Program ni khas utk tingkatan 1 & 4 yg baru mendaftar dalam minggu orientasi mereka.
Masa mula2 baca surat ni waktu hari pendaftaran akiss dulu...aku terpikir2...nak gi ke? Sebabnya...baru jer gi Nibong Tebal utk pendaftaran...nak gi lagi selang 5 hari kemudian. Adoii. Keje banyak lagi tak siap kat komputer tu. Nanti tak berkesudahan laa terbengkalainya.
Masa aku memandu balik tu....otak ni terpikir2. Rasa mcm nak gi jugak. Sebab...aktiviti melibatkan ibubapa ni...aku kalo boleh tak mau nanti anak aku rasa
'sesuatu' bila tengok ibubapa kawan2 dia hadir...tapi ibu ngan abahnya takde.
Kat umah...aku cerita kat abang pasal program ni. Abang???...biasalah, hahaha..
Tengok wassap grup homeroom akiss...mcm ramai jer yg mendiamkan diri tak dapat hadir. Aku lak masih terpikir2 lagi waktu tu. Kalo nak bagi keputusan pun...Khamis 18hb. Nampak mcm tak ramai yg bagi feedback tentang kehadiran. Laa....rasa kesian lak kat cikgu homeroom baru akiss ni. Ye lah, kehadiran ibubapa ni sekurang2nya leh bagi sokongan pada beliau, kan...
Jadi, hari Khamis tu...aku pun bagitau kat grup...aku leh hadir dan leh nak bawak beberapa barang keperluan utk berpiknik nanti. Alhamdulillah, hari yg sama...perbincangan sesama ibubapa pelajar lain dalam grup nampak positif. Pelbagai perbincangan, cadangan diutarakan. Takde laa cikgu homeroom menanggung semuanya utk program ini.
20.02.2016
SABTU
Pagi itu...lepas Subuh...aku pun mula ke dapur. Goreng bihun, cari tikar 3 lapis, bekas air, kordial sirap, sudip nak kacau air, gelas2 plastik pakai buang...
Buat air kopi abang...abang pun sarapan ngan bihun tadi terlebih dulu. Hari ni meow2 kitorang makan awal dan leh keluar awal dari kandang, hehe.
Kul 8.15 pagi...mula gerak ke maktab akiss. Sampai sana dalam kul 9.20pagi..buat pendaftaran dapat laa baucar apam balik dan cendol, :) . Dok dalam dewan dulu utk mendengar kata2 aluan tuan pengetua dan wakil dari muafakat maktab tersebut. Disusuli ngan beberapa persembahan dari grup2 homeroom lain.
|
Dalam dewan..budak2 kat atas pentas tu tengah nyanyi lagu nasyid.. |
Selesai semua di dewan...baru lah ke lokasi masing2 utk berkelah. Makan2 sambil kenal2 mesra ngan ibubapa kepada pelajar2 dari homeroom yg sama. Alhamdulillah, tak sangka....di hari kejadian....ramai juga ibubapa yg dapat menghadirkan diri. Sambutan yg menggalakkan.
|
Cikgu homeroom akiss pilih kat bawah pokok ni utk berpiknik.. |
|
Masih kalut2 lagi masa ni, hehe.. |
|
Pelbagai makanan disediakan dari ibubapa dan guru homeroom sendiri, Alhamdulillah. |
|
Spesel sket...sebab ada yg bawa dapur steamboat letrik ni utk wat bersteamboat ngan kuah sup. Dan lagi satu parents bawak ikan2 segar utk dipanggang ala portugis di dapur yg sama, pergh!!! Panas2!!!!! |
|
Suasana ketika itu... |
|
Ada acara potong kek utk 2 orang pelajar yg sambut besday bulan februari.. |
|
makan2 time.. |
|
Meratah ikan.. |
|
Ni laa cikgu homeroom baru akiss dan kawan2nya, cikgu che su. Peramah amat orangnya. Ibubapa pun takde ler segan2 sangat, kan...hehe. Terima kasih cikgu sudi menggantikan guru homeroom yg lama...yg dh bertukar kerjaya yg lebih baik setanding kelulusannya.. |
|
Alhamdulillah, guru homeroom lama budak2 ni sudi menghadirkan diri join sekaki aktiviti ni. Lebih menyerikan program. |
|
Akiss yg disuruh ibunya dok utk bergambar kat situ, hahah. Tak tau apa motip ibunya, hihi.. Owh, mungkin nak tunjuk bekas air dan kordial sirap tu kot, hahahahaha. |
|
Leh guna kupon yg dapat tadi utk dapatkan cendol free. Sedap. Kalo along ada ni...suka sangat ler ngan cendol, hehe.. |
|
Apam balik ni pun sama. Leh dapat free ngan gunakan kupon tadi.. |
Selain tu...homeroom dari pelajar tingkatan 2 ada menyediakan gerai2 jualan makanan dan minuman jugak. Mmg nampak meriah laa masa tu. Kebetulan pulak pelajar2 dari Balik Pulau datang buat benchmark kat situ. Dorang ler antara pelanggan2 yg membeli di gerai2 tersebut.
|
Bergambar beramai2. Sori my darling...sbb takde dlm gambar kena jadi fotografer hp aku, hihi.. |
|
Anak2 homeroom yg sama ngan akiss. Sorang lagi takde dalam gambar... |
|
Kaum bapa.. ada yg hadir takde dalam gambar.. |
|
Mak2 dan anak2 homeroom yg perempuan.. |
Kul doblas lebih dekat kul satu...baru selesai walaupun makanan masih banyak lagi tu. Kenyang sangat. Semua nak dirasa. Semua sedap2!!
Dah masukkan barang2 aku dalam kereta....lepak jap kat bawah pokok berhampiran. Nak tulis borang bantuan persekolahan RM100 utk akiss dari kerajaan, hehe..
|
Ok...last selpie sebelum balik umah. |
Ikutkan lepas tu leh bawak akiss outing...tapi aku bagitau akiss...takyah laa. Minggu depan katanya leh balik umah pulak wlpn dalam jadual PB takde tarikh ni. Jadi, tak yah laa outing hari tu. Abah pun nak balik rehat tu..
Kesimpulan aku....program ni berjaya lah. Berbaloi lah aku ngan abang join skali, hehe. Anak2 homeroom pun nampak seronok. Cuma beberapa orang pelajar yg ibubapa tak datang tu...nampak janggal2 jugak laa tapi ibubapa lain yg hadir serta kawan2 takde lah menyisihkan dorang pun. Tak jadi masalah besar lah!! Enjoy makan2.......
Nota ALONA:-
~Selagi ada...hargailah apa yg dikurniakan kepada kita, :)
1 comment:
puaih tengok gambaq lam blog akak ni. terang dan jelas..
Maaf hari tu sibuk sangat..
Post a Comment