Sunday, February 14, 2016

Macam2 hal nak bagi setel..

11.02.2016
KHAMIS

Pagi tu....sebelum kul 9 pagi...terjah pejabat imigresen dulu. Orang memang ramai sangat. Parking pun kena cari dulu...kalo jumpa baru bayar. Kalo tak jumpa...kena keluar semula lah..dan parking jauh tepi2 bahu jalan.
Tengah2 beratur...tetiba kaunter bagitau...nombor dh abes. Dorang mmg limit kan cuma 200 nombor utk sehari bagi memudahkan pemprosesan passport dan lain2 yg berkaitan. Jadi, aku ngan akiss pun terus gi TESCO...nak beli makanan meow. Dah nak abes sangat dh. Tu yg kena beli jugak hari tu. Beli tu aje...sebab nak gi ETiQa pulak. Nak renew insurans alza abang.
Tiap2 tahun mmg terus buat insurans alza kat sini aje. Tapi kancil kitorang kena wat kat agen sebab kancil dh guna insurans 3rd party.
Lepas tu...terus laa gi JPJ pulak. Kat sana pun orang ramai. Tapi ramai pun...servis kaunter nya cekap dan cepat. Sepanjang aku berurusan di JPJ Taiping ni...mmg tak penah menunggu terlalu lama....melainkan sistem komputer dorang down....

Lepas tu...setel dh renew roadtax alza utk setahun ni. Balik umah...letih...tido jap, hahaha..


12.02.2016
JUMAAT
Pagi tu...lepas Subuh terus siap2 nak gi Pejabat imigresen semula. Kali ni kena gi awal. Naik motor aje, senang parking. Semalam tu kena naik kancil sebab nak beli makanan kucing pek besar tu...mana muat bakul moto.
Sampai kat tempat parking moto...jam 7.30 pagi. 15 minit jugak merempit dari umah. Jalan laju ke tingkat 1...bukak2 pintu tangga (tak guna lif...sebab tingkat 1 aje kan)....nah...orang dh beratur panjang dah. Opis pejabat imigresen ni bukak kul 7.30 pagi...tapi orang dh beratur seramai ni. Ada sorang kak tu kata...dia lagi sampai awal. Mula2 beratur dah sampai depan pintu lif...mak aiii. Dia dapat nombor 22.
Aku terus beratur kat sini mula2 sampai tu.
Memang kena gi hari ni jugak sebab nak buat passport akiss yg baru. Sebab Isnin ni dh nak balik asrama semula. Bila lagi peluang nak buat. Taiping ni takde UTC. Kalo ada UTC...ujung minggu pun leh gi buat passport, ye dak??
Passport akiss yg lama dh tamat ujung tahun 2015 ritu. Aku ngan abang punya masih ada tempoh 4 tahun lagi, heheh.
Beratur mula kul 7.30pagi. Kul 8.03 pg baru dapat nombor. Aku dapat nombor ni...giliran 43, hoho. Takpe, asalkan dapat nombor, ye dak.
Sebelum kul 8.30 pagi...nombor dh abes. Kata kaunter sebab hari tu hari Jumaat. Nombor cuma dikeluarkan 120 sahaja. Kalo cepat abes prosesnya...baru dorang akan keluarkan lagi nombor utk sesi petang pulak.

Aku siap bawak novel utk hilang boring. Hadap henpon jer...tak berapa bagus jugak, kan!! hehe..
Tapi tak banyak mukasurat novel pun aku dapat baca sebab bersembang lak ngan kak norfaridah yg aku kenal...sahabat kakak2 ipar aku jugak dia ni. Dia nak gi umrah.

Nombor tertera 1042...satu lagi nak panggil no. akiss pulak.
Tak lama pun nak tunggu...dalam kul 8.45 pagi..nombor akiss pun dipanggil. Dah selesai amek gambar, sign dokumen (aku sebagai ibu pun kena sign sebab dia masih bawah umur) dan segala yg berkaitan...kena tunggu nombor dipanggil sekali lagi utk bayaran passport sebanyak RM200 pulak (tempoh sah 5 tahun..mcm aku ngan abang buat tahun lepas laa).

Passport akan siap dalam masa sejam. Kitorang amek masa tu utk gi pejabat MARA dulu. Nak setel bayaran pendaftaran tingkatan 4 utk akiss sebanyak RM313.00 tak termasuk pembayaran buku taqwim, tshirt pj, tshirt sukan, servis sanitary dll yg kena bayar pada hari pendaftaran nanti.
Tengah tulis borang pembayaran yuran...
Dah selesai kat situ...terus gi market Taiping beli udang, sotong, siput lala....stok nak masak kat umah. Ikan tak beli sebab banyak dh abes. Yg tinggal semua nampak tak segar dan ada yg dari sejuk beku...beku betul weh!!...
Singgah sarapan pagi dulu kat gerai tepi TM point. Makan roti canai aje sorang sekeping sebab tengok masa ada lagi setengah jam. Kat Taiping ni ...roti canai orang pompuan yg buat...kat gerai depan stesen KTM tu dan kat gerai tepi TM point. Tu yg aku tau laa, hehe.

Lagi 10 minit...terus ke wisma persekutuan semula utk amek passport yg dh siap kat pejabat imigresen tu. Alhamdulillah, mmg tepat....dh siap. Lega sebab dah siap dan tak yah tunggu lebih lama. Tahniah atas kecekapan servis Pejabat Imigresen Taiping.


13.02.2016
SABTU
Ayah sampai umah pagi tu dari Kulim. Nak balik Bentong dah. Ada kawan ayah sekali ngan isterinya. Bila dia nak balik kampung isterinya di Ijok, Selama mmg dia akan tumpang ayah kalo ayah balik Kulim. Tapi dorang bagi jugak laa duit minyak, kan...biasalah tu. Orang berbudi kita berbahasa.

Mcm biasa...aku ajak sarapan pagi dulu laa kat umah. Beli jer nasik lemak dan kuih-muih kat pasar pagi Kamunting tu, hehe. Sekurang2nya...leh laa bertahan perut tu sampai makan tengahari nanti.
Babai ayahhh.. (hehe...ada pantulan lak nampak aku ngan abang kat pintu kereta ayah tu)
Lepas Zuhur...keluar. Akiss tu sebok ajak keluar. Dia kata...dia nak balik asrama dh nanti, mm..
Ok, sebab hari tu hari ulangtahun kelahiran abang...kita gi makan kat The Gate. Dh ternampak2 menu set kari kapitan yg sedap tu.
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran, abang sayang....
Nasi ayam halia...akiss yg oder.
Aku ngan abang oder menu yg sama. Set kari kapitan, nyum..
Dah abes makan dh..
Dari The Gate...kitorang ke taman tasik. Saja lah...bergambar2. Lake garden ni kan cantek, hehe..
Bergambar mengalahkan orang luar dari Taiping, kehkeh...

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...segala urusan aku minggu tu dipermudahkan.

No comments: