Friday, July 18, 2014

Cerita ke USS - 4

04.06.2014
RABU

Dh puas bergambar kat depan globe tu...kitorang pun masuk ler ke dalam ngan perasaan keterujaannya, hoho. 
Periksa tiket.....ok lepas!!!
Masuk2 jer terus jer capai peta dalam USS tu. Dan ada jgk senarai jadual persembahan dan acara menarik pada hari tu yg perlu dipegang sepanjang berada di dalam tu, hehe. Rugi ler kalo tak join, kan...
Semua tu sambil jalan sambil tengok map...hehe...Maklum ler, baru jer pegang, kan.
Semua teruja dah tu. Baru tengok map, kehkeh..
Tengok, akiss dgn muka terujanya...
Ok...kat sini tengah buat keputusan. Nak gi mana dulu?? Kiri ke kanan??
Kitorang ke kiri dulu. Nak jumpa kawan2 kat Madagascar. Tu kapal tu....dalamnya ada kawan2 Madagascar, ye.
Kat sini ada pokok besar ni. Atas tu ada kapal terbang kecik tersadai dan ada penerjun payung terjun yg jugak tersangkut kat situ sampai tinggal tengkorak jer, hahaha...
Dh kat depan pintu masuk...
Fadel refill air kat sini.. Kalo tu air new water...kira Fadel cipta rekod ler minum air sejuk dan menyegarkan tu, hehe..
Kat sini...kita akan menaiki perahu mcm dlm gambar tu...
Dan kat dalam tu sepanjang perjalanan ikut arus air....kita bakal melihat kawan2 kat Madagascar ni berceloteh, usik mengusik, gaduh2 manja. Dan kat dalam ni pun ada part kena pancut air jgk ye. Tp takde laa byk...cuma ada ler part2 kita kena tipu mcm nak kena lalu kat laluan air yg banyak leh membasahkan baju tu...Padahal tak pun. Pandai tul dorang ni!!!
Dah keluar dari situ...melalui kedai souvenier macam biasa lah....byk produk2 dari Madagascar yg kiut2 tp aku menahan sabar jer laa sbb ni mmg cuti2 bajet, haha..
Lalu kat sini. Aku pun tak pasti ler ni sempena filem apa, huhu. Nak rujuk balik kertas map tu malas ler pulak nak cari.
Dh sampai kat area Istana Shrek..
Kat sini kitorang kena beratur dlm 15 minit utk naik roller coaster naga, hehe. Sekali pandang mcm biasa2 aje...ala2 kanak2 punya roller coaster aje. Tp bila naik....seram ler jugak (aku sorang jer..yg lain tidak), kahhh..
Bila dh turun dari roller coaster.....kat luar ada puss in boots utk sesi bergambar, yeay!!!
Pihak USS pun ada sediakan fotografer dorang. Tapi leh jugak amek gambar guna kamera kita.
Nanti dorang bagi kupon. Leh tengok dan beli gambo yg dorang tangkapkan tadi, hehe. Kitorang tak penah pi tengok pun...melainkan gambo kat Jurassic Park nanti tu (sbb kat dlm tu mmg gelap...mmg dorang sengaja sediakan kamera curi kat situ utk lihat reaksi muka kita). Tapi kitorang dh tengok2 tu takde ler membeli pun. Sekadar tengok dan kemudian gelak2. Opps, itu citer kat bahagian Jurassic Park yg akan aku simpankan gambarnya kemudian ni nanti.

Sambung esok, InsyaAllah.

Nota ALONA:-
~Sesi menukar langsir, menukar sarung kusyen bersama along..

No comments: