Thursday, February 11, 2016

Singgah Cameron - Kea Garden

01.02.2016
ISNIN

Melalui pekan Brinchang...jalan mmg lancar sangat. Mcm gi Cameron waktu cuti sekolah masa anak2 aku masih bersekolah rendah duluuuu. Skang ni..jgn harap laa. Kalo gi ujung2 minggu biasa pun leh jem kat situ, mm.

Kitorang tak singgah makan pun kat medan selera Brinchang sebab masih kenyang dgn sarapan pagi terlewat tu, heheh. Terus aje menghala ke Kea Farm. Nak beli stoberi dan jagung kat situ.

Kitorang tak parking kat tepi2 jalan di Kea Farm. Kalo kena saman...naya aje, kan. Terbang duit cenggitu aje. Jadi, abang masuk ke dalam....dan parking di penghujung gerai2 di Kea Farm sebelah dalam tu. Keluar dari parking...terus nampak kat situ dorang ada wat lak tempat menarik utk bergambar, pergh!!! best tul. Namanya Kea Garden. Owh, kat sini laa Leen bergambar masa dia gi CH baru2 ni, huhu.

Dah agak lama tak singgah Kea Farm ni. Sebab kitorang pun kalo lalu situ mesti waktu ujung minggu ataupun cuti sekolah. Jadi, kat situ seperti yg diketahui adalah salah satu tempat yg menyebabkan kesesakan yg panjang & parking pun payah amattt, hoho. Tu yg tak tau rupa2nya dorang ada wat KEA GARDEN kat ujung2 gerai belah dalam tu. Tapi rasa2nya, baru lagi dibuka tempat ni pada orang ramai.

Masuk dalam tu free aje. Bergambar sakan laa kat situ. Mmg seronok tengok bunga2 segar yg berwarna-warni dan lanskap yg dibuat utk menarik perhatian orang ramai.
Ngan bunga2 dalam pasu yg disusun senget gini..
Kat sini pun boleh jer..
Ada replika jagung, oren...
Ada kincir bunga kat sini, heheh..
Susunan bunga dalam pasu di frame2 besi...kreatif..
Kami di tingkat atas..
Kat sini ada 2 tingkat. Atas tempat bergambar mcm kitorang tadi tu laa, hehe.. Tengok2 bunga bagi orang yg suka bunga. Sementara kat bawah ada gerai2 yg menjual pelbagai mcm termasuk tshirt, souvenier, madu, buahan, herba dan mcm2 lagi lah. Leh turun guna tangga melengkok ujung sana tu.
Haa...ni tangga ni.
Kalo masuk melawat sini...mmg sepatutnya kena keluar ikut tangga ni laa. Tapi ada jer yg tak reti bahasa ikut tempat masuk tadi jugak, huhu.

Dh keluar dari situ...baru lah gi terjah gerai yg jual stoberi kat Kea Farm tu. Dah nampak dh dlm kereta masa tgh cari parking tadi, huhu. Uii...stoberi murah rege. Beli 3 bekas stoberi besar, free 1 bekas kecik RM25 aje. Beli jagung...10 tongkol RM10...balik umah rebus semua elok2 isinya. Mmg seronok kalo gi CH bukan ujung minggu, bukan cuti sekolah, bukan cuti umum bersambung ngan ujung minggu gini. Dah lama tak rasa camni bila gi CH, huhu..

Lepas tu dh tak berhenti mana2 dah. Terus aje perjalanan balik ke utara. Ada tempat lagi nak singgah ni, hehe.
Sedang menuruni gunung...ke Simpang Pulai. Projek menaiktaraf laluan kat sini hampir siap. Tapi tak tau laa ketinggian terowong ni...boleh ke kalo lori kontena tinggi2 tu nak lalu.
Ni kat area Tanjung Rambutan..
Sampai Ipoh...kitorang ikut jalan lama nak ke Taiping. Keluar kat Lost World of Tambun dan menghala ke Tanjung Rambutan utk keluar kat Chemor. Dan seterusnya ke Sungai Siput, yehah!!!


Nota ALONA:-
~Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik selalu....Amin..

2 comments:

che mid said...

Nice journey.. nice picture.. gambar header pun cantik sangat!!

Kak Vit said...

cantikknyaaa