..
Sian tengok Ommey tak sedar diri lepas kena bius....
Bila dh sedar tu...mamai jer. Tp Alhamdulillah ada jgk selera makan wlpn cuma makan sedikit aje.
Semoga cepat sembuh ye, Ommey.

Nota ALONA:-
~Mcm tu punya rawatan pun RM50. Tp takpe laa...kiranya ni zakat utk haiwan :)

No comments: