Monday, January 25, 2016

Aktiviti berbasikal di taman tasik

24.01.2016
AHAD

Pagi tu..kitorang kat umah mak. Beramai2 memasak menggunakan periuk mahal yg mak beli dari Go Shop, hehe. Mmg best laa aktiviti gitu. Masak beramai2...makan beramai2.
Kul 3 petang balik umah dah laa. Zohor dulu...pastu pakat semua baring2 dan terlelap, hihi. Kul 5 petang lepas Asar..kitorang pun gi laa ke taman tasik. Nak naik beskal lagi. Kali ni along ada...cukup korum. Sewa basikal 2 biji. Beskal 3 pengayuh dan 2 pengayuh.
Tapi petang2...kereta mmg banyak sangat kat area lake tu. Jadi, aku rumuskan...aktiviti ni best dibuat pada waktu pagi...sebab pagi2 kete tak banyak lagi.
Mula2...budak2 bertiga ni kayuh satu beskal. Aku ngan abang satu beskal..
Lepas tu...tukar. Abang gi naik beskal ngan akiss dan angah. Along ngan ibunya pulak. Beskal 3 pengayuh tu...kalo sekali tengok mcm best aje, kan. Tapi kalo merasa sendiri baru tau...susah jugak nak mengayuh bertiga gini. Orang depan yg paling teruk, heheh..

Kat sini baru masuk kat dalam kawasan taman tasik. Lega...kereta tak banyak. Orang berjogging pun tak ramai kat area sini.

Bergambar lah ye. Lepas2 ni tak tau laa bila pulak ada rasa nak buat aktiviti ni semula, hahaha. Lambat pulak lah. Sebab semua dh merasa, kan........................

Dah hantar beskal ke tempatnya semula...dan amek duit deposit...kitorang gi area lain lak kat taman tasik tu. Nak main badminton atas rumput pulak. Asek main kat atas jalan tar depan umah aje, kan...hihi..
Angah ngan abang main kat atas ni..
Akiss ngan along main kat bawah..
Seronok laa main kat sini....sebab luas, kannn. Nak gi nyewa court...malas pulak. Nanti2 laa bebila, huhu. Ni pun sesaja2 nak menggunakan masa yg berbaki sebelum balik umah aje ni. Alhamdulillah, banyak peluh jantan betina keluar dh petang tu, hihihi.


Nota ALONA:- 
~Ada satu citer aku nak citer kat sini nanti, heheh..

No comments: