Tuesday, July 21, 2015

Raya Ke-2...Balik ikut CH

18.07.2015
SABTU

Hari tu dh raya ke-2. Pagi tu kitorang tak keluar beraya ke mana2 pun. Dok ngemas barang2 jer. Banyak tul barang2 kitorang skang ni setiap kali balik Bentong, huhu. Penoh belakang alza tu, ish..ish.

Perut...Alhamdulillah dh kenyang. Goreng bihun...dan perabes menu raya yg masih ada lagi. Petang tu dalam kul 3..setelah dh kemas2 umah ayah, sampah dh dibuang ke luar....pintu dh kunci elok2...kitorang pun keluar saing tetapi di simpang Desa Damai tu...Fadel & Dayah ke arah bandar Bentong utk beraya ke Chenor pulak. Kitorang pulak menghala ke Raub...balik ke Taiping ikut Sg. Koyan lagi...hahaha.
Empangan Hidro Jelai sedang dalam pembinaan... Konon2 imaginasi macam dlm filem omputih tu ler...dorang tengah nak buat projek rahsia utk lawan alien, hahahaha..
Alhamdulillah...cukup korum..
Singgah kat pasar malam Brinchang. Mmg jalan dh jem tapi masih ok. Aku masih leh berhenti jap beli jagung dan stoberi fresh..
Dh dapat dh..
Makan sebekas besar dlm kereta...masa tu jugak abes, hehe..
Cari aunty yg selalu kitorang beli buah stoberi kat dia...tapi takde laa pulak. Tak nampak pun muka dia. Jadi, kitorang beli kat satu lagi tokey yg jual buah stoberi yg murah jugak. Alhamdulillah..

Perut rasa lapar laa pulak. Ngan cuaca ujan dan sejuk gitu, kan. Kat Petronas Spg Pulai..kitorang beli mamee chef cawan tu sorang satu....makan kat dalam tu. Ada meja kat dalam tu leh lepak2. Ada air panas disediakan dalam thermopot...leh bancuh air kopi jugak, kan. Dorang dh siap2 cawan polisterin ngan kopi 3 in 1 kat situ. Bayar dan leh ler bancuh sendiri. Pengalaman pertama kali buat gini, haha. Lapar punya pasal...Dah tau payah nak jumpa kedai makan bukak pada 2 Syawal, kan. Dah makan mamee chef tu...lega aih perut ni dan teruskan perjalanan.

Kalo jalan tak jem kat Bukit Gantang sampai ke Changkat Jering tu...kitorang leh sampai umah lebih awal dari tu..tapi tu laa...dh melalui suasana gitu...lambat ler sampainya.

Alhamdulillah...sampai umah dengan selamatnya.
Lega dh sampai...leh luruskan tulang belakang, hihi.

Nota ALONA:-
~Citer raya tak abes lagi...

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis,
bestnya menyinggah CH :)