Monday, July 21, 2014

Cerita ke USS - 7

04.06.2014
SELASA

Dah puas bertemu ngan Transformers Prime...kitorang terus ke segmen New York pulak.
Kat sini ada watak2 Sesame Street, ada Charlie Chaplin...ada studio khas dari pengarah Steven Spielberg....kat dalam tu ada cara2 mcm mana efek utk sesebuah filem dilakukan. Tp kat dlm tu tak leh nak amek gambo. Ada jer yg degil amek jugak tp kena tegur ler ngan staff USS tu.

Kat sini yg kitorang tak jumpa adalah Marilyn Monroe aje. Padahal aku tengok kawan2 yg lain pi mesti ada watak tu utk bergambar....tp masa kitorang pi takde pulak.
Tp tak kisah laa...banyak jugak watak2 Sesame Street yg keluar sepanjang kitorang lepak2 kat situ.
Semua tunjuk ke situ....ada apa???
Oo...oscar dh mai...
Leh bergambar ngan dia...walaupun dok dlm tong sampah...nampak comey jgk. Tingat kucing ku kat umah, hahaha..
Pastu keluar lak Cookie Monster...
Bergambar...terus bergambar...
Beratur tetap kena beratur ye nak nunggu turn amek gambo ngan mereka2 ni, huhu..
Masuk dlm penggembaraan sesame street...kita akan keluar kat dlm gifts emporium yg menjual barang2 souvenier Sesame Street terutamanya..
Berehat2...amek gambo...
Feeling ada kat New York ler, kennn...huhu..
Bangunan2 kat sini dorang buat mcm kat sana ler...
Lepak2 menghela penat...
Posing tak hengat ni namanya....kat lorong New York tu...
Ngan Charlie Chaplin...
Watak2 yg keluar ni...mmg ikut karektor sebenar.
Rasa mcm iya2 jer amek gambo ngan personaliti asal, huhu..
Abes segala ceruk kitorang ronda, weh..
Gini ler antara suasana kat area situ...perasan laa tengah ada kat US, huhu..
Tetiba ternampak ELMO lak keluar....berlari2 ler nak bergambar ngan salah satu watak utama Sesame street ni..
Dan last yg sempat kitorang jumpa adalah Ernie...juga dari Sesame Street.
Ada jugak lagi wataknya iaitu Abby keluar tapi aku tak sempat pun nak bergambar ngan dia. Takpe laa...watak dia tak berapa popular, hahaha..

Tunggu jugak watak utama lagi satu iaitu Big Bird keluar...tapi takde. Tak tau laa pulak masa kitorang sedang menonton teater musikal tu dia ada keluar kat kawasan sini.

Sambung lagi satu part lepas ni...pastu abes ler, huhu.

Nota ALONA:-
~Terkejar2 ngan hal mengemas rumah ni. Maklum ler...sebelum2 ni terbongkang abes sbb aku lebih tumpukan nak selesaikan album pengantin sebelum raya. Skang baru ada masa. Alhamdulillah.

No comments: