Sunday, July 12, 2015

Ke bazaar raya

11.07.2015
SABTU

Lepas berbuka puasa...selepas menunaikan Maghrib...kitorang pun keluar ke bazaar raya Taiping. Seperti biasa lokasinya di jalan Panggung Wayang. Saja jer nak jenjalan feel2 nak raya, kan. Nak ikutkan takde apa nak beli pun.

Kali ni expo nya mmg besar laa kawasannya. Mesti mendapat permintaan tinggi dari para peniaga2. Mmg tahun ni best laa barang2 jualannya. Parking mmg jenoh ler nak cari, weh. Kitorang ni pun nasib baik jer..kebetulan tengah tunggu jalan jem kat lorong belakang The Store tu...ada lak kete nak keluar, Alhamdulillah rezeki. 
Walaupun jalan malam...tapi tetap rasa dahaga, hahaha.
Pemandangan suasana bazaar raya di Taiping waktu malam..
Memang meriah...dan pilihan sangat banyak. Kalo tak reti lagi nak pilih...dan tak jadi nak beli...tak tau ler aku, huhu. Semoga maju jaya peniaga2 yg berniaga tu ye. Meniaga jujur...jangan amek untung lebih2 sangat.

Dari situ...kitorang moreh dulu kat D'Labit. Moreh laa sangat, kan. Sebenarnya dahaga. Nak minum2 jer kat situ. Tapi bila dh sampai buku menu...tetiba rasa nak oder makanan pulak, kahhhh.. 
Wedges..along oder.
Mee goreng...kongsi ngan abang. Nasib ler kongsi...banyaknya. Tak larat kalo nak perabes sengsorang..
Sebenarnya...malam tu kitorang keluar bukan saja2 keluar nak ke bazaar raya. Tapi ada hal lain. Cuma saja2 laa keluar awal..nak ronda2 amek angin dulu. Kitorang nak hantar album gambar pengantin kat umah ibubapanya di Simpang..

Nota ALONA:-
~Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan...mm

No comments: