Wednesday, February 17, 2016

Daftar akiss..

15.02.2016
ISNIN

Pagi tu...keluar saing abang gi keje.
Hantar akiss balik asrama...penoh kete kancil tu weh!! Bukan mcm bawak almari dah.....mcm nak pindah umah, huh!!
Bermesra ngan meow2 dulu sebelum meninggalkan perkarangan umah, hehe..
Sampai maktab...mmg dh ramai lah yg sampai. Sebab sekali pendaftaran baru tingkatan 1 dan 4. Walaupun akiss ni pelajar lama dari f3 tapi tetap kena daftar mcm budak baru jugak. Cuma...barang2 keperluan banyak yg tak yah beli laa lagi. Termasuk set cadar maktab, baju pj, baju outing, baju batik dan lain2.
Dah besar gini...tulis borang sendiri lah.
Lega...akiss dapat asrama blok B jugak.
Sebabnya...blok B kerja2 pembaharuan tandas dh siap. Lepas ni dorang akan mula wat keje kat blok A, pulak. Nanti pelajar2 aspuri kat blok A kena laa datang mandi kat blok B.

Pihak maktab mmg memperbaharukan tandas ni. Dorang nak pelajar2 selesa. Tandas ni ala2 R&R...terjaga bersih,
Ni bilik dobi. Bilik dorang membasuh pakaian. Tapi ada jugak dobi mesin sebenarnya. RM10 sebulan. Kat sini kalo dorang terlebih rajin nak basuh sendiri...leh laa termasuk basuh pakaian2 dalam, kan...hihih..
Sinki utk berus gigi atau keperluan sewajarnya...seperti mencuci muka atau apa saja. Cermin lom sempat diletakkan lagi.
Tandas dorang..bersih. Mmg mcm RnR...bilik mandi pun dah best dh.
Bilik akiss. Dalam satu bilik ada 4 orang dok. 2 orang f4...2 orang lagi f2..
Masa utk mendengar apa yg pengetua dan wakil muafakat nk bagitau. Kebanyakannya utk ibubapa serta pelajar2 baharu lah...hehe..
Lepas tu..perjumpaan ngan homeroom kejap kat kelas2 yg dh ditentukan. Pertama kali jumpa guru homeroom akiss yg baru selepas guru homeroom yg lama dh bertukar kerjaya yg lebih baik setanding kelulusannya di ibupejabat MARA KL.

Lepas tu...salam peluk cium ibu dan anak. Aku pun balik umah. Akiss pun bukan baru kat sini. Takyah laa nak keluar outing pulak. Ibu hantar sengsorang ni...letih rasa, huhu.

Sampai umah...tunaikan Zuhur dulu baru keluar pulak gi pejabat pos. Pos daftar satu dokumen penting. Balik umah...tido. Letih, weh!!!


Nota ALONA:-
~Semoga anak2 ibu maju jaya dunia & akhirat, Amin.

No comments: