Thursday, July 9, 2015

Berbuka puasa di The Gate..

09.07.2015
KHAMIS

Semua ni last minute...
Sela tolong booking masa amek anak2nya balik dari sekolah. Mujur ada kekosongan lagi. Kitorang bawak mak ngan abah. Keluar ngan van. Bagi van ni exercise sket, hehe.

Alhamdulillah, bernasib baik dapat parking di tempat yg memang dihajati. Kitorang dapat meja tingkat atas. Ok laa tu. Selama beberapa kali gi makan kat The Gate..tak nah dapat dok atas tu sebab selalunya atas tu khas utk yg sambut besday ke camtu, lah.

Selesa laa dok atas tu. Sambil2 tunggu waktu berbuka sempat ler berselfie, berwefie bagai...hahaha. Saja jer laa...nak bagi tak rasa lama sangat nunggu, kihkih.
Mak ngan abah kelihatan seronok jer. Itu yg kitorang mahu kan...gembirakan hati ibubapa. Mereka gembira...kitorang pun gembira juga.

Nak ikutkan makan kat sini sorang dewasa RM28 tapi kalo lebih dari 4 orang...harga akan jadi RM20 seorang dewasa. Kanak2 RM15. Lebih jimat laa kalo datang ramai2, :) .

Walaupun namanya buffet...tapi semua dihidang atas meja. Hanya dessert yg perlu amek sendiri kat meja yg disediakan. Walaupun makanan dihidangkan tapi tetap leh makan puas2. Dorang akan datang bawak lauk, nasi dan menu2 tersedia yg lain sekiranya nak tambah lagi. Mmg kitorang pun bertambah2, hehe. Cuma berpada2 lah. Sebab kalo tamak sangat..pastu makanan tak abes...dorang akan cas atas makanan yg tak abes tu.
Ni antara lauk-pauknya...tak cukup leh tambah lagi.
kari isi ikan...sedap tul...
Kambing bako ayo asam..sedap jugak..
Udang asam nyonya...punnn sodap!!
Cheesy wedges
Vegie tempura..sedap
Roti john daging...sedap..sedap..
Rendang ayam ibu hadijah..nyummm...
Kerabu ayam burma....pergh!!! nyummy..
Fries goreng ikan bilis...
Bebola ikan..
Selain tu ada jugak yg tak sempat nak amek gambo menunya iaitu Penne ala carbonara, karipap kipidap, mini sosej, fish finger dan sup ketam yg semuanya sedap2 belaka, huhu. Setiap menu mmg beberapa kali dorang datang bawak ke meja sama ada nak lagi ke tak. Mana yg rasa nak repeat lagi tu...kitorang amek ler. Perut mmg dah tak masuk dah kalo diikutkan. Air sirapnya pun dari kordial yg sedap, air panasnya air kopi O...pun mak kata sedap, hahahaha. Tu lom lagi dikira bubur, agar2, buah temikai dan dessert yg along amek sebelum tu. Gila kenyang.

Mana taknya...makan...makan...makan...tak cukup orang datang hantar. Rasa macam vip.......Sangat berbaloi dengan RM20 seorang. Tak perlu nak bangun beratur berebut2 ngan pelanggan lain ketika mengambil makanan sebelum berbuka puasa. Sangat selesa terutama warga emas seperti abah dan mak.
Terima kasih laa pada staff The Gate yg telah melayan kami dan juga pelanggan lain dengan baik sekali. Kekalkan cara begini utk buffet Ramadhan tahun akan datang. InsyaAllah, panjang umur...kitorang akan gi sini lagi...wink..wink..

Nota ALONA:-
~Berbaloiii...

No comments: