Aku cuba sedaya upaya meluangkan masa dlm beberapa hari sebelum cuti sekolah ni utk menyimpan beberapa N3 kat sini. Nanti, makin dibiarkan...makin banyak yg dihinggap kulapuk, hoho..
Maklum ler...cuti2 sekolah ni byk betul aktiviti yg bakal berlangsung, hmm.
Okey..aku citer.
Jumaat hari tu adalah cuti Wesak. Pagi tu..plan nak jogging kat Bukit Larut tak dpt dilakukan. Lepas sarapan (sekali makan tengahari ler tu..hoho)...kitorang gi print gambar kat Kedai Fauzee. Ada ler beberapa keping gambar yg diambil ketika majlis cukur jambul cucu Paklong ari tu. Paklong dh berapa kali bertanyakan tentang gambar tersebut, hehe.
Sori ler paklong..kitorang amek tu saja2 aje. Tu yg ada sikit je tu. Tp sbb paklong nak...tu yg kitorang gi print, ngeh2.
Petang kul 3.30...kitorang pun gi Padang Rengas. Ajak mak gi jugak tp mak kata mak tak dpt pi..psl nak balik kampung di Selinsing, Simpang 4 Semanggol.
Dh sampai sana..paklong ngan maklong ada ler kat umah psl kitorang pun ada kol paklong kata nak mai umah, hehe.
Anak dia si Adam pun ada.
Gambar diserahkan. Dijamu pulak ngan keledek goreng dan sukun goreng. Sambil rancak bersembang2 mcm2, ngee.
Sebelum balik, sempat ler maklong kasi cabai jeruk yg dia buat sendiri dari cabai sendiri, hoho. Sgt sedap dimakan dgn maggie, kueteow goreng, mi goreng, bihun goreng..pergh!!!...Kalah cabai jeruk kueteow DOLI tu, haha.
Masa nak balik tu...paklong pun kuar ngan skuter. Ingat nak pi mana..Rupa2nya nak bawak kitorang gi melawat kilang pertukangan Wan.
Masa ni Wan tengah rancak menyiapkan beberapa buah katil kayu (dgn harga promosi RM700 setiap satu).
Tu kat atas tu..abg sebok membelek sebuah katil yg dh siap sepenohnya.
Wan jugak tengah menyiapkan rangka pelamin utk majlis perkahwinan anak Datuk Siti Salmah yg bakal diadakan bln 9 nanti.
Gambar di atas adalah Akiss ngan rangka pelamin khas utk dewan ni. Belakangnya nanti tiada sebarang tirai akan dipasang. Ia cuma cermin dan pengaliran air di belakang cermin tersebut. Dengan pelbagai lampu dan bunga2 yg bakal dipasang utk menaikkan lagi seri Raja Sehari yg bertakhta di atas pelamin tersebut, hoho..
Uii..bertuah ler bakal pengantin di bulan September ni nanti..
Salah seorang dari anak paklong yg turut bertungkus lumus menyiapkan tempahan. Hmm..dorang ni mmg berseni ler dlm bab2 ketukangan ni, caiyok!!
Ni ler kilang Wan. Dgn kilang yg dibina atas tanah sendiri..
Semoga terus sukses...
Kat tepi kilang ni ada ler gerai Pak Menawer.
Hmm..gerai ni mmg glamer disebabkan citer ZOMBI KAMPUNG PISANG.
Dulu, gerai ni kat tempat lain. Tp disebabkan kawasan tu dh diambil utk dijadikan fly over oleh MMC GAMUDA...gerai ni telah berpindah ke kawasan tak jaoh dari situ.
Malam tu..kitorang gi Taiping Sentral. Sambil2 tu pekena nasik kandaq kat PELITA.
Tak teringat pulak malam tu Angah ngan Akiss ada kelas taekwando..hmm..nasib baik sempat gi sebelum kelas bermula, haha.
SUBSIDI GULA, TEPUNG & MINYAK MASAK DITARIK BALIK??
Hmm..ari tu aku terbaca ler kat sokabar pasal kerajaan bakal menarik balik subsidi gula, tepung ngan minyak masak. Byk ler kedai2, pasaraya2 kehabisan stok gula (juga stok tepung & minyak masak). Kalo pasaraya tu..aku percaya gak abes stok gula. Tp yg kedai2 runcit ni...hmm...bkn boleh dipercayai sgt. Entah2 dorang sorok gula kat belakang kedai tu..huh!!
Nasib baik ler kat umah aku ni...mmg kuranggggg sgt gula. Satu kilo tu...dua bulan pun susah nak abes kalo takde sape datang umah.
Abg kalo aku buat kopi...cuma letak gula perang aje. Tu pun sket.
Anak2 aku kalo wat MILO punnnn guna gula skettt aje..sbb MILO tu dh manis. Susu guna susu tepung Fernleaf, hmm. Tp susu tepung skang pun dh mahal jugak ler.
Gula ni laju sket kalo bulan pose aje ler...pasal tiap2 kali waktu berbukak pose tu ada wat air teh 'o', hehe.
Tepung..?? uii..aku jarang betul wat kueh. Cekodok pun sama ler..hehe. Nama aje surirumah sepenoh masa tp maleh gak nak wat kueh2 ni. Selalu main beli aje..sebab nak makan pun bkn byk. Dan bkn selalu beli kueh. Pasal..suka makan biskut ngan roti lagi, hehe.
Hmm..ni bila harga tepung, gula dan minyak masak naik...mesti ler harga2 kueh pun akan naik. Harga roti, biskut pun sama ler.
Cuma kalo di bulan pose...mmg kena beli tepung gandum dan tepong jagong utk wat biskut raya, hoho. Time tu ler..aku kena berebut2 beli tepong ngan para peniaga biskut2 raya dan peniaga kueh-mueh di pasar Ramadhan, kekeke..
Bg aku senang je kalo kita nk pikir mende ni positif bg kita sekeluarga. Ye ler..tentang naik harga tepung, minyak masak dan gula ni ler.
Kurang2kan ler pemakanan mende2 berminyak dan bergula ni. Utk kesihatan kita jugak. Lepas ni, leh ler amalkan masakan rebus2, ulam-ulaman, ikan/ayam bakar. Kurangkan ler kueh2 yg manis2 belaka tu, hehe..
Tp..tentang subsidi buku teks persekolahan anak2 pun dorang nak hapuskan...adeiii, teruk ler utk golongan mcm kitorang ni.
FOTO2 menggunakan gadjet E66 aje..hoho
5 comments:
waaa padatnya aktiviti..bgs ade bisnes pertukangan yek..kagum la..org yg kreatif dan sabar je bole buat tukang2 ni kan..nk siap satu mende tu takes time..:D
hmm amalkan pemakanan sihat..tp still prlukan gula dan tepung..camno tu:p
sure gempak majlis sanding tu nti kan kak alona..hehehehe
x g lagilah tepen sentral tu...harus terjah one day nti
amboi.. penuh tu aktivit... masyukkk lebih ni. kott.... ahahakss
seboknya alona ..
itulah semua naik nie ..petrol pun naik .
Unfortunately though many people UGG Sundance are told to avoid the wrong thing - they are told to avoid sugar when the real culprit is fat.Fat, unlike sugar, is very hard for the body to digest. This means it can take substantial amounts of time to digest - up to Sundance ugg Boots 24 hours or more. As a result it stays in the blood and can interfere with other foods you eat especially sugar. When you eat sugar after eating fat, the fat in your blood will prevent the sugar from moving through the blood to starving cells. This makes your blood sugar levels rise and Sundance uggs this is a dangerous. Luckily the body has systems in place to combat situations like this. An organism found in the body called Candida helps out in this situation by eating the sugar which makes it multiply and bringing ugg 5325 down the sugar levels. If you always have a high fat diet then you will always have a problem with Candida in that the organism will be about ugg 5325 in high levels. However high fat on the odd occasion should not be a problem.
Post a Comment