Saturday, February 13, 2016

Bila anak2 ada kat umah...

04.02.2016
KHAMIS
Along dan angah dah sampai umah kul 11.00mlm. Naik ETS dari KL Sentral kul 8.00 malam. Baru jer hantar dorang 24hb ritu dahhhhh balik umah balik, hehe. Biar lah. Aku pun suka dorang balik. Cuti lama, kan...Hari Jumaat mmg takde kelas. Cuti CNY sampai Selasa 09hb.. Akiss mmg suka lah abang2 dia ada kat umah. Ada teman nak main game, nak sembang ntah apa2 aku pun tak tau ler adik-badik tu.


05.02.2016
JUMAAT
Hari tu...lepas Isyak kitorang gi keluar bekerja. Dekat jer ngan umah...2 minit jer nak ke umah pengantin tu. Malam tu majlis akad nikah dorang. Buat lepas Isyak.
Anak2 kat umah jer lah...
Main game yg sama sekaligus...Kekadang...abah dorang pun join skali, main berempat. Tapi abah guna komputer lah. Mmm...sekali pandang dh mcm kat cyber cafe dah.
Malam tu kat umah pengantin. Tunggu tok kadi...kul 10 lebih baru sampai. Sebabnya dia gi menikahkan pengantin lain terlebih dulu..

06.02.2016
SABTU
Hari tu...keje di majlis resepsi pengantin malam tadi.
Abes keje kt majlis...kitorang leh balik umah dulu sebab dekat. Leh nak solat kat umah jer dan tido jap. Pengantin pun nak sesi outdoor lepas Asar nanti. Jadi, sempat laa kitorang Asar dulu baru keluar. Pengantin pun lepas solat nak mekap semula. Jadi, petang tu bila tengok cuaca mendung dan awan hitam jer...kitorang amek keputusan wat outdoor kat Taman Tasek Kamunting aje. Alhamdulillah, kitorang wat keputusan yg sebaiknya...

Malam tu...lepas Maghrib...terus keluar makan kat luar. Tak larat dh kan nak masak, huhu. Bawak anak2 makan luar...sembang2 santai2..
Di kedai Sinaran Tomyam..

07.02.2016
AHAD
Hari tu...bawak anak2 makan kenduri kat majlis kawen adik kepada ofismate abang kat Selinsing..jalan menghala ke Kuala Gula. Kalo semalam kitorang yg bertugas di majlis...hari ni kitorang jadi tetamu biasa. Mmg seronok tengok pulak OP yg dipertanggungjawabkan tuan umah sedang bertugas, heheh.
Sebok nak tulih gak kat guestbook, ngee..
Dari majlis kenduri kawen...kitorang terus gi Bukit Gantang...nak beli lagi 2 kotak madu resdung stok utk angah. Lepas ni...lambat pulak nak balik umah.
Dari situ...singgah kat AEON pulak...nak beli vitamin C utk along kat GNC. Yg lainnya cuma beli roti kat AEON dan anak2 adalah gi Popular beli buku2 yg dorang nak beli.
 Parking kat atas bumbung AEON. Dh tau kat bawah tu susah nak cari parking. Cuti umum, kan...huhu..

08.02.2016
ISNIN
Hari tu...kitorang bertugas. Walaupun majlis jauh jugak dari umah...tapi kitorang keluar lambat sket sebab takde amek gambar pengantin mekap. Pengantin mekap jauh sangat dari umah. Dia mekap kat Kepala Batas....sedangkan majlisnya kat Alor Pongsu jer, heheh.
Kampung ni mmg dekat ngan ladang kelapa sawit.
Masa majlis akadnikah pengantin ni awal bulan Januari yg lalu...kitorang yg pertama kali ke sini...teragak2 jugak mana satu laa umahnya. Jalannya sempit...umah pun nampak sini sebijik....jauh sket baru nampak lagi sebijik. Alhamdulillah laa...terjawab persoalan aku...................masa majlis resepsi kali ni...motor sebanyak2  moto, kereta sampai tak dapat parking. Tempat duduk makan bawah khemah penoh sentiasa. Kalo tak leh pikir relevan...terpikir jugak...dorang ni dok ceruk2 mana. Tapi tu laa, kan...aku kagum ngan penduduk sini. Walaupun umah jarang2....tapi bila begini dorang bersatu hati. Masak semua pun gotong royong...basuh pinggan...bentara pun anak2 muda kampung. Dan meriah ngan silat2 dorang persembahkan depan pengantin..
Bergambar kat depan pelamin sementara pengantin berehat jap...Cuaca panas betul hari tu.
Pengantin nak bersesi outdoor kat taman tasik Taiping. Alhamdulillah, cuaca baik petang tu walaupun jalan sesak kat situ sempena cuti umum ni, kan....biasalah tu. 
Sementara tunggu pengantin sampai...
Baru tau...nama jalan kat pokok juntai cecah tasik ni...jalan pekeliling, hehe..
Malam tu...lepas Maghrib...bawak anak2 gi AEON. Nak makan Nando's. Mcm biasa lah...kalo balik keje dh letih gini...takde nya nak masak dh. Tambah pulak....esok pagi along dan angah dh nak kena balik KL. Jadi, malam tu jer yg berkelapangan utk bawak semua gi makan sempena besday abah dorang 13hb nanti. Kiranya makan2 advance ler ni, huhu.
Kitorang ni mmg 1st time masuk sini. Tak reti nak oder apa...hentam aje lah apa yg dirasakan menarik nak oder dan boleh mengenyangkan...
Tunggu oder...
Amek gambar lagi bila air fresh oren mahal dh sampai, kahhhh..
Along, angah dan akiss...oder yg sama..
Yang aku dan abang oder...
Ayam setengah ekor ni..jadi sorang satu lah, ye...hehe..
Rezeki bersama....
Kekok jugak makan nasik guna mangkuk kecik, heheh. Tapi ayamnya sedap laa..
Makan malam ni...Inaldafoto belanja sempena besday tuannya, hehe..
Tima kasih Inaldafoto..


09.02.2016
SELASA
Kul 8.30pagi...kitorang dh keluar dari umah dh menuju ke stesen KTM Taiping. Nak hantar along dan angah balik ke KL. Tiket keretapi ni ler yg aku ada citer ritu dok beratur panjang utk beli tiket ETS tapi dh abes awal. Dapat tiket keretapi biasa ni pun dh syukur sangat dh.

Sampai situ...sarapan pagi roti canai dulu kat gerai depan stesen.

Ramai orang ari tu kat stesen. Tren kul 9.27 pagi. ETS lak kul 9.45pg. Tu yg ramai tu. Tapi yg menghantar pun ramai jugak...ngalahkan nak naik kapalterbang, huhu.
Ok...bergambar dulu sebelum melalui pemeriksaan tiket di pintu pagar masuk.
Lepas ni akiss sorang aje laa kat umah. Lambat pulak laa jumpa abang2 dia. Dah laa cuti sekolah dan cuti sem abang2nya bulan Mac ni dh tak sama. Tapi InsyaAllah, leh jumpa dh waktu penghujung cuti sekolah tu,  hmm..

Keretapi dh berlepas...kitorang terus ke umah mak. Mak ajak balik kampung jap nak jengok kerja pembaikan paip yg dh siap kat sana. 
Ralit abah tengok drama melayu - cina sempena tahun baru Cina di TV1, hehe..
Dari kampung...terus gi Restoran Dermawan...nak makan tengahari.
Tarikh aku siarkan entry ni...13hb Februari. Ketika hari ulangtahun kelahiran suamiku yg ke-47. Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran, kanda. Dinda sentiasa mendoakan kesejahteraan kita, anak2 bersama keluarga. Amin.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

No comments: