Sunday, January 3, 2016

Cerita di awal tahun baharu 2016

01.01.2016
JUMAAT

Hari tu cuti. Angah ada balik. Akiss mmg masih ada kat umah laa. Sekolah tak bukak lagi, kan.
Kitorang petang tu..lps solat Jumaat ada keje kat Alor Pongsu. Majlis akad nikah aje. Resepsi nya dibuat pada cuti CNY Februari nanti. Kitorang gi berdua aje. Angah ngan akiss tinggal kat umah.

Petang tu..pengantin nak buat outdoor sket. Jadi, buat kat area tasek Bukit Merah aje.
Dah setel...pengantin dh balik...kitorang dok rehat2 kat situ jap. Menghela keletihan, huhu. Sambil makan eskrem yg dibeli dari penjual aiskrim kat situ.
Syok jugak lepak gini... Kat situ ramai bawak famili memancing.

02.01.2015
SABTU

Pagi tu...kitorang gi naik basikal sewa kat lake garden. Sewa 2 buah beskal yg setiap satu boleh dua orang kayuh. Nak meronda dalam kawasan taman tasik ngan beskal lak.
Abang tengah betulkan kamera RD990..
Angah tolak aje beskal ni..sebab laluan ni batu berlobang2...
Resit...
Setengah jam aje tempoh yg diberi. RM10 utk sebijik basikal macam kitorang sewa ni. Kalo basikal utk 3 orang kayuh sekaligus tu RM15 harga sewanya.

Dah pulangkan beskal tu...kitorang pun gi pekena kopi ais blend pulak. Dok situ sedut2 sambil amek angin, hihi..
Xde laa tunggu abes pun...besar bekasnya. Sambung sedut dlm kereta, hehe..
Sebab nak gi beli uniform dan beberapa barang kelengkapan Akiss pulak. Sian budak ni. Dh dekat nak masuk sekolah baru kitorang ada masa nak layan dia, hihi. 
Bergambar ngan budak ni...bodek2 dia, lalalala. InsyaAllah, ujung bulan ni dia leh cash out duit iklan youtube, hihi..
Kemudian ke Tesco jap. Pastu ke Taiping Sentral pulak. Last sekali ke AEON, hehe.. Banyak tul tempat kitorang nyinggah. Semua gi kejap2 aje.
Kat Popular...cari alatulis Akiss pulak..
Popcorn ni beli kat TGV...dh alang2 parking kereta kat depan pintu jer, kan. Kitorang mmg tak nah lagi masuk sini utk tengok wayang...Tak tau laa nak tunggu citer apa baru gi situ, hehe.

NOTA ALONA:-
~Ada lagi satu job luar nak kena buat bulan Jan 2016 ni..

1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mcm best jer kayus basikal berdua gitu.... tak pernah rasa... hehe...