Sunday, February 7, 2016

Ke Taman Jepun

31.01.2016
AHAD

Dari Colmar...kitorang ke Taman Jepun ngan kereta sendiri aje. Kalo naik shuttle mini bas dorang...huh!! buang masa jer, weh. Sejam satu. Ramai lak yg nunggu tu.

Gi sini tak yah bayar dh. Sekali laa ngan harga tiket masuk ke Colmar tadi. Dah sampai sini, tiket pun dh berbayar td...masuk jugak laa ye. Rugi kalo tak gi. Tengok alam semulajadi...sudut lain di banjaran titiwangsa, huhu.

Ni kira kali ke-2 lah kitorang jejak kaki ke sini tapi dalam jarak masa yg agak lama jugak. Kira berbaloi laa gi lagi sekali ni, kan...heheh.

Kalo gi masa peak season ni...mmg kena parking kat bawah lah. Menonggek jugak laa nak mendaki. Terasa mengah tu sudah tentu. Jantung pun berdegup laju. Kalo ada terasa nak pitam tu...kurangkan kelajuan melangkah, ye. Elok bawak air mineral kecik sebotol, hehe.
Tapi hari yg kitorang gi....dorang keringkan air yg mengalir mcm anak sungai tu. Nak buat maintainance katanya sehingga 01hb Feb. Maknanya...kalo gi 02hb 02...air tu dh mengalir seperti biasa. Tak best tul. Kering kontang jer kat area situ.
Bergambar aje kat mana2 pun..
Kat area sini jer ada air....dan leh bagi ikan karp makan.
Rasa tak berapa best lak gi sini kali ni. Dulu....ikan karp gemok2, weiiiii. Geram tengok. Tapi gi kali ni...ikan saiz biasa2 aje, mm.

Kat situ...sapa2 nak pakai kimono perasan ala2 kat Jepun.......leh laa sewa. Dorang akan tolong pakaikan. Skang tak tau berapa rege sewanya. Dulu RM20. Leh laa...nak pakai dan bergambar kat sekitar kawasan tu..
Selamat datang...sila masuk.
Replika umah orang Nippon..
Best jgk kalo dapat buat pondok gini sebijik kat kebun, ye. Err....kebun mana? kitorang bukan ada kebun pun, hahahhaa..
Berangan dulu....heheh..
Mmg keadaan kat sini...ada laa seperti yg digambarkan dalam filem anime dari Jepun. Macam kat area perkampungan dorang kat sana. Tenang jer.. Cuma bunyi unggas tu kurang. Tak mcm kat Bukit Larut.
Along dh tukar sandal jer...tadi dia pakai kasut. Tapi sebab tak pakai stokin..kaki melecet. Nasib bawak sandal. Kalo tidak camno ler nak jalan ngan kaki melecet tu.
Dh keluar dari kawasan perkampungan..
Belakang tu kedai yg ada jual souvenier dan air minuman serta jajan. Tapi mahal laa harga dia, ye. Aku cuma beli air mineral ngan 100plus tin aje. Sbb dah dahaga sangat. Nampak air sejuk aje laa masa tu, heheh.


Kemudian, jenjalan gi botanical garden. Kitorang gi separuh aje. Letih pulak nak menurun anak tangga lagi, hehe. Abang jer lah yg gi sorang sampai ujung sinun.
Abah dan anak2nya...
Ibu dan anak2nya..
Belakang tu...ada cafe ala jepun. Sape nak feeling2 makan mcm kat Jepun...gi ler situ.
Tengok jam...dh petang dh. Nak menapak ke parking kereta lagi, uiii. Muka dh berminyak dh ni, huhu..
Banjaran titiwangsa..
OTW kitorang nak menurun bukit tu...masih ada lagi pelancong2 luar baru sampai dan sedang mendaki naik ke atas ni. Ada antaranya pelancong2 Arab cenggitu laa. Tak pasti dari negara Arab yg mana, huhu. Ramai lak dorang...satu rombongan kot. Hidung tercatuk, weh. Kulit cantek mulus gebus.
Amek gambo kat sini...
Akhirnya sampai kat tempat parking. Feww...
Kereta pun dh makin berkurang dh. Ramai yg dh mula beransur pulang. Kitorang pun terus semula ke Gombak nak hantar along dan angah serta barang2 dorang. Esoknya dorang dh kena daftar dan mula kelas utk semester baru.

Tapi sebelum tu...sempat laa makan2 bagi kenyang perut dulu kat Deen's Tomyam, Batu 8 Gombak. Dekat sangat ngan umah sewa along. Makan kat situ dh laa sedap, kuantiti banyak....murah pulak tu. Murah dari kedai tomyam & seafood kat Taiping nun!! huhu. Nanti kalo ke sana bebila...leh laa gi makan kat situ lagi, ;) wink..wink..

**sebenarnya banyak gambar yg diambil sepanjang berada di Colmar dan Taman Jepun ni tapi takde masa nak amek semua. Yg lain simpan dalam hard disk aje lah..

Nota ALONA:-
~Kehijauan alam semulajadi....baik utk dilihat :)

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak pergi sini..
Adalah 14 tahun yg lalu..
Seronok juga kan Alona dapat tengok kehijauan yg mendamaikan tu :)