Monday, July 13, 2015

Berbuka puasa di Mulaika..

12.07.2015
AHAD

Petang tu...yui mesej tanya nak join tak berbuka pose kat Mulaika.
Aku tanya abang...abang pun kata...ok laa, hehe..

Mmg Ramadhan kali ni...4-5x jugak berbuka puasa kat luar. Tak penah gini...kalo idak paling tidak pun sekali aje, hahahaha..
Sebelum...
Selepas....penoh meja ngan bijik durian, huhu..
Buffet kat sini murah aje pun. RM10 sorang dewasa. Utk kecik macam adik anis...tokey tak kira pun..nampak kecik aje kot, kan...tak kuat makan, hehe.

Menu kat sini mmg banyak laa jugak. Mana lauk-pauk yang aku amek tu...semua sedap2 belaka. Pandai laa chef nya masak. Cuma tu laa...dibenarkan ke meja buffet utk amek makanan agak lambat. 7.20 camtu...semua datang serang meja buffet. Cawan utk isi air....masa dh azan baru diedarkan...itu pun cawan polisterin. Nak berbuka ni...air laa yg penting pun, huhu. Buah temikai pun takde. Ada pun buah kurma 5 bijik utk meja kitorang yg ada 8 orang ni. Walaupun dah nak ujung Ramadhan...pengurusan masih kelam kabut. Mungkin baru tahun pertama kot buat buffet gini. Nasik minyak pulak dh azan pun baru nak naik suis dapurnya menandakan baru masak. Pilihan awal cuma nasi putih aje. Nak rasa nasik minyak...lauk banyak dh abes. Tak pe laa...tinggal kat mereka2 yg lain baru nak mula makan. Tulis dalam menu ada kuah durian dan puluit...tapi ada kuah durian aje. Puluit takde. Frust, huhu..

Kat sini kalo tengok fb dorang....mmg tiap2 hari full house...masakan mmg sedap. Spesel pulak ada dessert durian dari Tukugho tapi kupas sendiri laa, hehe. Tp tu laa...pengurusan buffet masih kelam kabut. Harap dapat diperbaiki utk Ramadhan tahun depan. Semoga dapat terima komen membina dari kami. InsyaAllah...utk hari2 biasa...kitorang leh datang sini lagi utk makan tengahari pulak. Sebab lauk pauk mmg sedap.

Yg pelanggan pun...basuh tangan kat sinki mcm kat umah. Abes tersumbat, adoiii laa dorang ni. 

Ramadhan kali ni Alhamdulillah, kitorang berpeluang gi berbuka puasa di beberapa kedai makan yg menyediakan juadah berbuka. Semua nak buat yg terbaik...dan kitorang dapat lihat mana yg betul2 berbaloi, :) ..

Nota ALONA:-
~Makin nak abes Ramadhan...makin segan nak masak utk berbuka puasa, huhu..

No comments: